Assalamualaikum wbt,
Salam hari Jumaat untuk semua, penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya matahari tidak terbit dan terbenam pada hari-hari yang lebih mulia dan lebih afdal daripada hari Jumaat. You got what this means? If yes, good for you, if you don't, go find out about this.
Kepada yang lelaki, jangan tinggal solat Jumaat tanpa sebab ye? Dah terang-terang lagi memang semua orang tau Allah murka, dah tu makin kurang pulak point kalau perempuan nak nilai calon yang boleh dijadikan suami nanti. Ye la, semoden mana pun wanita zaman sekarang, tapi kalau nak cari suami, dia tetap utamakan calon yang boleh dijadikan imam di dalam solat. Kalau solat sendiri pun tak terurus, macam mana nak imamkan isteri dan anak-anak ye dak? Look back and think, okay? :)
Ohh, I have something to share here. It's about reciting Al-Quran during Ramadhan. Dah lama nak kongsi sebenarnya, tapi takut pulak kalau salaf tafsir jadi riak. Hopefully it isn't and please get what I'm trying to deliver. Rasanya tiap-tiap kali masuk bulan Ramadhan mesti semua orang ada semangat nak cuba khatamkan 30 juzuk Al-Quran kan? Kepada yang berjaya, Alhamdulillah, I salute you guys. Kepada yang masih mencuba, teruskan usaha ye! :)
As for me, I have been trying to do so for the past few years, but I normally fail to complete all 30 juzuks of Al-Quran every year. Paling banyak pun 15-20 rasanya lepas tu berhenti macam tu saja. Bad bad Amirah rite? So, masuk awal tahun 2012, dengan azam yang baru, I bertekad nak khatamkan 30 juzuk Al-Quran beserta dengan terjemahan sekali sebelum tamat bulan Ramadhan.
So what I did was, I started reciting Al-Quran and the translation since the 1st Rejab this year. Sebab I tau, dengan cara bacaan I yang tak konsisten, mustahil untuk I khatamkan semua dalam tempoh sebulan, hence the early starts. I cuba amalkan setiap kali lepas solat I akan baca 1-2 mukasurat, dengan terjemahan sekali. Biasanya, lepas solat Subuh dan Isyak je la yang I dapat buat, sebab waktu-waktu lain I solat kat office.
Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Alhamdulillah, masuk minggu kedua bulan Ramadhan, I dah menghampiri juzuk terakhir Al-Quran, dan berjaya baca hampir keseluruhan terjemahannya sekali. Bila dihayati betol-betol, ada banyak kisah dalam Al-Quran tu yang sangat terkesan dalam hati. To be honest, this is my first time reading the complete translation after almost 27 years of being born and brought up as a Muslim. :'(
I know I should have done this earlier but hopefully this is not too late. I have seen how this changes me for the better and I bet everybody else will agree with me as well. Good luck! :)
2 comments:
Bagusnya.. =')
Ada azam yg sama mcm u.. tapi belum tercapai.
Cuma Alhamdulillah masih go on membaca di bulan Ramadhan & join kelas tadarus setiap pagi. Sebab dah tak kerja jadi banyak masa di rumah.. (^__^)V
Sophie:
Azam ni dah byk tahun tapi asyik fail aje. Tu yg tahun ni ubah strategi mula awal sikit dari sebelum ramadhan. hehe. sebenarnya tak kisah pun macam mana, yang penting ada usaha je kan. Jom sama2 banyak kan baca Al-Quran tak kira la bila2 pun. :)
Post a Comment