Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Humble family dinner at my place

Assalamualaikum,


Hai! Happy smoky Sunday everyone! Hmm, sana sini ada update pasal jerebu dekat Semenanjung Malaysia ni kan? Sekarang ni negeri-negeri di kawasan utara pun dah mula dapat tempias jerebu dah. Yang di sebelah Selatan pulak berada dalam tahap semakin berbahaya. Harap semua orang dapat reduce outdoor activity and please please please consume more water in your daily intake okay?


Apa korang buat cuti-cuti ni eh? Ada pegi jalan mana-mana? Kalau bacaan Indeks Pencemaran Udara kat your place tu tinggi jangan lupa pakai mask tau! Alah, bukan mahal mana pun mask tu kan? Tak payah nak tunjuk terer sangat malas nak pakai mask sebab at least udara yang disedut tu bertapis lah sikit. Tak jejas punya lah ke-handsome-an and ke-cun-an korang tu, cuma ada sikit-sikit rupa macam Gaban je. hikhik. :p


I pulak duduk rumah je hari ni. My family baru je balik tengahari tadi lepas datang dinner and terus tido dekat sini malam tadi. My husband pulak baru balik dari tournament badminton that he won the first place. Weehoo! Boleh tahan terer rupanya suami saya tu ye. hihi. Lepas dah penat menang banyak games, sekarang ni dia tengah tido keletihan sebagai seorang juara. hehehe. :)


Malam tadi I saja jemput my parents dengan adik-adik datang makan kat sini. Padahal takde la masak apa yang special pun. Saja je nak ajak diorang datang lepak-lepak dekat rumah. So benda yang paling senang nak prepare mestilah Bihun Sup! hehe. Masak sup satu periuk pastu sediakan rencah-rencah tabur dia yang segala mak nenek tu. huhu. Walaupun senang, tapi renyah gila!! huwaaaa. T___T


Simple dinner menu.  Mee & Bihun with soup.


Rencah: Tauhu goreng, ayam carik, daging cincang.
Bawang goreng, sambal merah (utara style), daun bawang daun sup, sambal kicap (selatan style), lobak masin.


My humble dining area.
Dining table ni wedding present from my uncles and aunties. :)


Mula-mula diorang datang untuk dinner je, tapi lepas makan tu semua orang dok syok layan telemovie Indon, Kakek Cangkul sampai pukul 12.30 malam, pastu semua dah malas nak drive balik. Jadinya, semua pun tidoq kat sini. Movie tu ala-ala cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) la, tapi lagi banyak part lawak sengal yang boleh tahan jugak bangang dia. hahahaha. Aduiiii sakit perut kitorang gelak. 


Atok yang asyik dok usung cangkul dia. ke sana ke sini
Kakek = Atok dalam bahasa Indonesia


Sebenarnya I memang tak layan scary movie, tapi bila tengok cite ni, time lawak I join gelak, time seram-seram pulak I pejam mata. kehkeh. :p Seumur hidup I yang nak masuk 28 tahun ni, rasanya baru 2nd time kot I tengok cite antu. Tu pun semua stok cite komedi seram je la. First dulu HKLBR, pastu Kakek Cangkul ni la. Tu pun ngelat sebab tengok part lawak je. hahaha. Well, what to do? Horror movie is so not my forte. :)


Mamat specky baju biru kat kiri sekali yang paling sengal dalam cerita ni.
Sumpah kalau depan mata memang haku luku kepala dia. Sakit perott la wehh. hahaha. 


So, kalau korang bosan gila taktau nak tengok cite apa bole la layan cite ni. Setakat nak gelak-gelak hilangkan bosan boleh tahan gak la. hahahaha. Tapi part seram memang seram gak la. huhu.
Wekkk, tak sukaaa!! :(


Okay, that's all for today.
May your weekend ends beautifully with your beloved ones around you. 
Till I see you again in the next post. 
Tata! :)


Monday, February 13, 2012

I vow you to see THE VOW

Dear diary,


Sejak dua menjak ni, Wollongong asyik hujan je. Hujan pulak bukan yang sikit-sikit. Lebat yang amat sampai banjir kilat dekat beberapa tempat yang agak rendah. I was lucky because my house is all safe and secure. Masalahnya satu je, tiap-tiap kali hujan lebat mencurah-curah, mata ni pun sebokkkkkk jugak nak mencurah-curah. Haihhh!


Anyway, siapa dah tengok cerita THE VOW? Rasanya Malaysia belom release lagi. Kat sini baru je release Jumaat lepas. And I dah pergi tengok dekat Greater Union Shellharbour dengan Aimi, Fatin, Kerul and Ayei.


Giant Coke dekat Greater Union Shellharbour
Aduhh mata sembab baru lepas hujan. kihkihkih.


Okay, jom sambung cerita pasal THE VOW. I found this movie to be worth watching. Seriously. Walaupun nampak macam other typical love stories with predictable ending, but there are some reasons why I love this piece. Antaranya:


1) Channing Tatum (the hero)

Tipuuuu lah kalau tak fall in love dengan hero kan?? ngahahaha. But seriously, ada satu part masa dia dah hampir give up nak pulihkan ingatan wife dia, he was at his recording studio alone, main gitar, then menangis. Sooo vulnerable. Melting.


I cried when he cried in here.
He succeeded in making me fall to the softness of his voice


2) Philosophical Movie

Most important characters in this movie share their theories on life and love. They really made me think about my own life. Marriage, interests, family, past life and many more. Semua ada falsafah sendiri yang kita boleh kaitkan dengan hidup kita.


3) Inspired by a true story

Cuba bayangkan, satu hari kita bangun, one partner suddenly became a stranger to the other. Sebagai suami, nak kena usaha yakinkan isteri yang mereka ni asalnya pasangan bahagia, sedangkan isteri pulak, with her memory wiped clean, her husband becomes nothing but a stranger to her. Complicated kan?


Overall, it is a fun date movie. Sometimes it captures our emotions but there are times when it fails to do so. Tapi dalam banyak-banyak watak, I think the only perfect role dalam cerita ni only Rachel Mcadams sebagai isteri yang hilang ingatan. Yang lain-lain tu still ada flaws here and there.






p/s: Walaupun cerita ni keluar untuk Valentine's Day, it doesn't mean that I support that celebration. No, not even a little bit. Kebetulan aje ni sebab Australia dah release last week lagi. Takde kaitan dengan Valentine's Day pun. Yang baik sama-sama kita ambik, yang buruk kita buang ye. Peace no war!=))