Haa, hari ni I ada mood nak share sikit pengalaman masa pegi Krabi baru-baru ni. Mana tau boleh membantu korang kalau nak pegi jalan-jalan kat sana nanti kan? Cuma apa yang I buat kat sana maybe tak lengkap macam orang lain la. But don't worry, pi cari kat google, melambak-lambak cerita yang orang dah tulis pasal Krabi tu. You just need to pick important notes here and there that are related to your trip, then tadaaa!! You are alll ready to explore Krabi.
Okay, I pegi sana 4 hari 3 malam. Arrived on Sunday and departed on Wednesday. Flights and accommodation dah booked awal-awal lagi. Rasanya dari bulan September kot kalau tak salah. Memang tak ingat la sebab kerja bookings semua tu bukan I yang buat. hikhik. Tapi macam adat percutian yang lain lah, lagi awal korang buat bookings, of course you will catch a much better deals.
We went there by flying on AirAsia from KLIA2. Lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan. Kejap je ponnnn. Nak tido nyenyak pun tak sempat. Masa di Thailand adalah lewat 1 jam daripada Malaysia. Masa tu flight kitorang pukul 7.15 am, after 80 mins, bila landing tu tengok jam baru pukul 7.45 am Thailand time. Awal gila dah sampai. hahaha.
Please take note, imigresen Thailand ni sangat strict la haiii. Dekat 2 jam beratur untuk dapatkan cop kat passport je. So kalau korang pegi sana nanti, make sure turun je flight, terus laju-laju jalan pegi beratur kat depan-depan sikit. Macam kitorang hari tu relax-relax je ingat macam airport negara lain, so beratur dah dekat-dekat nak belakang la jugak konon taknak bersesak-sesak dengan orang lain. Sekali hambek ko, dekat 2 jam berdiri tunggu turn sikit lagi semorang nak bertukar jadi raksaksa. T__T
Lepas dah settled dengan imigresen, family Am yang lain semua naik kereta sewa, I dengan Am pulak naik van yang memang ada banyak kat depan airport tu. Bagitau je hotel kita dekat mana nanti dia bawak sampai depan pintu hotel. Tambang THB300 (RM30) untuk 2 orang. Nak murah lagi boleh je naik bas, tapi malas pulak sebab dengan beg apa semua. Kalo korang jenis backpackers boleh la naik bas. Lagi jimat!
Royal Nakara Hotel yang kitorang duduk tu dekat Ao Nang Beach. Pleasa don't stay at Krabi Town!! Jauh and tak happening langsung!! Kalau boleh cari hotel yang dekat dengan Ao Nang Beach. Sebab situ la yang jadi tumpuannya pun. Krabi Town tu kalau tak pegi pun takpa sebab takde apa sangat. Tapi kalau nak ambik syarat dah sampai tu boleh la. Kitorang pegi kejap je jalan-jalan, nothing interesting over there. :)
The front view. (Picture taken from google) |
Masa sampai hotel tu baru pukul 9am++, padahal check in time pukul 2pm. Alhamdulillah manager hotel tu baik sebab bagi kitorang check in awal because the room is ready. Siap ada welcoming drinks orange juice and water lagi. I noticed orang Thailand ni cakap lemah lembut sangat kan. Siap berlenggok-lenggok kat hujung-hujung ayat. Sejuk je hati dengar. hahaha. Jadi, kepada para isteri sekalian, sila awasi suami anda! hikhik. :p
Standar room. Walaupun murah tapi cantik and besar gila. (Picture taken from google) |
Comfy bed and balcony attached. (Picture taken from google) |
Lepas dah siap urusan check-in, I dengan Am terus keluar cari motor untuk sewa and pakej island tours yang kitorang nak pegi esok harinya. Masa survey sebelum ni, paling murah yang orang cakap untuk harga sewa motor adalah THB200-250 (RM20 - RM25) / day. Apparently, we were very lucky that day sebab dekat sebelah hotel tu ada kedai sewa moto yang bagi THB150 (RM15) / day. Wahhh, murah gila weyy. So, kitorang tak pikir panjang lagi terus ambik je walaupun motor tu warna kuning ko! hahaha. :D
Helmet kura-kura pow tokey punya. Merata-rata ronda naik menda alah ni. Mana nak dapat motor yang matching dengan baju selain di Krabi. hahaha. :p |
Settled bab sewa motor, perut pun dah lapar gila kitorang pegi makan dekat Restaurant Kawan yang dekat je dengan hotel. One thing you must know about Ao Nang, population Muslim sangat lah besar, so makanan halal senang nak dapat kat mana-mana. But of course you have to double check, jangan la main sebat je asal nampak tanda halal. First, tengok dulu senarai makanan dalam menu, then tengok jugak la pekerja or tukang masak kat kedai tu, kalau tak ada yang meragukan, baca Bismillah, then just enjoy your meals! :)
Another thing for sure, hampir SEMUA makanan dekat sana sangatlah sedap!! Dari street foods sampai la ke nice restaurants, SEMUA best! Beza sikit dengan restaurant Thai kat Malaysia ni. Sepanjang 4 hari I dekat sana, I makan je apa yang rasa nak makan. Shopping-shopping ni I kurang sikit, setakat sourvenirs for family aje la sebab I'd rather spend my money on nice foods while travelling. Dasar orang kuat makan memang macam gini la perangai nye. hehe. :p
Petang tu pulak lepas dah rehat-rehat golek-golek kat bilik, kitorang keluar jalan-jalan dekat area Ao Nang. Mula-mula pegi cari pancake Yaminlah yang semua orang dok review sedap sangat kononnya tu. Sekali bila rasa, memang sedap pun!! Dah la dekat gila dengan hotel. Terus hari-hari haku belasah. hahahaha. Ada macam-macam sebenarnya dekat situ yang korang kena try. But the pancake and mango juice definitely must try okehh!!
Macam ni la rupa street yang ada banyak stalls ni. Kat hujung sekali ada pancake Yaminlah. |
Satisfied customers. Thumbs up makcik!! |
Pandangan dari tepi jalan. Jangan risau la, senang sangat nak cari. |
Lepas dah kenyang tu, kitorang pegi jalan-jalan dekat pantai. Pantai dekat sini biasa je, takde la cantik sangat pun. Ala-ala Batu Ferringhi or Teluk Batik je pun. Tapi suasana memang happening la penuh dengan pelancong dari merata dunia. Sourvenirs pun ada banyak jual, so you must know how to bargain, kalau tak memang kena ketuk punya lah.
Perut kenyang muka ada senyummm. :) |
Mak tengah melayan cucu kutip shells. Yang group kat belakang tu khusyuk sangat berbincang apahal tu? |
Malam tu I, mak, dengan K.Zura pegi spa yang dekat sebelah hotel for a good oil massage session. Best and murah sangat!! Only THB300 (RM30) for 1-hour. Dah la tukang urut tu semua yang terlatih. Memang berbaloi sangat la kalau berurut dekat situ. Harga spa lebih kurang sama je kat mana-mana, kalau pandai mintak tawar maybe boleh dapat murah. So ladies, jangan lupa try okay! Gentlemen jangan mengada nak urut jugak. Kalau jumpa tukang urut lelaki takpe. :p
I think cukup la cerita untuk first day ni. Panjang dah ni, lenguh tangan menulis and at the same time penat jugak nak recall balik pengalaman masa kat sana. I hope you gain something valuable for your trip from here. Nanti ada masa I cerita pasal Phi Phi Island pulak kay. Till then, I hope you have a good day ahead. Tata. :)
1 comment:
Assalam..ai ada baca entry psl tkg urut di penang dkt blog lg 1..bole x nak mintak no fon dia? Ni num ai..01132211808(whatsapp)/0134466077(sms)..tq..
Post a Comment