Tuesday, November 1, 2016

Taiping. Gem in a small town.

Assalamualaikum,


Hi everyone! It's November already!! And hey, do you know that November is my favourite month of the year! Why? Because it's my birthday month, and I think orang yang lahir bulan November is awesome!! hahaha. Just kidding. 


Hari ni I nak rekod sikit cerita pergi Taiping cuti Deepavali baru-baru ni. Duhh Taiping je? Dekat gila dengan Penang tu pun nak cerita? hahaha. Suka hati la kan. Walaupun cuti-cuti dekat, tapi I rasa macam seronok sangat sebab I gotta spend quality time with my nuclear family. 


Sekarang ni masa rasa cepat sangat berjalan. Nak curi masa plan proper vacation asyik tak sempat je. So bila ada je masa sikit, I dengan Am akan curi-curi bawak Auni pegi mana-mana yang kitorang boleh spend masa doing new things together. So last weekend, we decided to go to Taiping.


Kitorang duduk dekat Hotel Seri Malaysia. Murah je, satu malam RM120 including breakfast for two. Location wise memang best sebab dekat dengan semua benda. Tapi hotel ni dah season sikit la, service pun tak berapa professional, nak complaint lebih-lebih malas pulok. So layankan aje la, nasib baik murah. Kalau charge mahal memang nak kena la.


Depan pintu masuk hotel.
Auni muka blur pagi-pagi kena keluar. haha.


Kitorang sampai hari Jumaat tengahari, terus boleh check in sebab dah ada bilik kosong. Tunggu Am pi solat Jumaat jap, pastu terus keluar petang tu pi cari makan apa-apa yang patut. Mula-mula sekali cari Cendol Bismillah. Guna Waze je confirm sampai punya. Sedap gila cendol pulut dia sebab pulut tu ada rasa smokey. Rasanya semua yang pi pun akan order cendol pulut. So next time kalau pi situ memang nak makan lagi.


Cendol Bismillah. Kesiannya Auni buat muka macam tu.
Ummi makan on your behalf je okay? :)


Lepas tu plan nak pi makan yong tau foo pulak. Tapi sebab kenyang lagi dengan cendol kitorang pusing-pusing Taiping Mall dulu yang ada dekat sebelah pusat penjaja makanan tu. Lepas dah sejam lebih berjalan lompat-lompat sikit bagi cendol turun bawah sikit, now ada space untuk yong tau foo pulak masuk. hahaha.


So macam biasa la, ambik serba sikit segala mak nenek yang ada kat atas counter tu, total RM19. Tapi sepinggan penuh la makan dua orang sampai senak. haha. Jauh lagi murah dari pasembor padang kota yang I rasa overpriced tu. So okay jugak la yong tau foo ni. Ada a few stalls yang jual yong tau foo. Tapi rasanya tak beza banyak pun. Gambar takde sebab ada dalam tepon Am. Tapi kalau search memang banyak la ada gambar dlaam internet ni.


Lepas kenyang makan yang tau foo, kitorang balik bilik rehat-rehat. Bagi Auni tidoq dulu sekejap. Jalan dengan budak kecik ni macam ni la, kena consider masa rehat dia jugak, kalau tak nanti dia cranky lagi payah. Tapi Alhamdulillah, so far Auni takde masalah kalau bawak jalan-jalan sebab dia memang sukaaaaa sangat jalan. hahaha. Ni kenan perangai mak dia yang kuat berjalan masa pregnant la ni. :p


Malam tu takde plan nak makan mana pun sebab kenyang lagi, konon nak cari berger je la. So kitorang keluar la pegi Aeon Taiping yang dekat jugak dengan hotel. Sekali bila dah pusing-psuing dalam tu, terrrrrrmakan kat Black Canyon. hahahaha. Konon takmau makan. Puii. Sorang makan nasik, sorang makan pad thai. Dear caloriessss, come to mommah!! :P


Konon takmau makan. Tapi dua-dua ni linchennnnn. :p


Ingatkan bila dah makan berat takmau berger dah? Jangan harap. Berger tetap dicari. Kitorang pi tapau coffee dulu dekat Mc Cafe, pastu beli berger dekat area town. Bawak balik makan kat bilik sambil hujan renyai-renyai pulak malam tu. Perghh nikmat dia taktau nak kata macam mana. Seminggu haku lari dari weighing scale takut nak timbang. hahaha.


Esok paginya bangun breakfast dekat hotel, makan ala kadar je sebab tak menarik sangat dia punya buffet spread, dengan service pulak yang macam hampeh lagi la takde mood nak makan. Kitorang makan laju-laju sekadar ambik syarat pastu terus keluar jalan-jalan kat taman tasik sebelah hotel tu.


This place is major love!! I taktau kenapa but I reaalllyy like this place. Rasa macam tenang sangat I could stay there forever. Dengan pokok-pokok yang besar, pastu hijauuuu je nampak sekeliling kawasan tu I rasa it's a perfect place for you to spend time with your loved ones. Takyah buat apa-apa pun takpa, duduk je or jalan-jalan keliling tu, I rasa seronok dah. Ni aging sign ke apa ni? hahaha. :p


Pardon my striking outfit. Konsep dia pakai apa saja yang ada.
Tak kose la nak pakai lelawa pi jalan kat tasik je pon. 


Our little family.


Senyum sikit plis dear missy.


Ni muka budak yang paling tak excited. hahaha.
Kacau dia punya nap time memang macam ni la gaya dia.


Lepas puas pusing-pusing kat situ, kitorang balik bilik, bagi Auni tido seround sebab konon-konon penat la pusing tasik. haha. I kemas-kemas beg pastu terus check out sharp at 12pm. Sebelum balik tu singgah makan dekat the famous Koeyteow Doli. But I personally think the foods there are slightly overpriced, and also overrated. Taste pun biasa ja, not up to my liking. So nothing to shout out about this place.


Inside the restaurant. Fully air-conditioned.


Overpriced and overrated. Left small-RM5.50, right big-RM7.50. What???
Maybe because I have tasted something wayy better than this one so I found this to be too average. 

Sebelum Auni mula meragam takmau duduk diam.


So, that's how we ended up our short getaway in Taiping. Walaupun singkat and dekat je, tapi quality sangat masa yang we all dapat spend dengan Auni. We will do this again next time. Cari tempat yang dekat-dekat pun okay dah. Yang penting anak beranak happy. Yang paling happy dah tentu-tentu lah we olssss punya perut akibat makan yang tak henti-henti. Now I want to cry a river. T___T

No comments: