Okay, that's all for sharing. Kalau ada apa-apa benda best yang I masih jauh ketinggalan, do update me okay. Maklumla, dalam hal-hal macam ni I memang slow sikit. Eh, bukan sikit, tapi banyak!! ;p
Thursday, March 31, 2011
Saya budak baru belajar
Wednesday, March 30, 2011
3 things to do at the gym
The latest me. Agak-agak I tengah buat apa tu? hehe..:p
(Photo courtesy from Hovis's FB)
The other thing is, I only focus on cardio workouts using treadmill, elliptical trainer, and excercise bike. I didn't go for the ones that will tone and shape my body. Tamau! Tamau! Kang keluar muscles ketul-ketul mau terkejut monkey mak bapak I tengok nanti. Tu baru mak bapak, kalau suami, comfirm kena halau tido luar. Selamat la I belum kawen.hahaha..:p
Okay, chopp!!! It's Zumba time. Kejap lagi balik Zumba I sambung cerita lagi ehh..
Done!! Mari sambung.
The first thing that I usually do is to run on treadmill. I normally start with fast walk with the speed of 6km/hr. Then I gradually increase the speed up to 12km/hr until my heart rate raise until 160. After that, I will steadily decrease the speed and go back to slow jog. Time taken normally around 15-20minutes with a total distance of 3-4km depending on the speed level.
Treadmill [photo courtesy]
Then, I will move on to the elliptical trainer. I really love this one as both hands and legs will be fully occupied. Yang ni biasanya I terus buat laju sebab kononnya energy tengah maksimum, I akan maintain speed 8km/hr with a total distance around 5-6km within 20-30minutes. Heart rate pun I buat sampai 155-160. Penat!! Peluh jgn cakap la. Lencun baju dibuatnya.
Elliptical trainer [photo courtesy]
Finally, I akan spend setengah jam naik bicycle. 10 minit pertama, I kayuh lenggang-lenggang Mak Limah ambik mood dulu. 10 minit kedua, I akan pecut laju gila konon macam tengah racing dengan mat rempit. Masa ni heart rate comfirm naik 155-160. Termengah-mengah dibuatnya. Then, 10minit terakhir I dah relax macam tengah kayuh bot itik yang dekat Taman Tasik Taiping tu. hehehe. Easy huh?
Excercise bike [photo courtesy]
So, these are basically all the things that I will do at the gym. Kalau tanya pasal yang lain-lain, comfirm fail. Memang tak reti nak jawab. Harap membantu you ye Azlina. Owh, you pakai apa-apa je yang you rasa selesa and serap peluh. Nobody cares about what you wear.
The whole idea is not to jump on cardio equipment without knowing the rules. Feel free to ask for help. Till then, have fun working out!! =))
Tuesday, March 22, 2011
Permata Buat Isteri
Berbekalkan secawan mocha, satu journal (supaya tak rasa bersalah sangat sebab curi tulang masa bekerja) dan Ipod on shuffle, hari ni terasa nak cari port baru lah. Yang jauh dari kawasan orang lalu lalang. Yang indah. Yang tenang.
Hijau alam. I tenang di sini.
Sambil telinga mendengar lagu, muka tekun mengadap journal, mata melilau tengok pokok-pokok dan burung-burung, otak pulak dah sesat entah kemana-mana. Multitasking. Hebat jugak kamu ye boleh buat semua serentak. Bab lain tak pandai pulak nak multitask.
Sambil-sambil berangan tu, baru I perasan kerusi kayu hijau yang I duduk tu sebenarnya didedikasikan untuk sepasang suami isteri (pangkat moyang I rasanya) oleh anak-anak mereka. Bila ibu bapa dah meninggal dunia, mereka dedikasikan sebuah bench untuk orang ramai duduk menghayati keindahan ciptaan Tuhan di taman.
Pasangan Tribolet. (Atok-84tahun, Nenek-78tahun). Comel.
Hmm, mungkin atok dengan nenek Tribolet suka dating dekat botanic garden ni semasa hayat mereka dahulu. Alololo, comel pulak kalau bayangkan. Dah tua jalan-jalan pegang tangan sambil tengok bunga dekat taman. Sungguh comel kan. Nak jugak lah!! hehe..:p
Sambil berangan kisah atok dengan nenek Tribolet tu, tiba-tiba pulak keluar lagu Permata Buat Isteri dari Kopratasa. Ya, dalam ipod I ni semua lagu I campur sekali. Ada lagu slow rock, rancak, nasyid, rock kapak, sentimental, Jepun, semua bercampur macam rojak. Ohh, tapi dangdut tak ada. Hindustan jauh sekali. Tak minat.
Okay, back to the song Permata Buat Isteri, hmm, bila dihayati lirik lagu tu, mendalam maknanya. Tapi, itu lagu untuk para isteri. Sekarang I masih sendiri, tak perlu berangan lah ye. Jadi, I dedikasikan lagu ni untuk atok dan nenek Tribolet. Entah kenapa, jauh di sudut hati, I dapat rasakan yang pasangan ini sangat bahagia sewaktu hayat mereka. Rest in peach to both of you..=))
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Sunday, March 20, 2011
Mt Keira rainy day adventure
Assalamualaikum,
It is another gloomy day we have in Wollongong. It was raining since a few days back. Tapi dalam hujan-hujan tu pun sempat jugak I panjat Mount Keira semalam. Ya, bahaya, I know, I know. But Alhamdulillah I went back home safe and sound..=))
I really love hiking. Antara bukit dan gunung yang I dah pernah tawan (cewah!):
1) Gunung Jerai (Kedah) - 1217 m
2) Gunung Brinchang (Cameron Highland) - 2031 m
3) Gunung Berembun (Perak) - 2077 m
4) Gunung Ledang (Johor) - 1276 m
5) Gunung Belumut (Johor) - 1010 m
6) Bukit Bendera (Penang) - 830 m
7) Gunung Kinabalu (BERANGAN!!!hehehe)
8) Gunung Everest (Dah, boleh stop berangan sekarang!!)
Some of the mountains are not too difficult to go up there by car. Yes, by car! But when it comes to hiking, it is not that easy people. For the adventurous, a few hours of hiking is such a rewarding experience. Tergelincir, tarjatuh tu perkara biasa lah. Jumpa binatang pelik-pelik pun biasa jugak. Tapi jumpa pacat, aaaaaaa!!!! I paling menyampah. Geli tau tak, geli! Yuck, yuck!
The blood-sucking companion all the way up to the top. Urghhh!!
Eh, kejap!! Boleh ke orang macam Amirah panjat-panjat bukit ni? Nanti kata gayat la, takut la, bla bla bla. Yeah, I may looked a bit keperempuanan, sopan santun, ayu la konon to some eyes. Such a girly la senang cakap. hahaha. But the fact is, I'm actually not. Not really I mean.
Tak semestinya kena ada sifat lasak macam lelaki baru kita boleh buat aktiviti lasak kan? Apa salahnya, dalam kelembutan, sekali sekala baru kita selitkan sikit sifat lasak tu bila perlu. Barulah balance ye tak?
So, kalau nampak perempuan yang lemah lembut, sopan-santun tu, jangan cuba main-main, sekali dia bukak langkah, berterabur lari nanti.hehehe.. Kidding!:p
Wednesday, March 16, 2011
My new addiction
Monday, March 14, 2011
Shopping + Swimming = Fun
I tak beli banyak sangat pun. Cuma tambah loose items untuk lengkapkan my Enhancement Set untuk 20 orang makan. Kalau dekat Malaysia mau beribu-ribu habis. Tapi dekat sini baru a few hundreds dollar. Jimat! Nanti jemput lah datang rumah ye. Kalau I tak jamu dalam pinggan-pinggan Corelle ni, sila jentik telinga I okeh! :p
Then, I also bought 2 sets of 16 pieces Secret Garden. Satu untuk maksu, satu lagi teringat nak bagi dekat mak Am. Untuk my mum pulak I belikan set 18 pieces Country Cottage siap dengan casserole sekali. Altogether, I only paid AUD300 for everything.
Hasil tangkapan untuk hari ni
I never thought of buying all these before I came to Australia. Buying pinggan mangkuk is so like makcik-makcik! Tapi bila tengok sendiri harga set Corelle dekat Jaya Jusco sampai RM500-600, whereas dekat sini I boleh dapat dalam AUD50-80 for the same exact item, terus rasa nak buat collection sementara ada peluang.
Lepas tu, masa on the way balik, kitorang singgah La Kemba beli barang sikit, lunch dekat situ, then terus balik Wollongong. Lepak rumah Kak Emy kejap sambil main belit-belit shawl, lepas tu teringat nak pergi swimming. Walaupun harini sangat lah windy!
Mula-mula pergi mandi pool dekat beach, tapi pukul 6.45pm dah kena panggil naik sebab pool dah nak tutup. Disebabkan tengah bersemangat waja nak belajar swimming technique yang betul dari Farizal, kitorang sambung dekat Beaton Park pulak. Luckily the pool there is heated. Kalau tak, mati kejung I dalam air tu rasanya.
The instructor was really really strict. Tak kasi chance berehat walau seminit pun. Memang kejam lah! Tak cukup nafas nak kejar. But towards the end of the lesson, I managed to learn a couple of important basic skills like blowing bubble, star float, back float, push and glide and a whole loads more. Good job Amirah! You're now starting to overcome your underwater fear..=))
Thursday, March 10, 2011
Saying I LOVE YOU..
From here, you can turn it into the miracle words that you would always want to say to someone you love. How?? Check this out.
Easy?? And yet very meaningful.. =))
So ladies and gentlemen, if you are the type of person who won't simply say those words loud, or you want your partner to put some efforts before they can actually know it, maybe you should try giving this out.=))
Tuesday, March 8, 2011
Dear Huda..
Friday, March 4, 2011
How complete is your life?
We shared about quite a number of things. I never knew that I missed so much about her. Itupun ada hati nak mengaku bestfriend kan. Haihh. I'm so sorry. I truly am. But honestly, you are one of the best. Tak pernah lupakan aku walau kat mana pun kau ada. Thank you for updating dear.
Lepas berkongsi semua perkembangan masing-masing, towards the end, she said something that made me awake almost for the whole night. I couldn't sleep after that. Really.
"Mira, aku kadang-kadang cemburu dengan kau. Kehidupan kau boleh dikatakan hampir sempurna. Keluarga yang penyayang, kelulusan yang tinggi, kerjaya yang terjamin, kisah cinta yang bahagia. Kau ada semua yang orang impikan".
Apa yang dia tulis buat I berfikir panjang. I terdiam agak lama. Kalau itulah gambaran kehidupan sempurna untuk seorang gadis yang akan meniti usia 26 tahun, sebenarnya kata-kata ni buat I takut. Ya, sangat takut. Mungkin ini juga satu bentuk ujian Allah swt untuk I. I ambik masa yang panjang sebelum dapat reply.
"Alhamdulillah, aku bersukur dengan nikmat hidup sekarang. Tapi kau kena ingat, kehidupan yang pada mata orang luar sangat sempurna tu kadang-kadang boleh menjadi ujian yang paling besar dalam hidup kita."
Itulah perasaan sebenar waktu tu. I tak boleh bayangkan bagaimana suatu hari nanti kalau semua yang nampak sempurna itu ditarik balik nikmatnya satu persatu oleh penciptanya. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.