Hai!
Happy Sunday everyone! Ceria je bunyi pagi-pagi sebab dah terlebih tido malam tadi. Perut buat hal akibat lawatan bulanan dari 'si dia' yang tekun menjalankan tugas melawat kawasan. Sebelum tido malam tadi dah timbus-timbus perut dengan apa saja benda yang nampak depan mata.
Tiba-tiba tengah malam terjaga sebab rasa rimas yang amat bila tengok apa la yang macam-macam sangat ada atas perut ni.hahaha. Kalau ada benda seberat bulldozer pun mungkin akan turut diletak sekali dengan harapan supaya kesakitan cepat hilang. I love you lah PMS!! ;O
Ohh, pagi tadi mengemas rumah hati rasa tenang lepas tengok kotak yang 3 ketul tu dah tak ada dekat ruang tamu. Agaknya apa la yang kotak-kotak tu buat dalam kontena tu sekarang ye? Take good care of yourselves all dear boxes. Till we meet again in Malaysia somewhere around next year. Be good yea, promise me!
One of my darling boxes yang dah selamat masuk kontena. |
Ceritanya macam ni, sejak beberapa bulan yang lepas, Malaysian di Wollongong dah berpakat untuk share shipping barang-barang ke Malaysia di bawah urusan Kak Syikin sebagai manager yang amat berwibawa. Dengan gabungan kuasa beberapa family, finally barang-barang yang diangkut jadi lebih dari satu kontena. I yang belum tiba masa nak balik lagi pun sebok la nak selitkan barang untuk shipping jugak. Tak banyak pun, 3 kotak je.hehe..:p
Thanks for managing everything Kak Syikin. May Allah bless you always. |
Seawal jam 8 pagi hari Jumaat lepas, sekelian rakyat jelata telah dikerahkan tenaga untuk bergotong-royong mengumpulkan barang di kawasan Graduate House. Nampak perpaduan yang sangat dibanggakan di sini apabila beratus-ratus kotak siap dikumpulkan dalam masa yang singkat. Semuanya manpowers lah. Yang perempuan mampu bagi sokongan dari tepi saje ye. Mau terkehel urat pinggang kalau nak kena angkut kotak yang melambak tu.
Proses mengangkut kotak dari rumah ke rumah |
Sebahagian besar dari jumlah kotak. Ada lagi satu bahagian. Boleh bayang banyak tak banyak?? |
Alhamdulillah berkat kerjasama semua orang, semua barang selamat di loading ke dalam kontena. Tiap-tiap kali tengok orang tu campak je kotak-kotak, tersentap jantung tuan punya kotak. Mana tidaknya, masing-masing hantar set Corelle berkotak-kotak, Noritake lagi, electrical appliances lagi, mau berpuluh ribu dollar jugak taksiran barang dalam kontena tu rasanya. Sambil-sambil tengok tu kami semua berdoa supaya semua barang yang dihantar selamat sampai dalam keadaan asalnya. InsyaAllah.
Nampak tak perpaduan rakyat Malaysia di sini? Hantar barang balik Malaysia pun secara berjemaah.hehe.. :) |
Semoga perjalanan selamat wahai kotak-kotak sekalian. |
Gambar candid Abg Ariff dengan caption yang paling tak boleh blah. "Call cowok sambil korek cekam". Padahal tengah jemur kaki akibat kesejukan melampau.hahaha..=)) |
p/s: Photo courtesy from all Malaysian yang uploaded gambar gotong-royong shipping di Facebook. Terima kasih semua!!=))
No comments:
Post a Comment