Thursday, October 20, 2016

Auni's feeding diary - Her first solid foods

Assalamualaikum,


Hari ni I nak record sikit macam mana I prepare foods untuk Auni selama ni. She has been eating solid foods for almost three months now and Alhamdulillah setakat ni takde allergy yang teruk lagi. Hari tu je ada rashes sikit lepas I try bagi dia red meat. So buat masa ni hold dulu red meat, I banyak bagi dia makan fruits and veges, campur dengan ikan bilis atau ayam.


Ikan belum bagi lagi buat masa ni. Hmm, rasanya nak try bagi ikan la pulak lepas ni. I masak bubur untuk Auni tiap-tiap pagi lepas subuh macam tu. Biasanya masak bubur ni lama, tapi sebab I dah blend beras awal-awal, so takde la lama sangat nak tunggu bubur masak.


Beras dan ikan bilis yang I dah bakar dalam oven, pastu blend halus. Senang kerja.


Ohhh, I even prepared fruit and vege purees weekly. Kiranya I akan buat stock puree untuk seminggu, so tiap-tiap pagi I tinggal masak bubur, campur dengan ikan bilik atau ayam, then masukkan puree je. Easy peasy! Cuma time prepare puree tu renyah sikit la sebab I buat banyak-banyak sekaligus cukup untuk seminggu.


Frozen purees. 1 week supply.


Freezer ni dah patut tukar jadi hak milik Auni.
Kitorang punya makanan secoet je terselit kat celah belakang sana.
Yang lain semua occupied untuk susu and makanan dia. 


Untuk prepare semua makanan Auni, I tak beli pun segala mak nenek steamer with blender apa semua tu. Mula-mula memang teringin nak beli sebab tengok macam senang gila kalau pakai menda alah tu. Tapi bila fikir balik, buatnya kalau perangai hangat-hangat taik ayam je tak ke membazirnya jadinya. So I decided to go back to the old style. Steam dalam penapis sayur, letak dalam periuk besaq. hahaha. Ala macam mak-mak kita dulu. Mana ada gajet canggih pun. Tapi sihat walafiat je kita sampai sekarang kan? :p


Bila dah ada frozen purees semua tu, tiap-tiap pagi I tinggal masak bubur je, then pilih la nak bagi dia flavour apa. Kalau rasa nak bagi manis sikit I letak buah, kalau rasa nak bagi kurang manis I letak sayur, kadang-kadang I campur je buah dengan sayur. Sebenarnya ikut dan je la. 


Broccoli with apple


Dates with broccoli


Japanese sweet potato

Biasanya I masak pagi untuk hantar ke nursery, and satu bekas untuk makan kat rumah bila balik petang tu. I tak la rajin sangat nak masak fresh every time nak makan. huhu. Setakat ni Auni jenis yang telan apa saja. Tak banyak songeh la sangat. Dah besaq nanti kalau buat perangai nak memilih siap!


Bekal Auni, satu makan tengahari, satu lagi dinner kat rumah.


Budak suka makan.
Dah berapa kali insiden mangkuk terbalik. hahaha.


Hopefully semangat memasak ni continues sampai Auni besaq. Seronok sebenarnya bagi anak makan dengan air tangan sendiri. I promise myself, kalau Auni ada adik nanti pun I nak rajin macam ni jugak. Tak fair la kalau anak sulung je nak buat semua yang terbaik kan? :) 









Wednesday, October 19, 2016

Hello! I am still here :)

Assalamualaikum,


Just a quick update to tell you that I am still alive. haha. Tiap-tiap kali semester bukak mesti jadi super busy sampai rasa tak cukup kaki tangan nak buat semua benda. I have a note book yang I akan tulis semuaaa benda yang I kena buat weekly, tapi yang geramnya, tiap-tiap minggu mesti ada ja kerja yang I kena bawak ke minggu depan sebab tak sempat siap. And yet my husband still thinks yang lecturer ni takdak kerja. Pffft.


Cakap pasai kerja ni sampai ke sudah takkan habis rasanya. Ni baru dapat surat minggu depan I kena attend majlis konvokesyen sebagai wakil school. Hadoih.I don't mind attending event like that, but you know, Monday morning traffic is nightmare. Pukul berapa I nak keluar rumah ni to make sure that I will get there on time?? Dah la musim konvo ni parking hazab yang amat, nak usung jubah lagi sampai ke dewan, mintak-mintak jangan la hujan pagi tu. huhu.


Anyway, dah lama tak update pasai Auni. Dia dah masuk 8 bulan setengah dah pun. Makin melasak, hari-hari adaaaa je akai dia nak attention dari orang. Makan ikut mood, kadang-kadang lajuu je telan blup blup, tak sampai lima menet habis semangkuk. Tapi kalau kena mood malas, dia makan sikit-sikit sambil tengok tv. Jenuh nak suap sampai dekat setengah jam. Tapi tetap akan habis semangkuk jugak. Cuma lambat la.


Latest picture taken this morning.
Muka blur pagi-pagi kena bangun pegi school.


Her current favourite thing to do.
Berdiri kat mana-mana tempat yang boleh. Meniti from end to end.


Sekarang ni I dengan Am akan cuba habiskan sebanyak masa dengan Auni selagi boleh. You know working parents, berapa jam je sehari dapat main dengan anak kan? Tapi I syukur jugak sebab my work is kind of flexible. Takde la terkejar-kejar nak keluar rumah pagi-pagi buta hantar anak dekat orang. Balik tu I akan ambik seawal mungkin yang I dapat, and then kalau Am balik awal, bawak Auni pusing-pusing naik motor.


Kesayangan.
My daughter and my boyfriend. :p


Cubaan selfie berjaya. Biasanya satu dari sepuluh je yang okay.
Lain semua Auni buat tak layan. T___T

Weekend pun kitorang seboleh-bolehnya akan bawak Auni jalan-jalan. Habis semua malls dah pi, naik boring sampai taktau nak pi mana dah pun. Tapi sebab Auni sukaaaa sangat bila bawak jalan-jalan, tiap-tiap minggu kena jugak plan for something. Paling tidak pun bawak dia pusing-pusing dekat taman mainan. Nanti besaq sikit boleh bawak pegi zoo ke apa pulak. Baru syok sikit.


Eh time's up! I nak solat and then siap-siap pi kelas dah ni. By the way, semester ni bukan I bagi lecture je, I sendiri pun kena attend kelas Bahasa Melayu Peringkat Maju. Pergh, bukan main lagi nama course. Apa-apa je lah, yang penting pass final exam nanti and cukup syarat untuk confirmation sudah lah. Alright, see you soon everyone! Tata. 

Friday, August 19, 2016

Quick update of me and my little family

Assalamualaikum,


Hai semua! I baru lepas habis meeting dengan semua staff school maths. Hectic gila schedule this week. Next week pun sama jugak. Ada a few tasks to be completed and the deadlines are all next week. Some of the important things were already done, but some are still not. Tapi kena siapkan hari ni jugak. huhu. Pening kepala weh. T__T


To me, hal berkaitan kerja hanya boleh buat masa kat tempat kerja saja. Balik rumah? Big no!! Bukan takmau, tapi takkan boleh / takkan sempat. Well I don't know how other moms do it, tapi I memang tak sempat langsung nak fikir pasal kerja masa kat rumah. Sempat la check email kejap, tick as star kalau benda penting, then duduk la kau dalam email tu sampai esok baru aku cek balik. huhu. 


I think, priority at home would be my husband and my daughter. Now Auni la yang bolot semua. Nasib dapat suami yang faham. Kadang-kadang lepas makan air pun tak sempat nak hidang sebab si kecik tu dah resah takmau duduk dah. Dia biasanya bagi chance untuk makan tu cukup-cukup masa ja. Nak sembang borak-borak kosong lepas makan? Jangan harap! Mula la taktik kotor merengek nak suruh mengadap dia saja. huhu.


Eh, lama tak sembang pasai Auni kan. She's 6 months now. Akai boleh tahan asyik nak main saja. I have introduced solids to her. Tapi belum mula bagi nasik lagi buat masa ni. Bagi veges and fruits dulu. Tengok sebulan dua lagi boleh start bagi nasik rasanya. So far dia enjoy je makan, taktau la kalau besaq sikit nanti macamana. Hopefully ok la. :)


My 6-month baby. Where did the time go?
Cepat sangat besaq ni. 


Ohh dah banyak kali dok nak save gambaq kenangan time raya dalam ni. Tapi asyikkk la tak sempat nak mengadap blog. Ni dah alang-alang update ni tepek je la sekali. Bukan apa, kenangan first time beraya dengan anak sulung kan. Kalau peram dalam folder gambaq rasanya sampai tua la tak tengok balik dah kenangan tu semua. At least dalam ni nanti kalau Auni besaq boleh suruh dia baca sendiri. Amboi jauh sangat plan tu. :D


Our first Syawal with Auni. Raya di Jasin.
Riben besaq-besaq tu nak pi mana cik kak? :p


Third day of Syawal dah balik Penang.
Jalan-jalan raya rumah sedara.

Fourth day of Syawal di rumah maktok tokwan Penang.

Tuesday, August 9, 2016

The reason for not blogging much these days

Assalamualaikum everyone,


Wahhh lamanya break. Konon hari tu raya break aje kan? Ni raya pun dah habis baru muncul balik. hahaha. Tu pun rasanya timbul sekejap aje ni. Nanti bila semester baru bukak, berbulan-bulan jugak hilang nampak gayanya. :p 


Well, my life was a bit chaotic in the past 3 weeks. Ada kursus wajib untuk pengesahan jawatan selama tiga minggu berturut-turut. Tiga minggu kursus 8am-5pm. Maknanya I keluar rumah hari-hari sebelum pukul 7am. Tu pun sangkut jem jugak, pukul 8.30am baru sampai USM. Tiap-tiap hari kena bangun pukul 5am sebab nak uruskan macam-macam sebelum keluar pagi-pagi. Penat weh.


Tapi bila dah final week tu, I ikut Pakcik Waze, dia bawak ikut jalan dalam. Bertam - Tasik Gelugor -Jarak - Penanti - BKE - Seberang Jaya - Penang Bridge - USM. I keluar rumah pukul 7.20am, pukul 8.10am dah sampai USM. Yahuuuu. Jimat minyak sebab tak payah stuck dalam complete stand still traffic. Cepat pun cepat, I pun happy. :)


So lepas ni kalau ada info kata accident ke hapa memang aku ikut jalan belakang tu je la. Walaupun jauh sikit (extra 10km dari jalan biasa), tapi lagi jimat masa dan minyak. Perjalanan pun tenang je lalu kot kampung-kampung orang. Cuma kalau ada kereta yang bawak 50km/h memang mengundang makian la jugak sebab jalan kecik susah nak potong. hikhik.


Okay back to the courses that I have attended, satu Kursus P&P lagi satu Kursus PTM. Takleh tulis nama penuh sebab sat lagi orang google keluaq blog ni mampoih. :p Tapi untuk ahli akademik, kursus P&P tu memang wajib la tak kira you mengajaq kat universiti mana pun. Kursus PTM pulak wajib untuk SEMUA lantikan baru kakitangan kerajaan tak kira gred dan pangkat. Dari gred 11 sampai gred 54 semua sekali. Tak boleh lari punya.


Kursus P&P was surprisingly fun! Dari apa yang I dengaq sebelum ni kata macam tak best and bosan je. But this time was different. Maybe the organizer dah ambik kira comments peserta-peserta sesi yang lepas, and upgraded their programme in terms of time management, selection of speakers, sharing sessions, foods and so on. So I think I was lucky sebab sesi kali ni memang best! Tak sedaq pun sebenaqnya 2 minggu dalam kursus tu.


Foods was okay. Banyak hari yang I tak makan sebab puasa Syawal.


Some of the newly appointed lecturers. Tapi ada yang experience 20 tahun dah pun.
Sebelum ni mostly kerja dalam industry. I antara yang pengalaman paling cetek kat situ.


Kursus PTM pulak, ada yang best, and ada yang , err.., bosan gila nak mati. Tapi yang tak best tu sikit je la, most of the time was entertaining and informative! Best sebab banyak benda jugak yang diorang kongsi yang I tak pernah tau pun selama dah masuk kerja 2 tahun ni. Yang mana yang tak best tu, I didn't complaint much, I slept throughout the session. I'm sorry but I really couldn't help it. Ngantuk la weh Auni ajak main malam-malam. hahaha. Salahkan anak pulok. >_<


Kantoi main tepon masa topik boring. hakhak. :p


Group work was always fun!


Dapat jawab soalan depa bagi hadiah. hahaha.


All in all, I am glad sebab I dah tamatkan dua kursus wajib dalam proses untuk sahkan jawatan di USM ni. Tapi ni pun belum cukup syarat lagi. Ada a few more tasks to complete within the next two years. Hopefully semua proses untuk I bergelar pensyarah tetap di sini berjalan lancar. Aminn. :)

Thursday, June 30, 2016

Sebelum menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum,


Hi everyone! Just a quick update sebab I tengah tunggu turn untuk attend Viva Presentation at 2pm. Semester ni I ada dua orang Masters students yang dah completed their courses and dissertations. Fuhh legaaaa. They have worked really hard so I gave them marks according to what they really deserve. InsyaAllah both of them will graduate with flying colours.


Selain student master, I jugak jadi supervisor untuk 4 orang Final Year students. Empat-empat orang dah presented their FYP and I think all of them did well. So in total, six of my babies will be graduating soon. Yeayy!! Excited weh. Maklumla I kan staff baru, kira depa semua ni anak sulung I la. hahaha.


My FYP students right after their presentation.
Congratulations everyone!

Ohh by the way, petang ni I akan balik kampung, InsyaAllah. Excited nak raya dah ni tinggal lagi 5 hari je. Tahun ni balik raya dekat Melaka dulu. Persiapan tahun ni ala kadar je, sama macam tahun-tahun lepas. Takdak apa sangat pun.


Kuih raya tunjuk. haha.


Kuih raya semua main order ja. Bawak balik kampung sikit, bagi rumah my mum sikit, pastu tinggal dekat rumah sikit. Kot sapa nak mai raya rumah kitorang nanti ada la jugak benda yang boleh jamu. Kalo gamak takdak apa sangat, kitorang order KFC Delivery je la. hahaha. :p


Baju raya pulak, tahun ni we decided to go for purple. Eh bukan tahun lepas pun purple ka? Takpa tahun ni dark purple tak sama sangat dengan yang tahun lepas punya. Semua sebab nak ikut baju Auni yang I dah beli awal-awal lagi. So mak pak dia kena la ikut dia. Ni sebab nak ambik gambaq kenangan punya pasai. Maklumla first time beraya dengan anak. Bagi can la. hihi.


Okay la, gotta get ready for my session. Kalau dah tak sempat jenguk dah sampai raya nanti I nak mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa tulis yang bukan-bukan selama ni ya? Kalau ada terkecik hati ka apa ka, mintak maaf okay.


This is Auni's first Hari Raya with Ummi and Babah.
We are so excited! :)


Till then, 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, June 22, 2016

Peristiwa Ramadhan. Cuti Nuzul Al-Quran.

Assalamualaikum,




Salam 17 Ramadhan, hari yang paling bersejarah dalam perjalanan kitab suci umat Islam, Nuzul Al-Quran. Ada beberapa negeri di Malaysia yang cuti sempena peristiwa bersejarah ni, termasuklah Penang. Tapi!! Dalam pada semua orang tau tentang cuti ni, ada jugak yang taktau rupanya. hahaha.


Sapa yang sengal sangat tak perasan hari cuti tu??? Aku la tuuuuu!!! hahaha. Meh nak tunjal sikit dahi sendiri sebab tak alert dengan cuti. Tak pepasal bangun pagi-pagi kelam kabut siap barang semua sebab ingat dah lambat nak kena masuk opis. Haihhhh.


Tak cukup kaki tangan pagi tadi pump susu untuk fresh milk Auni, defrost susu untuk stock frozen milk untuk bawak pi taska, pack beg baju Auni, pack pump and bottles untuk sesi pumping dekat office, pi balik pi balik dari bilik ke dapoq konon-konon sebab dah lambat.


Pastu yang paling kesian, angkat Auni yang tengah nyenyak tido dalam buaian masuk dalam kereta. Nasib baik hari ni dia good mood boleh main-main dengan toys gantung yang kat dalam kereta sepanjang perjalanan nak pergi school tu. Kalau tengah mood swing mau melalak dia kena kejut bangun pagi. hihi.


Auni leka main mainan yang gantung dalam kereta.
Habis kereta Babah jadi kereta berhias anak punya pasal.
Kalau bukan sebab anak, JANGAN HARAP!


Sekali bila sampai depan main gate LPPKN, tengok gate TUTUP. Aikkk, sejak bila pulak main gate ni tutup? Biasa bukak je, just angkat tangan dekat guard pastu masuk terus je. Hari ni tutup pulak. Nampak muka makcik guard tu blur. I cakap la nak hantar anak kat taska, sekali dia cakap, "Hari ni semua orang cuti dikk, takdak sapa pun yang mai hari ni".


I was like, Uh-ohhh. Cuti. Damn it. Tapi sebab nak cover malu, I cakap, "Saya kerja hari ni makcik, tu yang tak perasan Penang cuti". Tapi dalam hati dah rasa macam nak pakai topeng Ultraman terbang la la tu jugak. hahahaha. So I cakap, "Takpa la makcik, saya balik dulu naaa. Assalamualaikum".


I reverse kereta pelan-pelan, bila agak jauh sikit terus pecut kereta laju-laju rasa macam takmo jumpa makcik guard tu lagi dah. hahaha. But that's not possible. Semua orang perasan weh kereta ko yang warna hijau katak pisang tu. Esok mesti makcik tu perasan, budak ni la yang dating anta anak time-time cuti tu. hahahaha.


Jom gelakkan Ummi yang sengal ni.
hahahaha.
 

Friday, June 17, 2016

Puasa hari ke-12

Assalamualaikum,


Salam Jumaat semua! I tengah baca report FYP untuk presentation next week. Semester ni tak banyak sangat report nak kena baca. Ada dua je presentation yang I kena assess next week. Tapi time-time posa ni bila kena membaca alahaiiii dia punya mengantuk tu tak terkata. Berbelang-belang nampak ayat yang bebudak ni tulis. huhu.


Sambil-sambil membaca tu bila bosan I google idea nak decorate bilik untuk Auni. Walaupun Auni still co-sleep with us, tapi saja nak sediakan ruang yang sesuai untuk bilik anak. Nanti bila dah besar sikit dia tau la yang dia ada bilik sendiri and can no longer sleep with us. We haven't decided on the theme, color and so on, but one thing for sure, we want something cheerful to attract her to stay inside the room.


Nanti mainan ke apa semua main dalam bilik tu je. No toys allowed at the living room. Bukan apa, kalau ajar main semua dekat ruang tamu, sekali orang datang tak pepasal Ummi dengan Babah kelam kabut kena bertukar jadi octopus nak humban semua mainan kat dalam bilik. Konon-konon taknak la mainan semua sepah-sepah kat ruang tamu. haha. Ni semua plan jeeee. We will see how it goes. Ngeeee. :p


Sekarang ni bila dah masuk umur 4 bulan, dia punya banyak akai tu boleh tahan jugak. Kadang-kadang gerammm je rasa bila dekat school bukan main behave lagi. Balik je rumah dan-dan tunjuk dia punya perangai. Kadang-kadang tu nak pi toilet pun tak sempat. Bila dia tido je la kelam kabut nak buat semua benda. Alahaiii anak.. huhu..


Pagi-pagi bila kejut pegi school camni la rupa dia.
Hari-hari buat-buat tido sepanjang perjalanan.


Petang bila ambik pulak happy kemain.
Sampai je rumah terus tukar mood merap kuasa lapan.
T___T
 

Tuesday, June 14, 2016

Baby :: They grow so fast

Assalamualaikum,


Hai everyone! Hari ni dah hari ke-9 kita puasa. So far so good, Alhamdulillah. Tiap-tiap hari bila masuk petang je memang letih gila lagi-lagi pulak kalau pump 3 kali sehari. Tapi I am getting used to it now. Selagi boleh tahan puasa, and maintain stock susu untuk Auni, I think I am all good. :)


Masalahnya bila bulan puasa ni satu je. Setiap hari masa on the way balik dari office mesti I mengantuk gila. Like. Every. Single. Day. Semalam terlampau tak tahan sangat, I berhenti dekat Shell tepi highway, pastu tido 10 minit. Serious tak sedar apa.


Tiap-tiap hari dengar iklan kat radio pasai bahaya micro sleeping. So I jadi risau sekarang kalau mengantuk masa tengah drive. Nak-nak pulak bila kurang minum air, oksigen pun kurang dalam badan, so asyik mengantuk je memanjang. Tu yang bila tak tahan sangat mengantuk tu I benti je nap kejap. 


Anyway, semalam Am outstation dekat Pekan, Pahang. So I angkut Auni balik rumah my mom dekat Telok Ayer Tawar. Kira first time la Auni tido rumah maktok dengan tokwan. Selama ni balik sana tak pernah tido pun. Semalam puas la main dengan maktok sampai tengah malam pun dok gelak mengekek lagi. 


Sekarang ni Auni dalam fasa asyik nak mainnnn je. Lagi orang layan lagi dia suka. Sanggup tahan mata takmau tido. Siap boleh mengamuk kalau kita paksa dia tido. So I pun layan je la. Main la ko puas-puas nak. Bila dah penat main, dia senang tido sampai pagi sebab keletihan. Senang Umi nak buat keja. haha.


Main-main sampai penat. Pastu dia tido. Orang lain takleh tido.
Tak fair sangat tau permainan Auni ni. Hmpph.


At crawling position already. Why so fast one???
T__T

Tiap-tiap hari adaaa je benda baru yang buat I rasa "Eh, kenapa cepat sangat besar ni???". I need to spend more and more time with my baby. Can I freeze the time pleaseeeee??? Kang kalau Auni cepat sangat besar Ummi tingin nak baby lagi acane? Ooops. ^_^


Wednesday, June 8, 2016

Breastfeeding and fasting

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan semua! Hari ni dah hari ketiga kita puasa kan? Harap-harap dapat la puasa penuh lagi tahun ni. Miss flow please delay your visit okay? Bagi la chance I puasa penuh dulu tahun ni. hehe. Tahun lepas puasa penuh sebab pregnant. Walaupun lembik gila setiap hari, tapi Alhamdulillah dapat complete 30 hari berpuasa.


This year is yet another challenge because I am still exclusively breastfeed my baby. And to maintain my milk supply while fasting is something not very easy, I tell you. Nak nak pulak bila dah start kerja lagi la mencabar. So Medela Freestyle is my new best friend now. Pi mana-mana pun mesti bawak dia. :)


I ni jenis minum air kosong yang banyak gila walaupun sebelum ada baby dulu. Kadang-kadang boleh sampai 5-6 liter satu hari. So bila dah ada BF baby, bayangkan bila tak dapat minum masa siang? Menggigil jugak badan tau. Masa hari first tu masuk pukul 3 petang dah rasa dizzy gila, tapi set mind, if other mothers can do it, I can do it as well. Alhadulillah I survived! :)


After 3 days, I rasa badan dah boleh adjust yang siang tak dapat minum air banyak. So dari lepas berbuka sampai sahur, I akan try minum air sebanyak mungkin. Alhamdulillah boleh maintain lagi stok susu sampai hari ni, tapi of course that comes with hard work. Sekarang ni I akan curi-curi buat power pumping sekurang-kurangnya sehari sekali. Tak kisah la bila-bila pun, yang penting buat. 


InsyaAllah target nak susukan Auni secara eksklusif sampai 6 bulan boleh tercapai. Kalau ikut amount yang dia minum sekarang, frozen milk yang dalam stock tu memang cukup. But of course I tak bagi frozen milk saja dekat Auni, I prefer to give her more fresh milk, then chilled milk, frozen milk pulak untuk topup je. 


So nak tak nak, untuk bagi yang terbaik untuk Auni, I kena la jadi rajin gila mengepam especially bila dah start kerja ni. Setiap hari kena ada target berapa oz yang nak kena dapat to maintain the in and out milk. huhu. Anak punya pasai, Ummi yang tak berapa nak rajin ni pun otomatik jadi rajin. T__T


Auni at 4-month. Such a big girl already.
Tak sabaq nak suruh tolong lipat baju bila besaq nanti. kehkehkeh. :p


Seketul Auni. Sejenis bola. hihi. :p

Monday, May 9, 2016

The best that I ever had

Assalamualaikum,


Hai everyone! Apa khabar? Hopefully sihat-sihat je semua. Hari ni first day I officially start kerja balik lepas 3 bulan cuti bersalin. Eventhough I didn't had enough, but it's okay. I don't have any better choice for now. So, kerja tetap kerja, I just kena pandai balance between work and family. 


Hari ni masuk kerja balik dengan semangat baru, nak kemas office bagi nampak semenggah sikit, baru la mood buat kerja tu mai. hahaha. Sakit mata tengok kertas-kertas yang menimbun ni ha. Okay, kena pegi Daiso and get myself some organizing racks and stuffs. Alasan nak pi Daiso sebenaqnya. kehkehkeh.


Last weekend tak banyak benda yang buat. Pagi Sabtu duduk rumah je tunggu kontraktor datang betolkan apa tah kat atas bumbung. Bila hujan lebat ada bocor dekat bilik tengah so Am report dekat Bertam Properties. Cepat je diorang datang betolkan. Ni kena tengok ada bocor lagi ke tak. Kalau ada, buat la report lagi. hahaha. As if we don't have other things to do. Pffft. 


Pastu tengahari Am cakap nak pegi beli barang moto dekat pulau. I pun dengan busy body nya terus cakap nak ikotttt. haha. Bosan la kalau seharian terperuk je. 3 bulan I dok terperuk dalam rumah (pantang kan?) now, asal ada peluang jenjalan mesti nak ikot. :p 


Tapi tak pi mana pun sebenaqnya. Am order barang kat kedai motor tu, pastu kitorang pi lepak dekat 1st Avenue Mall. Tak best langsung mall tu weh. Bosan tak banyak kedai menarik. Food and beverages pun boring sangat. We ended up lepak dekat Gloria Jeans minum a cup of latte and a piece of cake sementara tunggu barang yang Am order tu ready.


Anak Babah.


Ohh paling tak best sekali dekat situ takde proper baby room. Ada ke patut changing room ada dekat dalam toilet perempuan SAHAJA. Dah tu kalau budak yang berjalan dengan bapak dia je macam mana cerita??? Nak salin pampers dekat kaki lima? Nursing room memang takdak la. Taktau la kalau ada kat tempat tersorok ke apa tapi sepanjang yang I nampak memang takdak. Correct me if I am wrong okay? Cheers! :)


Balik tu kitorang singgah dekat rumah my parents dekat Telok Ayaq Tawaq. Lepak-lepak and dinner sekali sambil riuhkan rumah yang dah sunyi tu sebab adik-adik semua dah takde kat rumah. huhu. Lepas makan, solat semua, kitorang balik rumah, main-main dengan Auni bagi dia letih, so that dia boleh tido nyenyak lepas tu. :) 


Teman tokwan tengok berita.
Bukan main lagi tangan tu macamkan paham je.haha.


Hari Ahad pulak, pegi appointment Auni dengan paediatrics dekat Pantai Hospital Sg Petani. Kali ni no injections, tapi bagi dia makan ubat Rotavirus. Vaksin ni optional, but we think it's better to have it since Auni kan hantar dekat taska. Rotavirus ni easily spread dekat tempat-tempat macam tu. So, sebelum kena, we all prepare la dulu. Sediakan payung sebelum hujan orang kata. :)


While waiting for our turn. Sedap sangat tido tu.


So, that's basically all about it. 
Weekend well spent with my beloved person. 
Nothing special, but I think they are the best that I ever had. :)



Tuesday, May 3, 2016

Sending Auni off to somebody else's hands

Assalamualaikum,


Hari ni I emo lebih. First day hantar Auni pegi taska pagi tadi. Tentatively, I start kerja Isnin minggu depan. Tapi saja hantar Auni seminggu awal nak bagi dia biasa dulu dengan pengasuh. Kot kalau menangis ke apa I still boleh jenguk lagi. Maybe I tak hantar full day pun lagi minggu ni. Tadi pukul 9 lebih baru hantar, ni kejap lagi dalam lepas Zohor nak pi ambik dah la kot.


Seminggu dua ni Auni merap betoi dengan Ummi and Babah.  Seboleh-bolehnya dia nak berdukung setiap masa. Macam tau ja dah nak kena hantar dekat orang. huhu. Ikutkan hati, tak bersedia pun lagi nak tinggalkan anak dekat orang. Tapi apa nak buat. I have to think the other way around. Fikir semua yang positif je baru tenang sikit hati.


Earlier this morning.
Ummi gonna miss cuddling with you sayang. 


Semalam masa pack baju dia pun I dah start fikir macam-macam. Boleh ke diorang handle perangai Auni yang kuat bebai kalau mengantuk tu. Minum susu dalam botol pun kena pujuk-pujuk dulu. Kalau nak tido pun kena pujuk-pujuk dulu baru lelap. Kalau paksa memang mengundang amukan la jawabnya. Hopefully Auni pandai bawak diri la kat tempat orang nanti. huhu.


Alhamdulillah setakat ni she is still my full breastfeed baby. Target at least sampai 6 bulan. Kalau sampai 2 tahun tu syukurrrr sangat. I cuba kuatkan semangat ni nak try susukan Auni sampai 2 tahun. Pokok pangkalnya kena rajin, InsyaAllah dapat. Tapi bila nak hantar ke taska ni macam renyah sikit la. Bukan apa, nak kena make sure stok susu cukup. Pastu nak kena balance kan fresh, chilled and frozen milk untuk elakkan pembaziran.


Bottle with teat - fresh milk. Bottle 2 and 3 - frozen milk. Bottle 4 and 5 - chilled milk.
Average 3oz per feeding. Hopefully cukup.


Okay lah, I ada appointment dengan cleaner yang nak datang cuci office I ni. Dah tinggal 3 bulan paham-paham la berhabuk macamana. Nak mintak tolong diorang shampoo carpet semua siap-siap. Minggu depan masuk office baru tengang sikit hati. Lepas meeting nak balik ambik Auni pastu nak peluk dia kuat-kuat. Haihh, baru tinggal sekerat hari dah macam ni. Nanti kalau anak nak kawen macam mana la pulak. hukhuk. :(


Can't wait to get back to my baby.


Tuesday, April 19, 2016

Auni's potential daycare

Assalamualaikum, 


Pagi tadi I bawak Auni pegi register Taska Pusat Timang di LPPKN Kepala Batas. Tapi tak boleh hantar terus May ni sebab dah penuh. So masukkan nama Auni dalam waiting list until August baru ada kekosongan, InsyaAllah. Tapi staff tu cakap kalau ada orang cancel last minute, then Auni will be the next in line. Hopefully ada la sebab I macam dah tertarik dengan suasana taska tu and how they handle a baby upon our first meeting just now.


First I was attracted because of the location. Dekat dengan exit tol  Bertam so senang pagi-pagi hantar kat situ pastu terus masuk highway pegi USM. Pastu taska ni terletak dalam kawasan LPPKN, gated and guarded. Rasa selamat sikit la hantar anak dalam kawasan yang orang biasa tak boleh bebas keluar masuk. 


Then I like the ambiance of the place. Very spacious, fully air-conditioned, so kawasan semua sentiasa tertutup, kurang la kemungkinan habuk nak masuk, that makes it appears very clean and comfortable. Dari pandangan luar, tak nampak pun budak-budak tengah main ke apa semua, so I rasa macam safe sikit la camtu.


Pastu tadi I mintak nak melawat tapi staff dia tak bagi sebarang je, dia cakap kena buat appointment dengan owner baru boleh masuk ke bahagian penjagaan. I rasa okay jugak macam tu. Maksudnya dia tak bagi orang sebarangan masuk ke kawasan penjagaan, for safety reason I suppose. So next time I akan buat appointment dengan owner so that I will have a closer look at how the place actually looks like.


Baby room with individual cot.


Play area for babies 6-12 months.


Berat hati sebenarnya nak tinggalkan anak dekat bawah penjagaan orang lain. I don't ask for much, cukup la kalau pengasuh tu sayang anak kita macam anak sendiri. I doa tu je la sekarang ni. Hopefully rezeki Auni dapat orang jaga yang sayang dia macam mana I dengan Am sayang dia. huhu.


For the time being nak kena fikir mana nak hantar Auni sementara nak tunggu bulan August ni. Ish, kalau la dapat maternity leave 6 bulan kan syiokk. I will keep searching. InsyaAllah ada tempat yang sesuai untuk Auni nanti. 


Friday, April 15, 2016

Dilemma of a working mom :(

Assalamualaikum,


Hari ni cuaca redup je. A bit gloomy tapi tak nampak gaya macam nak hujan pun. Rupa-rupanya bukan cuaca je yang gloomy, hati I pun sama jugak. huhu. Sekarang I dok mula cari orang atau tempat yang sesuai untuk hantar Auni bila I start kerja nanti. And every time I think about sending her off to somebody else, my heart itches a little bit. :(


Ummi gonna miss this view. So pure and innocent.


Sedar tak sedar my 3 months confinement leave has almost reach its end. huhu. Serious tak cukup weh. I need more time to care and nurse my baby!! I wish I have two years, tapi kalau dua tahun I takut USM hantaq surat termination serta merta la pulok. hakhak. :p But I honestly think 6 months leave would be appropriate, right mommies?


Kalau ikutkan hati I would prefer kalau hantar Auni dekat rumah pengasuh. Tapi ada a few things that come to my concern. First, rumah pengasuh tu mesti BEBAS DARI ASAP ROKOK. So, I kena pastikan semua ahli dalam rumah tu bukan perokok. Suami, anak, tokwan, abang, bapak, SEMUA bukan perokok, then baru I hantar, You do know that I am an anti smokers, don't you? :)


Secondly, I need the baby sitter to handle my expressed breast milk (EBM) well. Handling EBM is something that you cannot take it lightly. Bukan apa, kalau salah cara, susu mudah dijangkiti bakteria, susu cepat rosak, and will end up in the trash. Selagi mampu bagi susu badan I will try my very best, so I need the care taker to help me in making it a success as well.


Frozen EBM up until this date.
Antara usaha I untuk pastikan Auni dapat yang terbaik. :)


Thirdly, the ambiance itself. Semua orang nak anak dibesarkan dalam suasana yang membantu pembesaran yang baik, right? So do I. I will be very happy kalau dapat pengasuh yang amalkan cara hidup Islam yang baik. Bukan la kata kena alim gila, I sendiri pun banyak cacat cela. Tapi baik dari segi makan, pakaian, solat, percakapan and so on. I believe semua tu ada pengaruh terhadap kanak-kanak. Baik contoh yang ditunjukkan, baiklah akhlak anak yang dibentuk.


I know everything starts from home. Parents yang memainkan peranan penting untuk membentuk anak. But you know, zaman sekarang ni, tuntutan kerja menyebabkan parents terpaksa hantar anak kepada pengasuh during the day (at least 9am to 5pm), so we need help from the pengasuh to look after the child. 


Mesti orang kata cerewet gila minah ni nak hantaq anak pun banyak benor syarat dia. huhu. But I don't care what people say. My child, my rules. I will keep searching for the right one, and within that time, maybe I kena hantar anak I dekat taska dulu. Sekurang-kurangnya suasana di taska lebih kondusif, kan? Hmmm.. Pening kepala weh. Rasa macam nak bukak taska sendiri, jaga anak sendiri. :p


Wednesday, April 13, 2016

Everything I do, I do it for you

Dear Auni,

If let say one day you stumble upon this post, this song is specially dedicated for you.


Look into my eyes – you will see
What you mean to me.
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more.

Don't tell me it's not worth tryin' for.
You can't tell me it's not worth dyin' for.
You know it's true:
Everything I do, I do it for you.

Look into your heart – you will find
There's nothin' there to hide.
Take me as I am, take my life.
I would give it all, I would sacrifice.


Love, Ummi.




Wednesday, April 6, 2016

Opting for vaccines

Assalamualaikum,


Hari ni genap Auni 60 hari. Kalau ikutkan hari ni la yang dia kena pi ambik injection 2 bulan. Tapi kitorang dah bawak dia cucuk dekat Pantai SP hari Ahad lepas. Saja booked follow up appointment hari Ahad so that Am tak payah nak apply cuti apa semua. Nasib baik Kedah kerja hari Ahad so apa-apa urusan yang penting kitorang boleh pi buat kat area Sg. Petani saja.

Auni's immunization record. We are among the pro-vaccine parents. 


Pagi tu gerak dalam pukul 11am dari rumah dalam setengah jam dah sampai. Kat hospital pulak tak ramai sangat orang, patient yang nak jumpa Dr Shahbodin pun tak ramai sangat. Simple je check up dekat Pantai ni. Timbang berat, check heart beat, jantung, paru-paru and so on, pastu terus injection je. Best kan jadi Dr pakar kat private hospital ni? haha. Gaji dah la banyakkkkk. :p


Auni's Paediatrics, Dr Shahbodin from Pantai Hospital Sg Petani.
Comel je klinik Dr Shah ni. Very kids friendly.


Auni dengan Babah tunggu turn nak jumpa Dr.
Anak Babah sangat Auni ni. huhu. 


She cried a bit masa kena injection tu. I rasa bukan sebab sakit sangat pun tapi lebih kepada terkejut and sebab orang pegang dia. Lepas angkat pujuk-pujuk terus dia diam. Takut jugak kalau demam ke apa tapi Dr Shah cakap insyaAllah takde apa-apa. Tapi dia spare jugak la ubat demam in case kalau temperature naik. But so far everything is fine, Alhamdulillah.


One healthy baby at 59-days young.


I rasa macam nak bawak jugak Auni check up dekat Klinik Desa Paya Keladi yang I dok pi masa pregnant dulu. Rindu nak kena bletiaq dengan misi Kak Ros. haha. Somehow I think government procedure yang look everything into details tu ada bagusnya. Memang la lambat sikit proses kalau check up tu, tapi sekali sekala apa salahnya. Sementara tengah dk cuti lagi ni ok la kan. :)


Monday, April 4, 2016

Celebrating our third wedding anniversary

Assalamualaikum,


Hai semua! Last week kan 3rd anniversary I dengan Am (yang dua-dua orang lupa tu hahaha)? So last weekend kitorang plan nak keluar la makan-makan untuk celebrate. Ohh, kitorang bukan jenis yang sambut birthdays ke, anniversary siap dengan hadiah apa semua tu. Cukup dengan wish each other, then ada masa keluar makan-makan pun dah rasa special dah. 


Tapi kalau ada hadiah mesti senyum sampai telinga hahaha. Well you know, nama pun perempuan kan? We love presents, surprises, celebrations and so on. Tapi tak bermakna setiap benda pun nak kena sambut. I am not trying to be cliche here, tapi apa yang I selalu doa dan berharap, Allah swt panjangkan jodoh kami sampai ke syurga bersama-sama dengan anak-anak kami. :)


So Sabtu lepas kitorang pun keluar cuma anniversary kali ni special sikit sebab kitorang dating sambil tolak stroller, pakai baby carrier and inside my bag was full of diapers, baby clothes, nappy rashes cream, pacifiers and loads more baby stuff. hahaha. Tak romantik langsung, but we had fun anyway! :)


Kali ni kitorang keluar pegi Gurney Plaza sebab plan nak makan dekat Chili's. Ada satu je Chili's outlet in Penang, so terpaksa la jugak masuk area yang crowded tu. But to avoid the traffic, kitorang keluar awal pagi, and guna waze masuk segala celah rumah orang apa semua, so tak payah la kitorang harung heavy taffic dekat tengah-tengah Georgetown. Yeay!


Sepanjang jalan dari rumah ke Gurney Plaza dia tido je. Good girl Auni.


We had our lunch early that day dalam pukul 11.30 am dah sampai restaurant. Mall pun tak ramai orang lagi time tu. Alhamdulillah Auni pun behaved quite well. She's always very charming when she had enough milk and sleep. Kalau tak cukup makan or susu baru dia akan cranky sikit. So sebelum dia buat hal, I will nurse her enough, and let her sleep at least until one of us done eating. Sekurang-kurangnya kalau tak tido pun dia akan bertenang sambil tengok lampu, kipas and orang-orang yang dok lalu lalang.


One with Ummi


One with Babah.


So lepas makan kitorang tak pegi jalan mana dah pun. Singgah Daiso jap (we are Daiso's biggest fans hahaha) beli a few things, pastu terus balik. Ohh Gurney Plaza tu tak berapa kids friendly la. Dia cuma sediakan changing room je, nursing room tadak. Nasik baik I bawak bekal susu Auni dalam feeding bottle, kalau tak jenuh jugak I nak carik tempat yang sesuai untuk direct feeding. huhu.


Muka kesian nak mintak milk dalam kereta. Ajar jugak puting sekarang so that she could soothe herself to sleep.
Tapi memang jarang sangat la dia nak. She prefers her mom more. T__T


Balik tu singgah rumah my parents tengok mak siapkan barang untuk pi umrah. Makan kenduri akikah jiran, balik rumah tok I sat bawak Auni jalan rumah moyang dia, then balik rumah dalam pukul 10 pm camtu. Keluar rumah dari pagi sampai malam. Penat weh. Nyenyak I tido malam tu, Bangun 2 kali untuk pump susu tapi sambil pejam mata. hahaha. :p  


Friday, April 1, 2016

Hello April!

Assalamualaikum,


Good morning everyone! How have you all been? Hopefully semua sihat ye. I tengah tunggu si kecik tu bangun for feeding session. Tapi dah pukul 11 am ni pun dok nyenyak bukan main lagi tido dalam buaian. Bagus jugak, sementara dia tengah nyenyak tu sempat la jugak I siapkan macam-macam termasuk la jenguk blog ni. hehe.


Biasanya lepas Am keluar pegi keja dalam pukul 7 am tu I akan nap kejap sampai pukul 8am sebelum bangun masak and so on. Tapi hari ni rasa macam tak mengantuk pulak so I keluar siram pokok-pokok dekat laman. Biasanya Am yang siram sebelum dia keluar tapi pagi ni dia tak sempat so I took over the task.


Laman tepi sekangkang kera.
Rumput yang kena direct sun light semua kering. huhu.


Musim panas macam ni susah tau nak maintain pokok bunga and rumput sentiasa hijau je. Dah nak masuk 2 bulan tak hujan dekat area utara ni. Jadiknya kita la yang kena rajin bagi pokok-pokok tu sumber air. My husband has been taking care of them very well all this while, sayang ooo kalau mati. huhu.


Anyway, semalam first time bawak Auni keluar malam-malam. Tak pegi mana pun, just bawak pegi jumpa maktok dengan tokwan dekat House of Murtabak, Bertam. Kebetulan Maklong & Paklong, Acu & Maksu, and Tok I pun join jugak. So dapat la Auni jumpa sekali dia punya tok-tok sedara dan moyang.


Auni with Maktok and Tokwan. Tengok la tu sedap ja dia tidoq.


Auni with her Toklong. Ada chemistry dengan Toklong ni.
Maklumla, geng orang Sungai Petani. hehe.


Auni with her Toksu.
Bukak mata sat, pastu kelip-kelip sambung tidoq balik. 


Dah lama gila kot I tak keluar malam. Last hari tu masa sebelum bersalin. So bila dapat keluar mestila excited. hahaha. Auni rileks je boleh pulak dia tido sepanjang masa. Mana taknya, lepas sorang, sorang dok pass dukung dia. Budak tu kan suka berdukung, makin nyenyak la dia punya tido bila semua orang dk ulit macam tu. huhu.


Tapi nasib baik sampai rumah dia tido macam biasa. Sebelum pukul 12 macam tu kot. I pun tak sedar sebab I pun tido jugak. hahaha. Disebabkan Auni behave macam ni so Ummi dengan Babah boleh bawak Auni jalan lagi. Eh jap bunyi macam dah bangun si kecik tu. I better go check on her. I'll be right back.


**Okay let's sambung.


Hai everyone! I have just woken up!
Mata mana mata, Auni? :p

I baru siap mandikan and menyusu apa semua, and she's back to sleep now. Ngamuk-ngamuk takmo minum susu guna botol tadi. Mata pejam-pejam sambil nangis. Ngantuk sangat agaknya nak hisap botol susu pun malas. Mula-mula ingat nak force jugak, tapi tak sampai hati I ended up feeding her anyway. Tak sampai 10 saat dah tido. Okay sah mengantuk betol la tu. Jangan ko buat perangai reject botol susu dah la nak. Tak senang hati Ummi nak tinggal pi keja nanti. huhu.