Showing posts with label Eateries. Show all posts
Showing posts with label Eateries. Show all posts

Monday, November 21, 2016

Our weekend routine

Assalamualaikum,


Hi semua! Hopefully semua orang sihat-sihat je. I am good Alhamdulillah. Lepas 2 minggu yang memenatkan, minggu ni I masuk office macam biasa balik. Auni demam on and off mula dari 2 minggu lepas. Her temperature hiked up until 40 degrees, lepas tu turun naik turun naik dalam 4 hari. Bila dah okay sikit keluar pulak campak yang halus-halus tu. So kena kuarantin lagi dekat rumah dalam seminggu. Now she has fully recovered and back to her normal cheeky self. Alhamdulillah.


Auni at 9 and half month.
Taken this morning. Budak baru baik demam.


Penat gila weh bila anak tak sihat ni. I dengan Am dua-dua mentally and physically exhausted. Mana taknya, otak asyik fikir bila Auni nak okay, pastu tido memang tak ikut masa la sebab nak kena monitor dia punya temperature, pastu bagi makan ubat pulak like every two to four hours. Selagi dia tak sihat, tak sudah-sudah otak kitorang ni dok fikir macam-macam. Camni rupanya bila dah jadi parents ni. Really not easy I tell you.


Tapi bila Auni dah okay, kitorang rasa lega gila and continue our life like usual. So lepas 2 minggu betapa kat rumah tak pi mana-mana pun kecuali klinik dengan beli barang dapur, semalam I claimed my dessert and coffee upah jaga anak 2 minggu from my husband. hahahaha. Ada ka patut mintak upah? Kong asam punya bini. No lah, I just want to fulfil my sweet craving lepas 2 minggu yang memenatkan. 


So semalam taktau nak pi mana, we ended up having our tea time dekat Secret Recipe Bertam saja. Jauh gila dari rumah. Dalam 4km jugak la, with 10 minit drive. hahahaha. Jauh SANGAT! Puii. Bukan apa, malas nak fikir pi jauh-jauh semata-mata untuk minum petang. Dekat situ ada nice cakes, brewed coffee, and most importantly child friendly. So, off we go to Secret Recipe.


We ordered 2 slices of cake. I nak makan Odyssey Premium, tapi habis pulak. So order my all time favourite chocolate indulgence, Am pulak ambik red velvet. We were lucky sebab ada tea time special, beli sepotong cake, free 1 beverage. Kalau nak air sedap-sedap cuma tambah RM2 saja. So kitorang ambik sorang satu coffee. Hot mocha for me, iced hazelnut latte for him. Auni? Tengok saja. hahahaha. Kejam punya mak. Tunggu besaq sikit kita boleh minum sama-sama ye anak. :p


Takleh ganas lagi ke muka tu bang?
Muka je ganas, tapi hati ada taman. Kan? hakhak. :p


Auni and her innocent look. Jangan percaya.
Otak dia penuh dengan agenda. 


Lepas dah siap minum, kitorang pi Mydin beli barang basah sikit, singgah kedai perabot favourite kat Bagan Ajam beli penghadang pintu, pastu balik rumah my parents dekat Teluk Air Tawar lepak-lepak sampai malam. Haa macam tu la weekend kitorang kalau takde pi mana-mana. Nampak simple je, tapi seronok je dapat spend quality time dengan family kan. :)


Sekarang dah mula tumbuh gigi.
I die! T__T

Friday, March 20, 2015

Heavenly breakfast in Penang : : Astaka Taman Tun Sardon.

Assalamualaikum,


Salam hari Jumaat penghulu segala hari! Hari ni produktif sikit, banyak kerja dapat buat. Pagi-pagi datang ofis settle kan a few things, pastu dalam pukul 10 camtu keluar breakfast dengan my officemate dekat Astaka Taman Tun Sardon. I ni nama je kerja dekat USM, tapi tempat makan yang best kat sini jarang pun pegi. Biasanya bawak bekal pape je makan kat office. Kadang-kadang kalau rajin je baru I keluar makan. 


Tapi baru-baru ni terasa macam nak makan moi sup dekat Astaka. So I ajak la Dila pegi breakfast hari ni. Heaven gila tau tak makan pagi dekat situ. Cakap ja nak apa semua ada. Sedap and murah pulak tu. Tapi korang jangan la expect tempat makan cantik. Food court biasa je ada banyak stalls yang jual macam-macam jenis makanan.


Antara yang famous, longtong, serabai, capati, nasik lemuni, roti canai, roti bakar, mee sup, wantan mee, hokkien mee, kuih-kuih pun banyak gila. Ish banyak sangat tak ingat dah kalau nak buat senarai. Korang cakap je nak makan apa, semua ada. Well, nama pun Penang kan, people don't call Penang as food heaven for nothing right?


I pulak tiap-tiap kali pegi asyik makan moi sup je. Kadang-kadang sebelum sampai sana I plan nak makan benda lain, tapi bila sampai, tetapppp jugak order moi sup. hahaha. Sedap sangat setakat bubur McD tu memang jauh ketinggalan la. :p Pastu minum pulak dengan teh tarik special, perghhh terus balik office sambil senyum-senyum sebab puas hati dapat makan sedap. :p


Moi sup yang I tak penah jemu makan. Sedap gila.
Cukup semua rasa. 


Sekali lepas dah minum teh tarik yang lemak berkrim tu, terus rasa bersalah kat diri sendiri. hahaha Masa minum memang la sedap, lepas tu gigih la habiskan 2 liter air konon nak cairkan segala lemak-lemak yang dah masuk perut tu dengan harapan tak sempat jadi lemak. hahaha. Ala sekali sekala takpe kan. I jarang sangat minum air manis. Hari ni kira cheat day la. Cehh, banyak la kau punya cheat day. :p


So korang kalau datang jalan-jalan Penang tu boleh la cari Astaka Taman Tun Sardon kalau nak breakfast yang best. Rasanya sampai pukul 11am pun still ada lagi makanan. Peak time biasanya dalam pukul 10am. Time tu nampak banyak la orang yang pakai uniform gomen makan kat situ. Kata gomen ada break untuk minum pagi kan? Haruslah ramai yang keluar. hahaha. :p


Okay, weekend ni ada banyak benda yang nak kena buat. Takde istilah weekend duduk rehat goyang kaki dah sekarang ni. huhu. I hope you have a great one yea! Till I see you again. Tata!


Thursday, February 26, 2015

Restaurant Review :: Big Bob Cafe in Bertam

Assalamualaikum semua,


Hari ni I nak share sikit pasai restaurant yang ada dekat area rumah I di Bertam. Kalau plan nak pegi makan mana-mana, I suka cari information kat dalam internet dulu kot-kot ada orang pernah buat review tentang tempat tu. Ala korang pun mesti buat camtu jugak kan??? Tau sangat. hehe. So I hope serba sikit info yang I share ni membantu korang yang tengah cari tempat makan yang best kat area sini. :)


Beforehand,  I think it would be appropriate if I could introduce you a little bit about the place I currently live in. Bertam ni satu bahagian dalam bandar Kepala Batas yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara, Penang. Tak besar mana pun kawasan dia, tapi cukup dengan semua kemudahan untuk kawasan yang sedang pesat membangun. Kitorang dah selesa tinggal dekat sini and we are planning to settle here as its residence.


Bab makan pulak, I think Bertam has now transformed into a new foods heaven in Penang. Ya Allah banyak sangat restaurants yang pelbagai jenis baru bukak kat sini, I sendiri tak sempat nak try pun semua kedai-kedai ni. Tapi ada a few yang I dah cuba and I think they are worth for recommendation.


So yesterday I tried this new (it has been there for quite a while but I yang tak pernah singgah) restaurant in Kiosk Bertam. It is called Big Bob Cafe. Kedai berkonsepkan open air cafe serving western foods macam burgers, pizza, pasta and so on. Siang-siang nampak macam kurang menonjol sangat, tapi kalau lalu malam-malam memang ramai orang. Their operation starts at 5pm and ends at 11pm. Closes on Monday, please take note! 


I teringat nak cuba ni pun sebab ada terbaca a few updates dari instagram with the hashtag #bigbobcafe. Go have a look! Dalam tu banyak jugak review and bila tengok gambar, ohh nyummm makanan dia memang nampak menarik. Serving besar, very presentable and harga pun sederhana. Cukup kriteria untuk buat orang datang lagi next time.


Cantik kan design logo kedai ni?


Ohh I also love the waiter yang sangat helpful. Bila tanya makanan apa yang menarik dia takde la bagi jawapan typical "semua sedap" macam kat kedai-kedai biasa tu. I cukup geram  bila waiter jawab sambil lewa macam tu. Jangan la malas sangat weh. Pi la tanya tokei ke, tukang masak ke pasai menu dalam senarai tu. At least bagi la recommendation based on the most ordered foods.


So this girl yang layan kitorang semalam sangat lah sweet and cheerful. Bila tanya ada apa-apa yang dia nak suggest since that was our first visit, she explained almost every single menu yang ada dalam tu siap boleh ikut kategori lagi. I am so impressed!! The owner must have trained them well. Good job!


Okay, let's move on to the foods. We tried their Signature Mushroom Soup as appetizer. Ceh, siap appetizer pulok. Padahal tamak nak makan semua. kahkah. Tapi mushroom soup tu memang sedap!!! Boleh rasa 'homemade' touch tu. One of the best I have ever tasted, I think I want to have allll to myself. Ngeeee. So mushroom soup ni definitely must try okay!


Signature mushroom soup with garlic bread.


My sister and I are both pasta lover. Kalau ada pasta dalam menu memang tu la yang kitorang akan pilih. Padahal macam-macam lagi ada, steak, burgers, pizza semua ada. Takpela maybe next time. Buat masa ni I tertarik nak try pasta dulu best ke tak. So I tried their Spicy Garlic Pasta with Grilled Chicken and Vege, while Fatin had Creamy Carbonara with Bacon Strip.


Creamy carbonara with bacon strip
Sedap and tak muak.


Spicy garlic pasta with grilled chicken and vege
Sangat sedap and pedas!!! I would love to have this again next time!


Serving dia besar gila okay kalau kelaparan memang cukup kenyang. Ke sebab kitorang dah habiskan semangkuk soup sebelum tu ek? hahaha. Tak tak, memang besar. Nampak je macam sikit, tapi mangkuk yang diorang guna tu agak dalam. So hambek ko nak sangat makan pasta kan. Terkulat-kulat dua-dua orang nak ngabiskan. hihihi. :p


Minuman pulak macam biasa, hampir semua jenis panas and sejuk ada. Kalau diorang serve coffee lagi best rasanya. Boleh feeling-feeling omputih lepas makan lepak minum coffee pulak. hahaha. Berangan tak sudah. Tapi memang pun, rindu weh lepak-lepak sambil pekena good coffee. Ohh how I miss that coffee culture I used to love when I was in Australia some time ago. Sini bukan takde, ada, tapi I rasa mahal sangat lah. Rasa macam membazir je nak spend duit untuk minum RM15-20 secawan. 


Fatin, a younger sister of mine.
My dinner date yesterday.

Yours truly.
:)


So, that's a little bit something I could share about the new cafe I recently found. Kalau korang rasa nak makan western foods yang best dekat Bertam, why not you give it a try. InsyaAllah tak menyesal. Till then, see you next time dearies! :)


Wednesday, August 21, 2013

Let's eat Arabian style at Al-Araby Restaurant

Assalamualaikum!


Good morning everybody!! Let's rise energetically today and shine brighter than yesterday, shall we? 
So, how's your week treating you so far? Menarik ke tak menarik? 
Or ada yang dah plan nak buat apa hujung minggu ni? 
Kalau sesapa yang buat open house hujung minggu ni bagitau laaaa boleh I pi terjah. kihkih. :p


Tak sedaq diri dalam dok kata nak diet tu ada hati lagi nak terjah-terjah rumah orang kan? hahaha. 
Takpe la, kemeriahan open house ni dapat rasa dalam bulan Syawal je. 
Kalau buat makan-makan lepas bulan Syawal dah lain sikit feel dia kan? kan? 


*Ehem, what a brilliant justification to allow me to eat more* ;)


Anyway, semalam lepas picked my husband up from tol Sungai Dua, kitorang terus pegi Tesco Seberang Jaya sebab Am tetiba nak makan nasik arab dekat sana. 
So, kitorang pun plan untuk bukak puasa Arabian style in Arabic-Middle East Restaurant la kononnya. hehe.


Sebagai pelanggan Tesco yang setia, tiap-tiap kali pi sana pun mesti lalu depan restaurant tu, nama Al-Araby. Tapi tak pernah teringat nak singgah la pulak. 
So when my husband ajak berbuka puasa dekat sana semalam, apa lagi, laju-laju terus cakap nak. hehehe.


Al-Araby Restaurant. From outside view.


Personally, I found that the whole ambiance is very welcoming with: 


1) Comfortable and clean eating place 
2) The foods are nice with hugeee portion
3) The staffs are well trained and respond to all orders very efficiently
4) Food prices are very reasonable



Chicken with Biryani.
Order satu untuk makan 2 orang


Chicken Schwarma
Appertizer


Lamb Haneeth
Add on


Owh, he is mine. You can't have this one.
Takde dalam menu. Nasik biryani tu je ada. :p


So to all Penagites, if you feel like having an Arabian meal, I suggest you to visit Al-Araby. 
Generally speaking, I had a very good impression upon this restaurant during my first visit
I don't mind to come to this place again next time.
I hope it wouldn't disappoint you too. :)


Monday, June 17, 2013

Butter Cake and Happy Father's Day 2013

Assalamualaikum,


Hello everyone! You guys are still busy at work? Ke ada yang dah tengah bersiap sedia nak balik ni? hehe. I tetiba ja teringat nak makan butter cake hari ni. Ala, jenis traditional yang simple takde perisa apa-apa pun tu. Makan pulak dengan teh o panas petang-petang yang mendung macam ni mesti layan gila kan? huhu. Kecoq ayaq lioq aihhh. Haipp, tak sedar diri tengah puasa lettew. T___T


I want something simple like this.
Moist, rich and buttery cake. Nyummss!!


Hari ni suami kata takyah masak sebab nak beli je makanan kat pasar minggu Bertam Putra untuk berbuka nanti. Sampai sana nanti confirm rambang mata taktau nak makan apa. Sudahnya I beli cucoq peneram (kuih benderam) 3 ringgit dengan tau fu fah semangkuk. hahaha. Penat ja pusing-pusing tapi benda yang sama jugak beli tiap-tiap minggu. :p


Ohh, I belom update lagi pasal Father's Day celebration with my family last weekend. Kali ni my sister, Fatin Anisah yang open table belanja semua orang sempena Hari Bapa untuk tahun ni. Ya Allah, tak sedar adik-adik I dah besar rupanya. Dulu asyik dok pow kakak sekarang dah kerja dah dia. Dah siap jadi tunangan orang pun at her young age. huhu. Time flies very quickly now and everybody is growing up (older to be more exact) too fast I don't even seem to realize..


Happy Father's Day, Bapak!
We love you soo much!


Mula-mula kitorang nak makan dekat Mee Udang Pak Ngah yang dekat Sungai Dua tu. Tapi bila dah sampai depan kedai, tengok-tengok tutup pulak. Pak Ngah ni saja tau orang pi berapa kali asyik tak bukak je. Selamat la kitorang dekat je, kalau yang mai dari jauh-jauh tu confirm kecewa je tengok kedai tutup. huhu.


Sudahnya, we opted for the nearest restaurant within our sight, L.A Tea Garden. It is situated right in front of a petrol station (Petron), and there is another petrol station (also Petron) beside the cafe. Sekali imbas, tengok cafe ni macam satu rumah kampung lama yang di ubah suai jadi restaurant makanan barat. Kira macam feeling makan bawah beranda gitu. Siap ada ruang makan yang sebijik macam dalam rumah lagi.


Suasana dalam restaurant. Makan bawah beranda rumah. hehe.
Huda in her Apple scarf. She was only a baby 10 years ago and now she looks like a grown up already.
Sedaq-sedaq nanti dia dah nak kawen pulak. Omg, don't grow up too fast, sister!


Konsep restaurant yang boleh tahan menarik, dan hidangan yang agak menyelerakan. Eceh, dah bunyi macam Chef Joe dalam Masterchef Celebrity 2 pulak. hikhik. :p In overall, the ambiance is very welcoming, the service is extremely fast, and the foods are so nice with reasonable portion and the pricing is very friendly to our pocket. Walaupun hampir 90% menu adalah western, however, they also add a slight hint of Malay touch in every meal they serve. That makes them a little bit different as compared to other western restaurants that I have been to. 

Some of the foods we ordered.
Mine is the Oglio Seafood at the top. Recommended!


To make it short, I personally want to come again to this restaurant to try the other foods they have in the menu list. I susah sikit nak bagi good rate dekat western restaurants as I have tasted something soo good while I was abroad, but here, I can say that they have their own signature that makes me want to visit them again. 


My mom and my sisters. All with happy faces.