Thursday, December 13, 2012

Hukum dan pengiraan zakat pendapatan

Assalamualaikum semua,


Amboi rajin pulak menjenguk ke sini ye dua tiga hari ni. hehe. Takpe, sementara rajin berkongsi ni baik la buat, kalo mood entah kemana-mana nanti berminggu-minggu blog ni diam seribu bahasa tak dengar khabar berita. haha.


Anyway, hari ni rasa terpanggil untuk berkongsi sikit pasal zakat pendapatan. Maklumla dah hujung-hujung tahun ni baru nak teringat. huhu. Bad bad Amirah. T__T. Pagi tadi sambil-sambil skype dengan Am, kitorang dok kira berapa zakat pendapatan yang nak kena bayar untuk tahun ni. Eh, istilah yang betol bukan bayar zakat, tapi keluarkan zakat ye. :)


Kalau nak cerita pasal zakat pendapatan ni, perbincangannya akan jadi terlampau panjang. I ni bukan lah orang yang arif untuk terangkan pasal ni. I cuma tau yang I termasuk di dalam golongan yang diwajibkan membayar zakat pendapatan disebabkan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:



  1. Islam & Merdeka - Hanya orang Islam yang diwajibkan untuk membayar zakat
  2. Sempurna milik - Harta itu adalah milik sepenuhnya. Kalau harta yang dikongsi bersama orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam tersebut yang akan diambil kira.
  3. Harta yang baik sebagai sumber zakat
  4. Cukup nisab - Paras minimum yang menentukan wajib kena zakat atau tidak. Berbeza mengikut negeri. So kena find out sendiri dari pejabat zakat samada ikut nilai emas atau perak.
  5. Cukup haul - Genap setahun berpendapatan tetap. Boleh jugak kalau nak bayar bulanan, tapi pengiraan hasil pendapatan adalah dalam jangkamasa setahun.


So, to all of you who is reading this, you better check on yourself. Kalau rasa dah memenuhi syarat di atas, jom kita sama-sama pakat keluarkan zakat ye. Kita kena ingat, dalam setiap harta yang kita perolehi, terselit juga milik orang lain di dalamnya, jadi, kita patut keluarkan apa yang bukan milik kita, dan serahkan kepada sesiapa yang lebih berhak untuk memilikinya. :)


Ada banyak cara sebenarnya untuk kira zakat ni. Boleh rujuk pejabat zakat atau pihak yang lebih arif. Tapi I lebih senang untuk buat pengiraan dengan cara seperti berikut. (CONTOH SAHAJA)


A - PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (Contoh RM3000 x 12 bulan) = RM36000

B - JUMLAH PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN
  • Diri sendiri - RM8000
  • Isteri (1 orang x RM3000) - Tiada
  • Anak (1 orang x RM1000) - Tiada
  • Pemberian kepada ibu bapa - RM6000
  • KWSP - Tiada
  • Tabung haji - RM6000
  • JUMLAH = RM20000
C - PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT = A-B = RM36000-RM20000= RM16000

D - ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR = C x 2.5% = RM16000 x 2.5% = RM400


D = C x 2.5% = RM400


Ni contoh pengiraan zakat pendapatan yang bagi mudah difahami dan jelas. Jumlah yang perlu dikeluarkan bergantung kepada pendapatan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan diri masing-masing. Kalau ikut jumlah dia atas, apa lah sangat nilai RM400 tu berbanding dengan jumlah yang kita dapat sepanjang tahun kan?


Ha lagi satu, kepada pelajar yang mendapat biasiswa, duit biasiswa yang diperolehi tidak diwajibkan zakat. TETAPI, contoh macam diri I yang merupakan pelajar yang mendapat biasiswa, and at the same time dapat gaji di Malaysia tiap-tiap bulan, dan memenuhi syarat-syarat seperti dia atas, WAJIB UNTUK I MENGELUARKAN ZAKAT PENDAPATAN.


Okay, I think that's all for now. Harap info yang dikongsi ni sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua. Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh dapat dari pusat urusan zakat atau mereka yang lebih arif. Tak rugi pun kalau bayar zakat ni. Allah pasti akan gandakan rezeki kita dengan macam-macam cara. Kalau rasa nak bayar lebih tu lagi bagus, sebab kita boleh kongsi rezeki yang kita dapat dengan orang yang kurang bernasib baik. :)


2 comments:

sue. said...

ouuuh...thanks kakak for the info!..ngee

amirah said...

Sue:

No worries dear. It's good to share something that benefits others as well. Jom kira ye! :)