When I was recording my daily expenses in my note book just now, I suddenly came up with the idea of sharing this with you. For those who are close to me might have known how my everyday expenses will be recorded in my little 'buku belanjawan tahunan'. And I'll try not to miss any single cent in there.
Buku belanjawan 2011
I started doing all the recordings since I was in primary school. Masa tu rekod cara budak-budak la. Mak akan bagi duit poket sebulan sekali. Kalau tak salah RM45/sebulan ~ RM10/seminggu ~ RM2/sehari. Itulah duit tambang bas, itulah duit makan, itulah duit pegi mengaji, itulah duit nak beli jajan. Pendek kata, itulah segala-galanya.
Jadi, pandai-pandailah kau buat bajet sendiri supaya hujung bulan tak payah buat muka kesian mintak duit extra dekat mak. Susah sungguh bagi seorang budak Darjah 5 untuk buat semua tu. Tiap-tiap minggu I akan simpan RM1 supaya hujung bulan boleh beli komik Doraemon yang berharga RM4.20. Ohh, kenangan~~
Kesukaan semua kanak-kanak [photo courtesy]
Masuk sekolah menengah pulak, Mak bagi duit belanja seminggu sekali. Up sikit masa tu. RM15/seminggu ~ RM3/sehari. Sama macam dulu. Itulah segala-galanya. Tambang bas pergi dan balik, duit makan pagi, duit makan tengahari, duit aktiviti petang, duit nak beli getah rambut, duit nak beli Cornetto etc. Pandai-pandailah adjust sendiri.
Tapi masa tu I pengumpul setia novel Sweet Valley Senior Year. Jadi tiap-tiap minggu I akan simpan RM2 untuk beli novel yang berharga RM11.90 dekat Kedai Buku Harfa. Ohh, collection setiap bulan hanya RM8, balance lagi RM3.90 tu I akan buat muka kesian dekat bapak suruh belanja. Mengelat!:p
I have the same collection as above (SVH Senior Year 1-43) [photo courtesy]
Bila masuk UTM, I dah ada duit belanja sendiri, memang kurang sangatlah mintak duit dekat mak. Paling tidak pun hujung semester buat suara kesian dalam telephone, mak pun akan bank in dua tiga ratus. Yahuuuu!! Masa dekat UTM ni la yang I mula buat buku belanjawan secara komprehensif. Takkan tinggal sesen pun. Sungguh tabah merekod!
Masa tu bajet adalah RM50/seminggu. Itupun dah lebih dari cukup. Siap boleh pergi makan dekat KFC atau McD dengan kawan-kawan masa hujung minggu dekat JJ Taman U. Zaman di UTM pulak I kumpul novel dari siri Little Black Dress. Harga novel tu RM19.90 dan I takkan miss satu buku pun setiap bulan.
Salah satu favorite dalam koleksi [photo courtesy]
Sekarang, I ada 2 jenis buku belanjawan. Satu untuk record segala perbelanjaan duit gaji di Malaysia. Nak bayar rumah, kereta, credit card, duit untuk mak dan bapak, savings Tabung Haji. Percaya atau tidak, lepas ditolak semua perbelanjaan kat atas, tinggal lah angka yang tak seberapa dalam akaun CIMB ku. Ohh~~
Perbelanjaan di Malaysia
Lagi satu buku pulak untuk record semua perbelanjaan I dekat sini. My daily expenses. Lebih kurang AUD100/seminggu. Dalam tu lah segala-galanya. Groceries, mangkuk tingkat, lepak-lepak, coffee, beli fries, topup, beli solution contact lense, beli baju Cotton On. Eh,tetiba masuk shopping sekali. hehe. Tapi itulah hakikatnya.
Rekod perbelanjaan harian di sini
Mungkin ada setengah orang akan anggap I ni jenis calculative orangnya. Maybe I am. Tapi I bukan lah jenis yang kedekut untuk berbelanja. I will grab anyting I like, but everything must be recorded. Bukan apa, bila kita rekod, kita dapat trace balik macamana perbelanjaan yang lepas samada keperluan atau nafsu semata-mata. InsyaAllah kita tak akan salah membeli lagi lepas tu..=))