Monday, December 6, 2010

Ticket hunting: My own definition of stress management

Dear diary,

I woke up with such a bright mood on this beautiful sunny day. After 8 gloomy days, finally I have the reason to smile once I stepped out from my tiny little house this morning. Bangun pagi tadi terus turn on my computer, capai tuala, masuk mandi. Sambil dok bersiap siap tu, macam biasa, check uowmail laju laju, kot kot ada khabar berita dari supervisor yang I terlepas malam tadi. Nothing from him! Fuhh, boleh berlenggang kangkung nampaknya. Kalau ada, berdesup I akan siap dengan pantasnya dan terus tunjuk muka dekat ofis tanpa berlengah lengah.hehehe.

Macam tu la rutin setiap pagi. Inbox email akan jadi penanda aras samada perlu siap sepantas kilat atau seperlahan siput. Lepas dah siapkan diri, prepare breakfast, 2 toasted bread yang disapu marmalade dengan sekeping cheese, malas nak bancuh air punya pasal, I ended up pouring fresh milk into the glass. Alhamdulillah untuk rezeki pagi ni.

Sambil breakfast tu la I akan bagi masa selama setengah jam untuk online di rumah. Mula mula I akan terus login Skype, YM dan FB. Tengok tu, social networking sites jugak yang kau masuk dulu. Apa nak jadi ni? Tapi bukan semua orang pun camtu jugak ke? kan? kan?:p Setiap pagi I akan dating selama 5minit dengan MrBf di Skype. YM account I sentiasa invisible. But I'm always there. Just buzz me if yo have anything important okay. I will reply. FB tu pulak tempat untuk I menyebok ambik tahu perkembangan sedunia. Tak payah baca Berita Harian Online pun I boleh tau apa yang berlaku di tanah air tercinta. Everything is updated through ohter people's status. Ha, senang kan? Lepas cukup setengah jam, time's up! Rumah kata pergi, office kata mari.

I love the idea on how current social networking and the older days is compared
(photo courtesy, www.gauravonomics.com/.../social-networking.jpg)

Sampai office pulak, turn on my computer, lagi sekali I akan terus check uowmail. Sampai macam tu sekali? Ya, begitulah hakikatnya setiap hari. Takut betul kalau supervisor bagi email tapi I terlepas untuk baca email tu. Okay, takde email hari ni. Tenang sikit hati. Sambung refer journal yang terhenti hari Jumaat lepas. Otak dah mula nak berselirat. Sabar Amirah, sabar. Teruskan membaca. Makin complicated pulak penerangan. Siapa suruh buat PhD ni Amirah? Adoii laaa.. Tapi apa nak buat, dah separuh jalan pun. Teruskan je la dengan tabah sampai siap.

Topi penyek. Idaman setiap pelajar Doktor Falsafah.
(photo courtesy, www.servicesune.com.au/.../academic-dress.php)

Tiba tiba, akibat makin bercelaru, tangan ni automatik "ter"click dekat Internet Explorer. Terus pilih website Malaysia Airlines yang sememangnya sedia ada dalam Favourites list. Ticket hunting!hehehe. Padahal dah janji taknak balik Malaysia tahun depan. Ni baru seminggu sampai balik, I dah start ticket hunting semula. My oh my. Mungkin bagi kebanyakan perempuan, retail theraphy adalah salah satu cara untuk melepaskan stress. Tapi bagi I, ticket hunting turut menjadi salah satu aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan. Tak payah la booking pun. Jamu mata tengok harga saja. Maybe it is my own definition of managing my stress away and it's very fun indeed. Cubalah! =))

p/s: Right upon lunch time, I received a text message from Fendi, "Mad & I r having lunch at Duck Pond ni.. Kt wood stage tu. Mai la.. Ada extra sandwich". Then I realize it's time to put a break on my reading. So, I had lunch by the pond on this beautiful sunny day. What else should I ask for?

No comments: