Friday, March 16, 2012

Canberra short trip. Sejuk tapi indah.

Hi everybody!


Hari ni tiba-tiba ada mood nak cerita pasal trip to Canberra dengan family. I pun dah lupa ni masuk kali yang ke berapa I melawat Australian Capital Territory ni. Yang pastinya, lebih dari 5 kali and siap dah hafal jalan ke semua tempat-tempat menarik.hehe. Tapi trip kali ini lebih bermakna sebab percutian dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda tercinta. =)


Okay, we started our journey quite early in the morning. I thought the weather would be bright that day, so tak sejuk sangat and tak payah bawak baju tebal. Unfortunately, I was totally wrong! Sejuk gila habaq hang!! Kesian mak, bapak and adik-adik kena tahan sejuk yang hampir mencecah 10 degree celsius. To them yang baru sampai dari Malaysia memang cukup sejuk lah macam tu. My bad~~ But I'm glad that they survived! Yay them!


Somewhere along the journey from Wollongong to Canberra
Kepada bakal suami, tangan beliau ini yang akan nikahkan anda dan saya InsyaAllah. :)


Okay, sampai je kitorang terus ke Parliament House. Kira macam white house Australia lah. Kalau ikutkan, tempat ni takdela terlampau exciting. Kepada yang tak minat mungkin agak membosankan. Best kalau kebetulan ada chambering je. Kalau takde, jalan-jalan melawat keindahan senibina bangunan aje lah. Tapi pemandangan dekat luar memamg splendid! Cantik sangat untuk bergambar! Silalah pergi ye kalau ada peluang.


Mak & Bapak. Cinta hati dunia dan akhirat.


Half of the family at Parliament House Australia


Camni rupanya bilik persidangan parlimen


Menteri Hal Ehwal Wanita. Auwwww!! Tak koser haku!! :p


Sisters. Missing another two at home.



Lepas dah puas berlagak macam ahli parlimen, perut pun berkeroncong menandakan masuknya waktu makan tengahari. So kitorang behenti makan dekat garden yang berdekatan untuk makan bekal nasik lemak yang bapak masak. Yummeh!! Waktu keluarkan bekal tu, nasi and lauk still suam-suam lagi. But after 5 minutes, semuanya rasa macam lauk yang simpan dalam peti sejuk. Menggigil-gigil masing-masing gigit nasik. Tapi seperiuk gak habis. hahaha. Dasar! :p


Ye itulah saya yang paling tak sabaq nak menghadap makanan


Camera? Nahhh!!
Nasik lemak ni lagi menarik untuk dipandang.


Then we proceed to Australian War Memorial. War Memorial? Duhhh!! It doesn't sound that interesting, does it? But I do like it somehow. Kawasan sekitar yang sangat cantik dengan landskap dan senibina bangunan yang indah. Cara persembahan fakta jugak agak teratur dan realistik. Buat yang tidak berminat, sila singgah jugak untuk bergambar ye. It is beautiful, trust me!



The family


The sepet me. Gila amoi muka! haha.


Adik-adikku


Memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan akibat terlampau sejuk, lawatan ke ibu negara Australia terhenti setakat itu sahaja. Sebelum balik ke Wollongong, kami singgah solat di Canberra Mosque yang betol-betol terletak dekat Malaysian Embassy di Yarralumla. Walaupun nampak agak usang, kami bersyukur sebab ada jugak kemudahan solat di sini.



Solat jemaah bersama keluarga.
Perasaan? Indah. Sangat indah.


No comments: