Thursday, October 20, 2016

Auni's feeding diary - Her first solid foods

Assalamualaikum,


Hari ni I nak record sikit macam mana I prepare foods untuk Auni selama ni. She has been eating solid foods for almost three months now and Alhamdulillah setakat ni takde allergy yang teruk lagi. Hari tu je ada rashes sikit lepas I try bagi dia red meat. So buat masa ni hold dulu red meat, I banyak bagi dia makan fruits and veges, campur dengan ikan bilis atau ayam.


Ikan belum bagi lagi buat masa ni. Hmm, rasanya nak try bagi ikan la pulak lepas ni. I masak bubur untuk Auni tiap-tiap pagi lepas subuh macam tu. Biasanya masak bubur ni lama, tapi sebab I dah blend beras awal-awal, so takde la lama sangat nak tunggu bubur masak.


Beras dan ikan bilis yang I dah bakar dalam oven, pastu blend halus. Senang kerja.


Ohhh, I even prepared fruit and vege purees weekly. Kiranya I akan buat stock puree untuk seminggu, so tiap-tiap pagi I tinggal masak bubur, campur dengan ikan bilik atau ayam, then masukkan puree je. Easy peasy! Cuma time prepare puree tu renyah sikit la sebab I buat banyak-banyak sekaligus cukup untuk seminggu.


Frozen purees. 1 week supply.


Freezer ni dah patut tukar jadi hak milik Auni.
Kitorang punya makanan secoet je terselit kat celah belakang sana.
Yang lain semua occupied untuk susu and makanan dia. 


Untuk prepare semua makanan Auni, I tak beli pun segala mak nenek steamer with blender apa semua tu. Mula-mula memang teringin nak beli sebab tengok macam senang gila kalau pakai menda alah tu. Tapi bila fikir balik, buatnya kalau perangai hangat-hangat taik ayam je tak ke membazirnya jadinya. So I decided to go back to the old style. Steam dalam penapis sayur, letak dalam periuk besaq. hahaha. Ala macam mak-mak kita dulu. Mana ada gajet canggih pun. Tapi sihat walafiat je kita sampai sekarang kan? :p


Bila dah ada frozen purees semua tu, tiap-tiap pagi I tinggal masak bubur je, then pilih la nak bagi dia flavour apa. Kalau rasa nak bagi manis sikit I letak buah, kalau rasa nak bagi kurang manis I letak sayur, kadang-kadang I campur je buah dengan sayur. Sebenarnya ikut dan je la. 


Broccoli with apple


Dates with broccoli


Japanese sweet potato

Biasanya I masak pagi untuk hantar ke nursery, and satu bekas untuk makan kat rumah bila balik petang tu. I tak la rajin sangat nak masak fresh every time nak makan. huhu. Setakat ni Auni jenis yang telan apa saja. Tak banyak songeh la sangat. Dah besaq nanti kalau buat perangai nak memilih siap!


Bekal Auni, satu makan tengahari, satu lagi dinner kat rumah.


Budak suka makan.
Dah berapa kali insiden mangkuk terbalik. hahaha.


Hopefully semangat memasak ni continues sampai Auni besaq. Seronok sebenarnya bagi anak makan dengan air tangan sendiri. I promise myself, kalau Auni ada adik nanti pun I nak rajin macam ni jugak. Tak fair la kalau anak sulung je nak buat semua yang terbaik kan? :) 









No comments: