Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

Aussie Trip 2015 :: Farmhouse and snow experience in Snowy Mountains

Assalamualaikum,

Hai semua! Sebelum jadi makin pemalas, and gambar-gambar semua terperap simpan dalam file sampai bila-bila, baik I update sikit pasal Australia ni ha. I will start with the arrival day and our trip to Snowy Mountains tu okay? Kitorang sampai kat Sydney Airport lebih kurang pukul 7am, 22 July 2015. Knowing Sydney yang super crowded tu, it took us almost one hour to go pass the immigration check. Lepas ambik beg, declare apa yang patut dekat kastam, dalam pukul 8.30am pagi baru siap semua. 


We booked our rental car from Europcar.au few weeks before departure. Tapi bila sampai tu diorang cakap kena tambah insurans itu la, ini la, in total jadi mahal yang amat dengan makcik kaunter yang gaya kerek gila sikit lagi nak kena hempuk je rasa. So, kitorang tukar plan, sewa kereta dari Avis/Budget yang bagi harga lagi reasonable dari Europcar bengong tu. Haihhh geram betoi dengan drama macam ni. Habis spoiled mood pagi-pagi. ;O


Nasib baik kereta yang dapat tu okay, alhamdulillah tak bawak masalah sampai la kitorang pulangkan balik the week after. So we started our journey from the airport to Snowy Mountains straight away after that. Walaupun agak lewat dari plan, tapi it's okay, pandai-pandai la adjust plan nanti. The moment we went into the highway, I was like, wowww, I am back in Australia. Rindu weh road trip tengok pemandangan seluas mata memandang yang pastinya tak sama dengan Malaysia. :)






Kitorang berhenti beberapa kali jugak la for coffee break, lunch, solat, toilet apa semua. Maklumla baru je lepas long haul flight dari Malaysia, sambung pulak dengan driving for 5 hours, memang tak boleh nak rush sangat. Relax-relax je kat mana rasa nak benti rehat singgah je. Ada la 4-5 kali jugak benti sepanjang perjalanan tu.


Pit stopped for lunch and energy recharged. Try sesuaikan diri dengan cuaca sejuk berangin tu.


Nasib baik bawak bekal ketupat dengan sambal ikan bilis dari Malaysia. Sedap gila makan sejuk-sejuk tu.


Group photo. Ada kambing biri-biri dengan kincir angin dekat belakang tu.
Breathtaking view but this picture didn't do justice to the real one. Herghhh. ;O


Nama rest area ni Badcove. In case if you pass by this road, please make it a point to stop here.


We attempted another group photo when the natural lighting was better.


Solat traveller's style. Hampir semua tempat kitorang solat camni je.
Memang susah la nak cari proper prayer room masa on the road.

Kitorang sampai Canberra lebih kurang pukul 5pm. Tapi time tu dah gelap sebab siang pendek masa winter. So takde la singgah mana-mana pun. We continued our journey to Cooma untuk sewa pakaian yang sesuai untuk pegi ski resort. Harga agak reasonable la, setakat sewa pants and walking boots dalam $27 seorang. Kalau nak main ski and snowboard semua tu harga lain la pulak ye. Konsep dia you choose your own gears according to what you want to do there.


The Ski Co. in Cooma for gears hire.


Lepas tu, kitorang singgah beli groceries dekat Woolworths area Cooma, pastu teruskan perjalanan untuk ke homestay di Berridale. Nama homestay ni The Range, seram weh masa mula-mula sampai sebab terlampau gelap, teramat lah sejuk the the temperature was almost 0 that time. Rumah tu jauh ke dalam hutan tak nampak apa pun kat situ. Owner dia pulak dah tua style cakap pun macam dalam cerita omputih dulu-dulu. Tapi bila dia dah tunjuk rumah, pheww lega jugak sebab agak selesa untuk fit all 9 of us (7 adults and 2 kids).


Sampai je terus gotong royong masak untuk dinner sambil-sambil arrange macam mana nak tido apa semua. Kitorang masak nasik, sambal ikan bilis dengan telur dadar, pastu masing-masing fokus makan tak berbunyi sebab lapar sangat plus makan nasik panas dalam cuaca sejuk tu heaven gila kot. Lepas siap makan, mandi, solat, semua pun tido kepenatan. Our trip to Snowy Mountains will resume the next morning.


Our farmhouse. Memang betol-betol kat dalam hutan, or they called it farm over here.


Large living hall. Pardon the mess. Sibuk packing bag masa nih.


View dari tangga rumah. 


View from the balcony. Dari sini boleh nampak llama & kangaroo liar berkeliaran.
Feeling macam dalam cerita koboi omputih. Jalan-jalan naik kuda. haha. :P


Keesokannya, kitorang checked out dalam pukul 10am, and teruskan perjalanan ke Perisher Valley, Snowy Mountains. Taktau nak cakap we were lucky on unlucky, it was snowing very heavily that time. Lucky sebab boleh rasa la macam mana snowing tu, but to us yang dah penah rasa, tak tahan kebas pipi weh bila kena snow tuh. huhuhu. Sudahnya, I dengan mak lepak minum hot chocolate dekat cafe sambil tunggu cuaca elok sikit. Bila matahari dah keluar sikit, haaa baru la seronok main snow! :)


Ribut salji masa mula-mula sampai. Surrender weh. Terus masuk lepak dalam cafe je. hihi.


Us and the ski range at the back. Nak main tu memang idok le. :p


Menatang apa tah orang panggil benda ni. Tapi untuk gembur-gembur salji kot.


Snow man pinjam. Nak buat sendiri tak daya. hahaha.

Eh, panjang gila pulak rasanya entry kali ni. Penat lah nak tulis semua. Banyak je benda yang mengelat, I masukkan yang penting-penting je untuk kenangan. hahaha. Nanti kalau ada masa I update pasal my graduation day pulak okay. Saja simpan memory kat dalam ni senang nak refer bila tua nanti. hihi. Ok bye! 

Tuesday, August 4, 2015

Aussie Trip 2015 :: The highlights

Assalamualaikum,


Hai! Selamat Hari Raya semua! Eh dah nak hujung Syawal dah pun tapi tak berapa rasa macam raya sangat pun tahun ni. Ye la, I punya raya tahun ni 3 hari je. Hari ke-4 dah berangkat ke Australia. Tapi kan, masa dalam flight tu diorang pasang lagu-lagu raya instrumental cover. Wahhh seronok je feeling-feeling raya dalam kapatebang dengar lagu sedap-sedap sampai tertido. :p


Sampai je kat bumi Sydney, poofff habis hilang semua mood raya tu. Terlupa yang kita masih dalam bulan Syawal sampai la kitorang balik hari tu dengar lagu raya dalam radio masa on the way balik dari KLIA, laaaa raya lagi kita rupanya. hahaha. Terus semangat nak pi jalan-jalan raya balik. :)


Oklah, nak cerita panjang-panjang pasal trip ke sana mood belum datang lagi. I tunjuk gambar sikit-sikit je la dulu eh sepanjang kitorang dekat sana. Nanti bila-bila free I elaborate further details okay?


Our lovely farmhouse at Berridale. Somewhere near Snowy Mountains.


Perisher, Snowy Mountains, 2015. Nak sangat snow kan? Amekkaww ribut salji terus. T___T


Main reason untuk balik ke Australia tahun ni. Officially a UOW Alumni now :)


Wollongong harbour from the lighthouse. Tempat yang sesuai untuk bercinta. kehkehkeh. :p


Bald Hill, Stanwell Park. I never get bored of this view. Tak kisah kalau kena datang sini lagi next time.


Sydney Opera House. One of the remarkable iconic buildings in Australia.

Tu je highlight sikit-sikit untuk hari ni ye. Busy la baru masuk office banyak kerja nak kena buat. huhu. Nanti ada masa I cerita panjang sikit. So, that's all for now. May you have a productive week ahead. Tata. :)


Tuesday, July 14, 2015

Aussie Trip 2015 :: Going back to a place I called home

Assalamualaikum,


Hari ni bersiaran secara langsung dari office. Baru siap kemas-kemas sikit, esok rasa macam dah tak mai office dah kot sebab mood bercuti dah meresap masuk ke dalam badan. hehe. Ohh well, I will be on holiday mood at least until early August. Wahh kemain cuti raya sikit punya panjang macam kan busy sangat nak menguruskan anak ramai. hahaha.


No lah. I beraya 3 hari je. Selebihnya I akan ada dekat Australia sampai end of July. Serious excited gila rasa macam nak balik kampung pulak. It is indeed a place I called home. Maklumla, 4 tahun lebih duduk sana. Terlampau banyak kenangan yang I rasa dekat sangat dengan hati. I don't think I can simply forget all those beautiful memories.


Hari first sampai tu kitorang akan terus ke Snowy Mountains. I think the timing is almost perfect sebab minggu ni I tengok dalam news dah snow storms. Maksudnya by next week insyaAllah the weather will be perfect untuk kitorang main snow. Konon dulu serik dah mengadap snow hari-hari masa dekat Europe. Sekarang excited pulak. hahaha. Mestilah. Bukan selalu ada peluang untuk feeling-feeling snow white guling-guling dalam salji. Sekali sekala dapat mestila gumbira. :p


Snowy Mountains, 2011


Girlfriends. Aimy and Mala.


Then keesokannya tu balik ke homestay yang I dah booked dekat Stanwell Park. My graduation will be on Thursday morning, so I akan balik ke Wollongong for that occasion. I akan pusing area Wollongong sampai malam. Dengar cerita Wollongong dah makin happening sekarang sejak ada mall baru tu. Thursday night pulak memang city centre hidup sampai midnight. Wahh, I can't wait to explore!


On Friday, I akan bawak rombongan untuk shopping dekat Sydney. Plan nak pegi Homebush Direct Factory Outlet or Birkenhead Point, World Kitchen, and Victoria's Basement. Haaa, ni kalau tak puas jugak menyopping ni I taktau la nak kata apa. Semua ada kat situ. You can shop till you drop. I don't have anything in mind so far, maybe nak grab a few important items for baby je la. Yang lain-lain tu bergantung dengan keadaan. :)


Hari Sabtu pulak I don't have any specific plan yet. Maybe pusing-pusing area Wollongong or perhaps suburbs nearby Sydney. On Sunday I dah plan nak bawak diorang naik public transport ke Sydney. Sebab nak guna Family Funday Sunday ticket that will cost you only $2.50 per person. Boleh naik apa-apa saja transport termasuk train, tram, bus, ferry and so on. Seronok jugak sekali-sekala naik public transport. Jimat duit minyak and parking. :)


Family Funday Sunday 2012. Masa my family visited me in Wollongong. Day trip to Sydney.


Ferry ride to Manly using the $2.50 ticket. Value for money! :)


So far, tu je plan I untuk plan balik kampung kali ni. haha. I rasa trip kali ni lagi meaningful sebab I dapat jalan-jalan dengan my husband, my parents and my in-laws. Isn't that awesome? Hopefully balik nanti I rajin untuk tulis kenangan bercuti kali ni. :)


Till then, I hope you have a great Aidilfitri with your loved ones!
Forgive me for any of my wrongdoings okay!
Selamat Hari Raya! :)

Tuesday, January 13, 2015

Family trip in Krabi 2014 - Part 2 (Island Tour)

Assalamualaikum,


Hai I'm back! I am supposed to focus on doing something today. Tapi mood ke laut pulak pagi-pagi Selasa ni. So I think I better get back to my Krabi entry sebelum gambar-gambar kenangan tu kena peram jadi pekasam. hihi. Well knowing myself yang tak berapa konsisten dalam bab-bab menulis ni, baik la terus catat sementara mood tengah ada ye tak? :)


So here comes the second day of our Krabi trip. Memang dah plan awal-awal, hari first nak relax je pusing-pusing sekitar Ao Nang, then esoknya kalau cuaca baik, kitorang nak pegi island tour. Alhamdulillah the weather was on our side that time, tak hujan and tak panas. Just nice la orang kata. Walaupun dah stand by dengan topi gabak orang bawak pegi kebun tu, tapi sudahnya tak pakai pun sebab cuaca elok sangat. 


Ohh before that, untuk pakej island tours tu, kitorang pilih pakej One Day Phi-Phi by Speedboat organized by Chokpaisan Andaman Speedboat. Disebabkan peak season, you will never get anything less than THB1100 (RM110) / person. Tapi kitorang pegi ramai masa tu, bila mintak tawar dapat la THB1050 (RM105) / person. Kalau season biasa rasanya THB1000 (RM100) boleh dapat kot.


Korang boleh cari banyak lagi company yang buat tour macam ni, tapi Chokpaisan ni antara yang famous la. From my own experience, service sangat tip top, keselamatan sepanjang perjalanan atas bot dia jaga, makanan yang disediakan dijamin halal dan bersih. Mungkin harga tingi sikitttttt je dari yang lain, tapi rasa berbaloi sangat bayar untuk one day trip ni.


There are a few more packages to different islands with slightly cheaper prices, tapi kitorang pilih yang paling famous je la. Nak pegi semua rasa macam sama je pulau-pulau tu. Nak pegi hutan pulak rasa macam tak sesuai je sebab ada bawak baby. So korang kalau ada banyak masa kat Krabi, go check other packages as well okay? J


So on that day, ada driver akan pick up kita dari hotel seawal jam 9 pagi. Better tunggu 10-15 minit awal sebab diorang ni semua on time gila! Van tu akan bawak kita ke tempat untuk naik bot. Lepas dapat sorang satu sticker, dia akan brief dulu tentang tentatif perjalanan and bab keselamatan. Dalam pukul 10 pagi camtu kita dah ready untuk mula ekspedisi naik bot.


20 orang dalam sebuah bot. Awal-awal lagi dah basah so tak payah pakai lawa-lawa pun pegi island tour ni.hehe.


Amboi serious nya muka. haha. Kanak-kanak pun dapat life jacket jugak.


Mula-mula boat tu akan singgah ke Koh Phi Phi for roughly about 1 hour. Kita kena hafal boat number, sebab cukup time kena kumpul balik dekat boat. Dekat sini tak ada apa sangat. Just a beautiful small island, pasir yang putih and gebu, air pulak jernih and biru kehijau-hijauan. Boleh mandi-mandi and ambik gambar.


Family picture




Lepas tu, bot bawak kita snorkelling dekat Phi-Phi Leh. Masa tu rasa macam cantik dah tempat snorkelling tu. Dia stop kat tengah laut, so kalau nak snorkelling terjun la kau kat dalam laut tu. Hahaha. Don’t worry if you don’t know how to swim. Everybody wears life jacket insyaAllah tak tenggelam. Tapi kalau taknak turun pun takpe, boleh je duduk lepak-lepak atas bot tu sambil gossip. :p


Next station is Maya Bay yang sangat famous dengan cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio tu. Tapi sebelum tu boat akan lalu di Monkey Beach and Viking Cave. Dia stop kejap je untuk ambik gamba, tak singgah pun. Air dekat Viking Cave tu cantik gila, tapi tak boleh snorkelling kat situ sebab perairan sibuk banyak bot lalu.


Beautiful isn't it?


Amri & Amirah


Relax je brader belakang tu duduk dekat tebing bot. Tak gayat ke bangggg..


Sebelum sampai Maya Bay, bot akan stop sekali lagi dekat tengah kawasan yang sangat lah cantik untuk snorkelling for the second time. Wahhhh, masa di dah tak tentu arah sebab ikan dengan corals kat situ lagi lawa and air pun jernih gilaaaa. Dia bagi masa setengah jam so apa lagi lets terjunnnn. But please be careful with the underwater current. Kalau tak tau berenang I would suggest you not to try sebab boleh tahan deras jugak air dia walaupun nampak tenang je. Huhu.


Jernih sampai nampak dasar. Padahal dalam gila kawasan ni.
Kalau diving mesti lagi cun.


Belanja lagi satu gambar. Bukan selalu dapat bercinta tengah-tengah laut. hikhik. :p


Lepas drop passengers dekat Maya Bay, bot akan pegi ke tengah balik sebab taknak kacau keadaan pantai agaknya kot. Kita ada masa sejam lebih dekat sini. So korang boleh cari port yang jauh sikit dari orang so boleh mandi-mandi dengan tenang. Air kat sini jernih sangat sampai rasa macam kat swimming pool je. Cukup time, bot akan datang pick up untuk ke final destination, Phi Phi Island.


Pasir pantai putih and halussss sangat.




Macam dekat swimming pool kan?




A larger view of how does Maya Bay looks like


Sebenarnya kawasan ni memang sentiasa penuh dengan manusia.
Kena pandai cari port hujung-hujung for a little privacy


Ambik syarat tanda dah sampai Maya Bay


Bila dah sampai Phi Phi Island, kita diberi masa yang panjang untuk lunch, mandi pantai, tukar baju and berehat-rehat. Masa dalam bot, tourist guide ni dah announce yang kawasan pantai ni adalah terpelihara dan restaurant yang disediakan semuanya Muslim friendly. Kalau nak minum beer ke apa kena pergi dekat kawasan yang disediakan je. Tak boleh sebarang je lepak mabuk-mabuk tepi pantai. Lega sikit bila kitorang dengar pasal tu. Baru la yakin nak makan dengan tenang sebab diyakini kebersihan dan kehalalan nya. Cewah! :p


Lunch adalah berkonsepkan buffet. Makan lah apa saja, lauk dah la sedap ikut selera kita. Perghhh terliur balik bila teringat sup style Thai tu. Ada jugak spaghetti, fruits, juices and hot drinks. Semua ni dah termasuk dalam package yang kita bayar tu. Korang tinggal makan je nak-nak pulak memang kebuluran sebab penat mandi laut. Heavennnn.


Orang tak sabar belom apa-apa dah tadah tangan nak baca doa. hihihi.


Lauk dekat meja buffet tu sangat mewah. Ambik la apa saja tapi jangan sampai membazir ye.


Nah close up sikit. Nyumssss!!!


Lepas makan tu boleh bersihkan badan or tukar baju, then rehat-rehat tepi pantai sebelum bot datang kutip balik. Time tu semua dah melepek kepenatan tak sabar nak balik rehat kat hotel. On the way balik tu memang takde singgah mana dah. Terusss je sampai dekat pantai yang mula-mula naik bot tadi. Timing pun cantik je sampai hotel dalam pukul 4 petang.


Masuk je bilik, bilas badan, bilas baju yang berpasir, terus semua tumbang sampai ke petang. Hahaha. But it was indeed the best experience for the whole Krabi trip. Rugi kalau dah sampai Krabi tapi tak pegi island tour ni. Please put this in your list okay!



Okay I think that's all I could share about my Krabi trip. InsyaAllah kalau ada peluang, I would love to go there again. Korang pun kalau ada masa boleh bawak family jalan-jalan kay. Till then, see you next time! 
Tata.

Wednesday, January 7, 2015

Family trip in Krabi 2014 - Part 1 (Ao Nang)

Assalamualaikum,


Haa, hari ni I ada mood nak share sikit pengalaman masa pegi Krabi baru-baru ni. Mana tau boleh membantu korang kalau nak pegi jalan-jalan kat sana nanti kan? Cuma apa yang I buat kat sana maybe tak lengkap macam orang lain la. But don't worry, pi cari kat google, melambak-lambak cerita yang orang dah tulis pasal Krabi tu. You just need to pick important notes here and there that are related to your trip, then tadaaa!! You are alll ready to explore Krabi.


Okay, I pegi sana 4 hari 3 malam. Arrived on Sunday and departed on Wednesday. Flights and accommodation dah booked awal-awal lagi. Rasanya dari bulan September kot kalau tak salah. Memang tak ingat la sebab kerja bookings semua tu bukan I yang buat. hikhik. Tapi macam adat percutian yang lain lah, lagi awal korang buat bookings, of course you will catch a much better deals.


We went there by flying on AirAsia from KLIA2. Lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan. Kejap je ponnnn. Nak tido nyenyak pun tak sempat. Masa di Thailand adalah lewat 1 jam daripada Malaysia. Masa tu flight kitorang pukul 7.15 am, after 80 mins, bila landing tu tengok jam baru pukul 7.45 am Thailand time. Awal gila dah sampai. hahaha.


My in-laws. Am, me, Kak Zura & Amrina, Mak, Abang Fareez. Dania kat belakang nampak kaki je. :p
Wan yang ambik gamba. Ohh, trip ni mak bercuti dengan anak-anak lelaki rupanya.
I dengan Kak Zura menantu. 


Please take note, imigresen Thailand ni sangat strict la haiii. Dekat 2 jam beratur untuk dapatkan cop kat passport je. So kalau korang pegi sana nanti, make sure turun je flight, terus laju-laju jalan pegi beratur kat depan-depan sikit. Macam kitorang hari tu relax-relax je ingat macam airport negara lain, so beratur dah dekat-dekat nak belakang la jugak konon taknak bersesak-sesak dengan orang lain. Sekali hambek ko, dekat 2 jam berdiri tunggu turn sikit lagi semorang nak bertukar jadi raksaksa. T__T


Lepas dah settled dengan imigresen, family Am yang lain semua naik kereta sewa, I dengan Am pulak naik van yang memang ada banyak kat depan airport tu. Bagitau je hotel kita dekat mana nanti dia bawak sampai depan pintu hotel. Tambang THB300 (RM30) untuk 2 orang. Nak murah lagi boleh je naik bas, tapi malas pulak sebab dengan beg apa semua. Kalo korang jenis backpackers boleh la naik bas. Lagi jimat!


Royal Nakara Hotel yang kitorang duduk tu dekat Ao Nang Beach. Pleasa don't stay at Krabi Town!! Jauh and tak happening langsung!! Kalau boleh cari hotel yang dekat dengan Ao Nang Beach. Sebab situ la yang jadi tumpuannya pun. Krabi Town tu kalau tak pegi pun takpa sebab takde apa sangat. Tapi kalau nak ambik syarat dah sampai tu boleh la. Kitorang pegi kejap je jalan-jalan, nothing interesting over there. :)


The front view.
(Picture taken from google)


Masa sampai hotel tu baru pukul 9am++, padahal check in time pukul 2pm. Alhamdulillah manager hotel tu baik sebab bagi kitorang check in awal because the room is ready. Siap ada welcoming drinks orange juice and water lagi. I noticed orang Thailand ni cakap lemah lembut sangat kan. Siap berlenggok-lenggok kat hujung-hujung ayat. Sejuk je hati dengar. hahaha. Jadi, kepada para isteri sekalian, sila awasi suami anda! hikhik. :p


Standar room. Walaupun murah tapi cantik and besar gila.
(Picture taken from google)


Comfy bed and balcony attached.
(Picture taken from google)


Lepas dah siap urusan check-in, I dengan Am terus keluar cari motor untuk sewa and pakej island tours yang kitorang nak pegi esok harinya. Masa survey sebelum ni, paling murah yang orang cakap untuk harga sewa motor adalah THB200-250 (RM20 - RM25) / day. Apparently, we were very lucky that day sebab dekat sebelah hotel tu ada kedai sewa moto yang bagi THB150 (RM15) / day. Wahhh, murah gila weyy. So, kitorang tak pikir panjang lagi terus ambik je walaupun motor tu warna kuning ko! hahaha. :D


Helmet kura-kura pow tokey punya. Merata-rata ronda naik menda alah ni.
Mana nak dapat motor yang matching dengan baju selain di Krabi. hahaha. :p


Settled bab sewa motor, perut pun dah lapar gila kitorang pegi makan dekat Restaurant Kawan yang dekat je dengan hotel. One thing you must know about Ao Nang, population Muslim sangat lah besar, so makanan halal senang nak dapat kat mana-mana. But of course you have to double check, jangan la main sebat je asal nampak tanda halal. First, tengok dulu senarai makanan dalam menu, then tengok jugak la pekerja or tukang masak kat kedai tu, kalau tak ada yang meragukan, baca Bismillah, then just enjoy your meals! :)


Another thing for sure, hampir SEMUA makanan dekat sana sangatlah sedap!! Dari street foods sampai la ke nice restaurants, SEMUA best! Beza sikit dengan restaurant Thai kat Malaysia ni. Sepanjang 4 hari I dekat sana, I makan je apa yang rasa nak makan. Shopping-shopping ni I kurang sikit, setakat sourvenirs for family aje la sebab I'd rather spend my money on nice foods while travelling. Dasar orang kuat makan memang macam gini la perangai nye. hehe. :p


Petang tu pulak lepas dah rehat-rehat golek-golek kat bilik, kitorang keluar jalan-jalan dekat area Ao Nang. Mula-mula pegi cari pancake Yaminlah yang semua orang dok review sedap sangat kononnya tu. Sekali bila rasa, memang sedap pun!! Dah la dekat gila dengan hotel. Terus hari-hari haku belasah. hahahaha. Ada macam-macam sebenarnya dekat situ yang korang kena try. But the pancake and mango juice definitely must try okehh!!


Macam ni la rupa street yang ada banyak stalls ni. Kat hujung sekali ada pancake Yaminlah.


Satisfied customers. Thumbs up makcik!!


Pandangan dari tepi jalan. Jangan risau la, senang sangat nak cari.


Lepas dah kenyang tu, kitorang pegi jalan-jalan dekat pantai. Pantai dekat sini biasa je, takde la cantik sangat pun. Ala-ala Batu Ferringhi or Teluk Batik je pun. Tapi suasana memang happening la penuh dengan pelancong dari merata dunia. Sourvenirs pun ada banyak jual, so you must know how to bargain, kalau tak memang kena ketuk punya lah. 


Perut kenyang muka ada senyummm. :)


Mak tengah melayan cucu kutip shells. Yang group kat belakang tu khusyuk sangat berbincang  apahal tu?


Malam tu I, mak, dengan K.Zura pegi spa yang dekat sebelah hotel for a good oil massage session. Best and murah sangat!! Only THB300 (RM30) for 1-hour. Dah la tukang urut tu semua yang terlatih. Memang berbaloi sangat la kalau berurut dekat situ. Harga spa lebih kurang sama je kat mana-mana, kalau pandai mintak tawar maybe boleh dapat murah. So ladies, jangan lupa try okay! Gentlemen jangan mengada nak urut jugak. Kalau jumpa tukang urut lelaki takpe. :p


I think cukup la cerita untuk first day ni. Panjang dah ni, lenguh tangan menulis and at the same time penat jugak nak recall balik pengalaman masa kat sana. I hope you gain something valuable for your trip from here. Nanti ada masa I cerita pasal Phi Phi Island pulak kay. Till then, I hope you have a good day ahead. Tata. :)