Wednesday, June 22, 2016

Peristiwa Ramadhan. Cuti Nuzul Al-Quran.

Assalamualaikum,




Salam 17 Ramadhan, hari yang paling bersejarah dalam perjalanan kitab suci umat Islam, Nuzul Al-Quran. Ada beberapa negeri di Malaysia yang cuti sempena peristiwa bersejarah ni, termasuklah Penang. Tapi!! Dalam pada semua orang tau tentang cuti ni, ada jugak yang taktau rupanya. hahaha.


Sapa yang sengal sangat tak perasan hari cuti tu??? Aku la tuuuuu!!! hahaha. Meh nak tunjal sikit dahi sendiri sebab tak alert dengan cuti. Tak pepasal bangun pagi-pagi kelam kabut siap barang semua sebab ingat dah lambat nak kena masuk opis. Haihhhh.


Tak cukup kaki tangan pagi tadi pump susu untuk fresh milk Auni, defrost susu untuk stock frozen milk untuk bawak pi taska, pack beg baju Auni, pack pump and bottles untuk sesi pumping dekat office, pi balik pi balik dari bilik ke dapoq konon-konon sebab dah lambat.


Pastu yang paling kesian, angkat Auni yang tengah nyenyak tido dalam buaian masuk dalam kereta. Nasib baik hari ni dia good mood boleh main-main dengan toys gantung yang kat dalam kereta sepanjang perjalanan nak pergi school tu. Kalau tengah mood swing mau melalak dia kena kejut bangun pagi. hihi.


Auni leka main mainan yang gantung dalam kereta.
Habis kereta Babah jadi kereta berhias anak punya pasal.
Kalau bukan sebab anak, JANGAN HARAP!


Sekali bila sampai depan main gate LPPKN, tengok gate TUTUP. Aikkk, sejak bila pulak main gate ni tutup? Biasa bukak je, just angkat tangan dekat guard pastu masuk terus je. Hari ni tutup pulak. Nampak muka makcik guard tu blur. I cakap la nak hantar anak kat taska, sekali dia cakap, "Hari ni semua orang cuti dikk, takdak sapa pun yang mai hari ni".


I was like, Uh-ohhh. Cuti. Damn it. Tapi sebab nak cover malu, I cakap, "Saya kerja hari ni makcik, tu yang tak perasan Penang cuti". Tapi dalam hati dah rasa macam nak pakai topeng Ultraman terbang la la tu jugak. hahahaha. So I cakap, "Takpa la makcik, saya balik dulu naaa. Assalamualaikum".


I reverse kereta pelan-pelan, bila agak jauh sikit terus pecut kereta laju-laju rasa macam takmo jumpa makcik guard tu lagi dah. hahaha. But that's not possible. Semua orang perasan weh kereta ko yang warna hijau katak pisang tu. Esok mesti makcik tu perasan, budak ni la yang dating anta anak time-time cuti tu. hahahaha.


Jom gelakkan Ummi yang sengal ni.
hahahaha.
 

No comments: