Assalamualaikum,
Hari ni semua orang dah mula masuk kerja after a long Christmas and New Year break kan? Wall FB pun penuh dengan update orang hantar anak pi sekolah. Ohh my, anak-anak kawan yang seangkatan pakat-pakat dah masuk pre school. Jauh sangat ketinggalan keretapi dah nampak gayanya ni. huhu. It's okay, lain orang lain rezeki yang Allah tentukan, am I right? So who we are to question his plan? :)
Anyway, I ada cerita pasal I nak ship barang balik Malaysia kat SINI kan? Sepatutnya tarikh pick up barang-barang tu semua hari Khamis 3 Januari 2013 which is esok. Lepas tu pagi tadi Kak Fish called agent shipping tu tetiba dia boleh pulak cakap postpone hari Jumaat dengan alasan sebab lori penuh. Grrrrrr!!
Bayangkan kalau Kak Fish tak call pagi tadi, matila esok pagi semua orang tercongok dengan barang masing-masing tunggu lori tak datang-datang. Kot ye pun postpone at least inform la awal-awal. Takde la susahkan semua orang. huhu.
Gigih semua orang siapkan kotak semalam sebab ingat nak angkat esok. Tapi bagus jugak, at least takde la buat kerja last minute. :) |
Cakap pasal tak menepati masa ni, kita manusia memang selalu buat kesalahan ni kan? Tak payah cakap orang lain, diri I sendiri pun tak terkecuali. Rasanya ni antara benda yang I nak kena improve. Tak kira la menepati waktu dari segi apa pun, dengan Allah swt, dengan manusia atau dengan diri sendiri. Jom sama-sama kita pakat berubah ye. :)
Ha, meh sini nak cerita pasal lembu yang sangat menepati masa. Hari tu I ada peluang pergi visit satu Australian family sempena Christmas di Gerringong. Tuan rumah tu dah pangkat atuk and nenek so we called them Poppy and Nanny. Note here, I tak celebrate Christmas ye. Cuma sekadar menghormati jemputan tuan rumah dan budaya mereka. Nothing religious at all.
Okay back to the story, rumah yang I pergi ni ada ladang ternakan lembu yang sangat luas. Poppy sangat suka bercerita, macam-macam yang dia kongsi termasuklah pasal lembu dia yang ada lebih kurang 300 ekor tu. Kalau tengok iklan kat TV pasal lembu dari Australia atau New Zealand, ha macam tu la rupa lembu-lembu Poppy tu.
Poppy cakap setiap hari tepat pukul 6.30 pagi dan 2.30 petang, semua lembu akan beratur jalan beramai-ramai masuk ke kilang untuk proses pam susu. Tak perlu ada orang jaga pun they know when and how to make their way as in their schedule. I dengan innocent nya tanya "How can the cows follow the exact time, they don't even have watches with them?". Hellooo, tu lembu kot. Mana ada jam nak tengok macam manusia. huhu.
And then Poppy said, "If you don't believe me, please have a look yourself". So I pun tunggu dekat luar rumah dalam pukul 2.20pm macam tu kot-kot la ada lembu yang tersesat gerak awal sebelum pukul 2.30 pm maknanya I boleh cakap teori Poppy salah. hehe. Time tu I tengok semua lembu rileks je khusyuk dok makan rumput tak panggung-panggung kepala.
Masuk pukul 2.29pm, masih takde yang bergerak. Gigih hokeyy aku tengok jam semata-mata nak tengok ketepatan masa lembu-lembu tu semua. And then, tepat pukul 2.30pm, sekor-sekor mula bergerak keluar dari ladang membentuk satu barisan dan bergerak ke arah kilang. Tepat 2.30pm okay!! Tak lebih tak kurang. Ya Allah kagum nya sayaaaa!!! T___T
Menyaksikan lembu yang sangat menepati masa. Semua ikut giliran beratur dalam barisan tak kira la kat ceruk ladang mana pun diorang merayau. |
Malunya dengan Poppy sebab tak percaya dia cakap tadi. Tapi I lagi malu dengan lembu sebab I yang ada jam kat tangan and jam kat handphone pun tak boleh nak tepati masa sampai macam tu sekali. huhuhu. Ajaib kan ciptaan Allah ni? Walaupun binatang tak dikurniakan akal macam manusia, tapi pengurusan masa mereka jauhhh lagi cekap dari kita.
Mulai hari ni siapa yang guna ungkapan "Bodoh Macam Lembu" memang I pangkah awal-awal. Lembu sangat bijak okayy, takde jam pun diorang boleh tepati masa. Hmm, jadi kalau kita yang tak menepati masa ni masuk kategori mana ye?? * Cricket sound*
2 comments:
waaa...malunya sy dgn lembu-lembu ituu!!sobbsss...rasa nk share jer cter ni kt fb.hihi..yup,btol2..xde akal x semestinya bodoh kan. msg2 ada keistimewaan..nice story k.mirah! :)
Una:
Malu kannn dengan lembu. huhu. takpe, yang penting kita amik pengajaran tu. yup, tiap2 ciptaan Allah mesti ada keistimewaan sendiri. kita sebagai manusia ni yang kena pandai ambik iktibar. :)
Post a Comment