Thursday, January 24, 2013

Tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum,


Salam Maulidur Rasul untuk semua. Hari ni sangat istimewa bukan hanya sebab cuti umum di Malaysia, tapi sebab hari ulangtahun kelahiran kekasih umat Islam di seluruh dunia, Nabi Muhammad SAW. Rasanya bukan budaya para sahabat untuk sambut hari kelahiran Rasulullah ni kan? Why? Sebab tiap-tiap hari mereka ada peluang nak bertemu dengan Rasulullah. Kalau tak dapat jumpa sekali pun, sekurang-kurangnya selawat ke atas baginda akan meniti di bibir tanpa henti bagi menghilangkan rasa rindu.


Berbeza dengan kita pada hari ni, jarang sangat jumpa orang yang menjadikan selawat ke atas Rasulullah tu suatu kebiasaan di bibir. Sebok hafal lagu lagi ada la. Tak payah cakap orang lain, aku la tu.huhu. Lepas tu bila datang ulang tahun kelahiran nabi baru la sibuk nak selawat la apa la. Tak ke terang-terang lagi dah tak betol caranya tu. Ingatan ke atas Rasulullah tu sepatutnya setiap masa, bukan setahun sekali je. :(


Dulu masa kecik-kecik dekat tadika ustazah akan suruh hafal macam-macam maklumat tentang baginda Rasulullah. Lepas tu I dengan bangganya akan balik bercerita dekat rumah. Nama pun budak-budak kan, setiap benda baru yang dapat kat sekolah mesti nak balik cerita dengan excited. Contohnya I ingat lagi mak cerita, masa umur 5 tahun, tiap-tiap kali nak masuk toilet, I akan baca doa masuk toilet kuat-kuat sampai pakcik kedai bawah rumah pun boleh dengar. Aduiii habis satu blok tau budak kecik ni nak berak sebab baca doa masuk tandas sekuat-kuat alam style yang kat dalam kelas tu. kahkahkah. Tak senonoh gila perangai. T___T


Anyhow, as time goes by, semua cerita-cerita zaman nabi yang dulu semuanya I hafal tu makin lama makin hilang dari ingatan. Bukan la hilang terus, tapi kena tunggu orang cerita baru refresh balik. Kalau saja-saja nak jadi ibu mithali cerita kisah-kisah Rasulullah kat anak sendiri nanti mesti fail. Ya Allah makin hari makin teruk gayanya ni. Sibuk sangat nak cari ilmu dunia, ilmu akhirat asyik je terpinggir. :(


Okay lah, sempena hari yang mulia ni, I nak refresh balik ingatan I pasal Rasulullah kita. Semoga dengan mengingati butir-butir tentang baginda akan tingkatkan kecintaan kita kepada kekasih Allah ini. 


Nama Penuh : Muhammad bin 'Abdullah

Nama Ayah / Ibu : 'Abdullah bin 'Abdul Mutallib / Aminah binti Wahab

Tarikh Lahir : 12 Rabiulawal / 20 April 571Masihi (Makkah)

Tarikh Wafat : 12 Rabiulawal / 24 September 622Masihi (Madinah)

Nama Isteri : Khadijah, Saudah, 'Aisyah, Hafsah, Ummi Habibah, Hindun, Zainab binti Jahsy, Maimunah, Safiyah, Zainab binti Khuzaimah

Nama Anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Fatimah, Ummi Kalthum

Warna kegemaran : Hijau, putih, merah

Sukan : Menuggang kuda, memanah, berenang

Makanan kegemaran : Bali, kurma, buah tin, buah anggur

Peperangan yang pernah disertai : Badar, Uhud, Bani Nadhir, Khandak, Bani Qhuraizah, Khaibar, Fath Makkah, Hudaibiyah, Tabuk


Ni antara biodata baginda Rasulullah yang I dapat kongsi serba sikit. Banyak lagi benda sebenarnya yang patut kita tau terutamanya kronologi hidup baginda yang sangat menarik walaupun penuh dengan cabaran. Jom sama-sama kita cari peluang untuk baca dan hayati ya! :)



Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


No comments: