Hi semua! It's the middle of the week already. Kerja dua hari lagi lepas tu cuti hujung minggu. Mesti ramai yang dah plan macam-macam kan? I macam biasa. dok menunggu hari nak habis pantang. hahaha. Padahal dok rumah best je, cuma excited nak keluar sebab rasa macam dah lama sangat tak ambik udara luar. Terdengar-dengar Mydin Bertam ni macam dok memanggil-manggil je ni. :p
Hari ni rasa tenang sikit sebab Auni tengah tido nyenyak kat dalam buai. Ohh speaking of buaian, dulu I berangan konon taknak ajar anak tido dalam buai. KONON okay! Lepas umur sebulan, Auni buat perangai nak berdukung setiap masa, kalau tak dia taknak tido. huhuhu. So akhirnya tewas tersungkur jugak angan-angan ummi taknak ajar Auni biasa dengan buaian.
Sebelum ni dia ok je, lepas minum susu, peluk tepuk-tepuk sikit dia boleh tido nyenyak dekat dalam playpen dia. At least sejam tu memang dia tido nyenyak la kalau takde gangguan apa-apa. Tapi lately ni pantang ada bunyi sikittttttt pun dia boleh terjaga pastu bercinta la nak bagi dia nyenyak balik. huhu.
Siang-siang memang Auni tido dalam playpen. Maybe sekarang panas pun ye jugak kot sebab tu tak berapa selesa dalam ni. |
Ni kalsu tido atas katil dengan Ummi & Babah. Bukan main lgi dia punya lentik tu. hmmmm.. |
Yang bestnya, kalau duduk atas orang berdukung 2 jam pun dia boleh tido. Padahal musim panas sekarang ni kan, kita yang berpeluh-peluh dukung dia, dia syok je tidoq. Ewah ewah anak. Bukan main lagi kan nak sedapppp je? Bila letak je dalam cot, otomatik mata tu bukak dan-dan buat bunyi yang macam tak selesa tu. Ehhhh geram pulak mak ko ni. Tapi sayang. Acane tu?
Memandangkan I risau takut nanti dia tak cukup tido siang-siang, and pembesaran dia terganggu because of lack of sleep, so we decided to get her a cradle together with with automatic motor. Buai tu beli kat kedai perabot kampong je. Murah weh. Kalau kedai baby RM200++, kedai biasa RM100++, tapi kat kedai perabot feveret kitorang ni jual RM78 je. Am mintak kurang RM50 dia tak bagi. hahaha. Tapi ye la, memang dah murah sangat tu banding dengan tempat lain so takyah la mintak tawar lagi dah.
Buaian legend dari dulu orang pakai. Set motor dengan spring tu beli dekat kedai baby Sg Petani RM200. |
So kawan-kawan yang duduk sekitar Seberang Perai Utara ni, kalau nak beli perabot sila la pi kedai dekat Bagan Lebai Tahir sebelah Caltex. Semua perabot kitorang beli kat situ je. Tapi tak glemer la sebab takdak lambang Courts Mammoths atau kedai-kedai besaq yang lain. Tapi apa ada hal? Yang penting value for money. Musim ekonomi merudum amcam ni kena la pandai berjimat. Kan? :)
No comments:
Post a Comment