Monday, May 2, 2011

Garage jamming session


Semalam ada BBQ session dekat rumah Madoline. Biasalah bila dah di perantauan, majlis makan-makan macam ni la yang jadi aktiviti paling menarik untuk eratkan hubungan sesama Malaysian di Wollongong ni. Dari pukul 12 tengahari I dah berkampung kat sana membawak sampai ke malam. Eh, sebok je macam kau pulak yang tuan rumah kan.haha.


Biasanya majlis macam ni memang berkonsepkan pot-luck. Time tu lah nak merasa makan yang beraneka jenis. Tapi kan, I tak sempat jamah langsung all the barbequed chicken or lamb. Sempat cuit kuih sikit, mihun sikit, dengan kek seketul dua. Bila dah malam baru la nak selongkar balance makanan yang ada. Masa majlis tu tak terasa nak makan, sekarang bila teringat, tiba-tiba teringin. Aiyoo!


The occasion ended at around 5pm. Lepas tu sesi mengemas lah pulak. Sekarang baru I faham kenapa orang-orang tua kita semua nak dapur yang besar and mesti kena ada paip air dekat luar. Senang nak basuh pinggan mangkuk, periuk, kawah semua. Kat sini gasak lah kau sental semuanya dalam sinki yang comel. Membasuh bekas-bekas marinate ayam yang besar gedabak memang menguji kesabaran tau tak!


Lepas dah siap mengemas, sementara nak tunggu orang tolong hantar balik, sempat lah I melepak sambil tengok artis-artis MAS_UOW jamming. Garage jamming session namanya. Kenapa? Sebab jamming tu buat kat dalam garage kereta lah. Style kan? hehe.


Fyi, I memang suka gila tengok live band. I really love watching their skills and passion in handling all the musical instruments. And without noticing how fast the time flies, I can sit there, listen to them playing for hours without feeling anything close to bored.


I ade ambik banyak video tapi susah gila nak upload full song kat dalam ni. I have no idea why. Maybe the size is too big I guess. Walaupun dah guna HD video, bila dah cut hasilnya jadi tak clear and sound pun tak berapa nak sedap. Geram! Geram! Hey Amirah, jangan banyak bunyik boleh tak? Layan je lah apa yang ada ni haaa.


Starlight by Muse


Cinta by Flop Poppy 
(my most favourite)


6 comments:

aimy said...

yer ker dengar jer? bukan ada sumbang kan vocal ker?? hehehhe.. :)

(P/S : singgah nak kasi semak blog org :) )

sherah said...

i pon suke flop poppy gak! :)

amirah said...

aimy:

hahaha.. btol la tu.. 'sumbang' in terms of merosakkan lagu boleh la. leka gila tengok diorang main walaupun dah menggigil kesejukan dalam garaj tu.hehehe..:p

amirah said...

sherah:

gimme five!! kita geng. hehehe.. best kannnn! too bad they're a bit silent now..

MHazrat said...

i cant play the v-clip... :-(
nak nyanyi sendiri la....

amirah said...

Really?? Kenapa tak dapat play? Sy ada letak kat FB kalau nak tengok full version lagu Cinta dari Flop Poppy. Sila check okay!

Tapi kalau nak nyanyi, lagi la dialu-alukan..hehehe..=))