Wednesday, July 17, 2013

Don't over eat your Sahur

Assalamualaikum,


Selamat pagi semua! Amboi pagi-pagi buta dah muncul. hehe. I just had my sahur and now while waiting for Subuh I think I'd better do something to keep me fresh and awake. So, here I am, pagi-pagi dah ajak you all sembang kat dalam blog ni. :)


Hari ni dah masuk hari ke-8 Ramadhan, tapi baru dua kali I sahur dengan suami dekat rumah sendiri. Yang lain semua dekat rumah my parents and the in-laws. So dah dua hari bila I tanya husband nak makan apa, he said he just wanted to eat light meal for sahur. Then I wonder what type of light meal in his definition right? Is that nasik goreng? Mee goreng? Roti telur? Sandwich? Or any other similar meals that I think are quite 'light' for me. Then he said, 


"No, just telur goreng and 3 pieces of buah kurma."


"That's all???"


"Yes. that's all".


So, I basically need only 10 minutes, well no, 5 minutes to prepare everything at the kitchen. Goreng telur and bancuh a mug of black coffee for him, and two pieces of bread and a big mug of milo for myself. Ain't that easy peasy??Amazingly, those light meals are more than enough in preparation of our fast for the next day. Alhamdulillah. :)


Our humble meal for sahur.
Please get something to eat even if it is just some water.
In it, there is Barakah. :)


So to all young ladies out there, if you are worried bila ada suami nanti komitmen memasak tu jadi complicated, well, it is actually not. Bila buat apa-apa pun untuk suami dengan hati yang ikhlas, kira masak with love lah orang kata kihkihkih, insyaAllah benda yang simple pun akan dapat keberkatan dia. :)


Okay, sekian kuliah Subuh oleh Ustajah Amirah untuk hari ni.
I better read a few pages of the Al-Quran to fill in some more precious time before Subuh.
Till I see you again next time.
Tata! :)


Friday, July 12, 2013

Nak makan apa eh berbuka hari ni?

Assalamualaikum semua,


Salam hari Jumaat, hari ke-3 Ramadhan. You all masih berpuasa hari ni? Alhamdulillah I still am. Soalan ni orang pompuan je boleh jawab tak ye, sebab ada alasan kukuh kalau miss flow datang melawat. Orang lelaki kalau jawab tak memang mintak pelempang la tu. haha.


Anyway, I am in KL right now, ikut husband ada meeting dekat sini. He went out to work this morning while I continue doing my work from home. Hari ni taktau lagi nak berbuka dekat mana. Semalam pegi bazar dekat bawah rumah kakak ipar ni je. Bazar takde la besar sangat, tapi ok la jugak ada banyak pilihan.


I noticed harga makanan kat KL ni a little bit pricy compared to Penang ehhh? Kesian pulak tengok student kat sini mesti tertekan je nak bajet-bajet beli makanan. Apa nak buat kan, dah nama pun bandar besar. Mana boleh nak samakan dengan pekan Kepala Batas tu. hikhik. :p


InsyaAllah malam ni lepas berbuka or lepas terawikh kitorang gerak balik Melaka. Dah alang-alang dekat tu boleh balik berpuasa dengan mak and abah kat kampung for the weekend. This is gonna be my first experience celebrating Ramadhan with the inlaws. InsyaAllah it will turn out to be fun and interesting. :)


Tiba-tiba terasa nak makan ayam penyet la pulak. Hari tu makan dekat L.A. Tea Garden, tapi tak menepati citarasa sangat. Dekat area KL ni banyak tempat yang ada ayam penyet yang sedap-sedap kan? Tapi nak meredah jem pegi beli tu yang hazab. Takpolah, lain kali je ajak husband pi makan. huhu.


. Nasi ayam penyet L.A. Tea Garden. Presentation menarik, portion besar.
Tapi tak berapa ikut selera as I have tasted something better before this.
Ada satu gerai dekat Jalan Gombak. Perghhh ayam penyet situ memang sempoi. Slurppp. Hoihh puasa la. T___T


Okay, I better get back to work now. 
Have a wonderful weekend everyone!
Tata.


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan pertama untuk pengantin yang tak berapa baru :)

Assalamualaikum,


How is Ramadhan treating you so far? Eh, sebenarnya how you treat your Ramadhan sounds better kan? As for me, I am enjoying every single bit of this holy month with people I love around me. Excited weh! Dah bape tahun posa kat tempat orang. Akhirnya tahun ni dapat rasa kemeriahan Ramadhan kat tanah air sendiri.


Anddd, to make it more special, tahun ni first time sambut Ramadhan dengan suami. Cliche sangat bunyi tu kan? Tapi perasaan dia memang lain sikit. I really don't know how to describe it, tapi memang seronok la. Rasa macam ada tanggungjawab untuk pastikan makanan untuk berbuka dan bersahur tersedia untuk suami.


Dulu masa bujang, sahur makan Koko Crunch dengan fresh milk pun dah cukup dah, pastu bukak puasa, goreng telur makan nasik panas dengan kicap pun cukup dah. (in other word MALAS la kahkahkah). Tapi sekarang ni, kena la fikir kan lauk berbuka yang senonoh sikit kan? Mana boleh layan perut macam masa bujang lagi. :p


Pastu sebelum start puasa hari tu, excited mengemas rumah, cuci semua toilet, basuh cadar, comforter, telekung apa semua. Kebetulan hujung minggu lepas kami panggil orang pasang alarm dekat rumah, pakcik tu bawak extra driller, ha apa lagi, terus paksa rela suami tebuk lubang untuk gantung 3 keping frame hadiah masa wedding hari tu. hahaha.


Mula-mula ukur tu main agak-agak je. Tapi being me yang cerewet asyik komplen nampak senget la, tak balance la hapa la, ha, terus Am ambik measurement tape, siap draw atas kertas nak balance kan kiri kanan dinding. Padahal secoet je pun dinding tu. Tapi I nak jugak kira!!! Am muka bengang je kena layan perangai wife dia. hahahaha. :p


Tengah tengok balance ke tidak measurement tu. hihi.


Husband in action!
Two up, one more to go. 


Tapi hasilnya agak membanggakan tau untuk orang yang tak pernah pegang driller. hehe. Seronok tengok dinding dah dihiasi dengan Ayat Seribu Dinar, diapit dengan kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW. Harapnya kami dapat jadikan amalan untuk baca ayat ni setiap kali pandang dinding ni. Bukan sekadar hiasan semata-mata. InsyaAllah. :)


Sejuk je mata tiap-tiap kali pandang dinding ni. Now it feels like home. :))
Anyway, ni wedding present dari family Paklang I dari Port Klang. Thank you so much! :)


MAY WE HAVE A BLESSED RAMADHAN AHEAD
AND LETS GRAB EVERY SINGLE CHANCE TO DO GOOD DEEDS
:)


Tuesday, July 9, 2013

A Decade Long Love Story :: Amri & Amirah

Today marks a decade of long love story between Amri & Amirah.


It was MRSM Beseri that brought them together. They started as two high school strangers who got interested into each other but never had the guts to let each other know about it. Two years in high school ended with nothing. Only their love sparkled from within.


Their 17-year old MRSM Beseri's Yearbook Photos


Then fate brought them closer when they are destined to continue their degree level in UTM Skudai, Johor. On 9th July 2003, Amri asked Amirah out for a lunch date, and from there, they continue as a lovebird for the next couple of years until today, 9th July 2013. For ten years.


However, being together meant being apart in their love diary. After 4 years in uni life, they reluctantly made to agree with a long-distance relationship by only seeing each other some times in a while for nearly 2 years. He started working while she continued her Master's Degree at the same university.


What followed was yet a longer separation for another 3 years when both of them are meant to live abroad. Abroad here means two continents apart, one in Australia and the other one in Austria. This was basically like the most challenging part for the couple. The distance and work commitment had been so tough on them,  apparently, they proudly survived.


London allowed them to see each other at the heart of the metropolitan city in September 2012.


They got engaged in December 2011, and when decision has been made, they decided to tie the knot a year later. Despite all the things they have gone through in their 10 years relationship, they now become stronger not only as individuals, but also as a couple.


On the day they tied the knot.


They promise to go through sorrow and succes
for all the days of their life

They also promise to walk together hand in hand to wherever their journey leads them.
Living, Learning and Loving each other. Forever.


HAPPY 10th ANNIVERSARY
AND KEEP ON COUNTING THE YEARS COMING.


You may read the full version of their love story in here:

Wednesday, July 3, 2013

Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA!! :)

Assalamualaikum semua,


Do you reckon that PERKESO (SOCSO) ada organize Helth Screening Program (HSP) untuk semua pekerja berdaftar tak kira kerajaan atau swasta yang berumur 40 tahun ke atas? Alaa, yang banyak keluar iklan kat dalam The Star and TV tu. 


Dalam program percuma ni, PERKESO sediakan voucher untuk pekerja yang berkelayakan secara PERCUMA!!


  1. Standard Screening Voucher
    Physical examination, consultation, blood test, urine test and Pap Smear (for women)

  2. Mammogram Screening Voucher


Cara dia senang je, kena pergi dekat mana-mana klinik panel yang berdaftar di bawah program HSP ni, then you ask for the standard screening voucher. Lepas dah siap semua tu, doctor akan keluarkan referral letter untuk you pergi mana-mana hospital untuk buat Mammogram Screening. Easy peasy! Yang penting FREE! :)


So last week, I teman my mom pergi buat Mammogram Screening dekat Pantai Hospital, Sungai Petani. Cantik betol hospital baru tu. Staf pun very dedicated, buat kerja cepat, tak sempat kita tanya diorang dah datang untuk advise kita nak pergi buat apa semua. Bagus, bagus. I suka pekerja yang pantas camtu. :)


Jabatan Pengimejan Diagnostic, Hospital Pantai, Sungai Petani
Mammogram and ultra sound buat kat sini.
Pekerja bagus, doctor pun bagus. I like! :)



Ruang menunggu yang luas dan selesa.
Tunggu lama pun rileks je rasa.


So, everything is completed in less than one hour, with mammogram and ultra sound as well. Kalau tanpa voucher, bayaran untuk mammogram ni RM100, untuk ultra-sound pun lagi RM100. Tapi sebab mak guna voucher program HSP PERKESO ni, mak dah jimat RM100. hehe.


And then, staff Pantai tu pulak advise mak untuk guna voucher Lemabaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pulak untuk ultra-sound. Borang voucher ni boleh dapat dekat pejabat LPPKN, klinik atau hospital. So, mak jimat lagi RM100 with a total of RM200 altogether. Alhamdulillah.


So, jom pakat-pakat bagitau parents, pakcik, makcik, atok, nenek, mak sedara, pak sedara segala kaum kerabat semua lah, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan secara percuma anjuran PERKESO ni. Voucher ni valid sampai hujung tahun ni je tau. Tapi kalau bukan pekerja berdaftar jangan risau, sebab boleh guna voucher dari LPPKN.


Kita yang muda-muda ni boleh buat jugak, tapi takdela voucher free ni yek. Plus untuk yang berumur kurang daripada 40tahun tak berapa digalakkan buat mammogram untuk detect breast cancer tu sebab otot dan cell dekat breast masih active. Takut ada mudarat pulak. Tapi digalakkan untuk buat pemeriksaan sendiri.


So apa lagi? Let's take care of our health okay?
Not only us, but also people around us.
Tata! :)


Monday, July 1, 2013

Jalan-jalan terjumpa durian.

Assalamualaikum,


Happy Monday everyone! Kat sini hujan tengah lebat gila. Pagi tadi dah turun lebat, pastu benti jap nampak matahari terik sikit, ni dah petang sambung hujan lagi. huhu. Tempat korang hujan tak? Kalau yang nak balik keje memandu or bawak moto dalam hujan tu hati-hati la ye.


I told you yang I balik Melaka in my previous entry last weekend kan? Petang Ahad dalam pukul 4pm tu baru bertolak balik Penang dari kampung. Tapi singgah KL jap drop kakak and adik ipar dekat Bangsar, pastu pegi Kelana Jaya pulak picked up my mom dengan Huda. From there we all gerak terus balik Penang and sampai rumah dekat pukul 1am macam tu. Letih~~


It was obviously my husband who did all the driving to and from Melaka. I adalah co-pilot yang tak berapa boleh harap yang asyik tidoq dalam perjalanan. hehehe. Tapi tido-tido ayam je la. Baru nak lelap tetiba jeling tengok meter laju je naik dekat 160km/jam. Then I looked at my husband sambil doa banyak-banyak je semua selamat.


Risau jugak, but I can't deny the fact that my husband is a very good driver. Fast but safe. Alhamdulillah. Biasanya orang lelaki ni memang lagi cekap berbanding perempuan bila bab memandu ni. Walaupun laju, tapi diorang lebih focus and lagi cepat bertindak di atas sebarang kemungkinan. Perempuan ni kan cepat panik and kengkadang menggelabah jugak. Takyah cakap orang, tuju kat diri sendiri lettew. :p


Owh, masa kat kampung hari tu, I sempat pi jalan kat dusun durian belakang rumah my parents in law. Hmm, kalo tak salah ada lebih kurang 40 batang pokok durian kot. Hmm, lebih kot. Entah la I tak sure sangat. Tapi I pi tengok yang dekat-dekat je la. Nak pi jauh-jauh masuk dalam semak takott lah pulok. hihi.


Baka Durian Musang King.
Nampak tak ada beberapa bijik yang dah besar bargayut-gayut?


Baka Durian D24.
Cara nak kenalpasti, dahan berselirat. Oooo, baru ku tahu. hehe.


Baka Durian Kampung. Kot. Lupa pula. Tapi rasa macam betol. hihi.
Yang ni pun ada banyak buah yang dok bergayut tunggu masa nak gugur.


Sambil my husband dok explain jenis-jenis pokok yang ada kat situ, tetiba bau durian semerbak je menusuk hidung. He said, "Mesti ada yang baru jatuh ni, cuba cari!". And he was totally right!! Memang ada sebijik yang baru jatuh. Walaupun satu pangsa dah ditebuk tupai, tapi pangsa lain semua elok lagi. Apa lagi, terus bawak balik, dan-dan tu jugak abah bukak bagi kitorang makan.


Tadaaaaa!! Durian Baka Masmuar.
Rezeki di petang hari. :D




Sumpah. Sedap. Gila.
Hoii meleleh ayaq lioq lagi sekali.
T___T


Perghh sedap gilaaa weh!! First time ooo pi kutip buah durian fresh dari dusun la kiranya. Hilang habis segala kempunan masa duduk dekat Aussie dulu. Bila musim durian, tahan je ayaq lioq bila tengok orang update makan durian kat Pesbook. Sekarang ni hambek kau, kat kampung ada berapa ratus bijik lagi tengah tunggu masa nak gugur. Makan la kau sampai muntah. kehkehkeh. :p


Friday, June 28, 2013

Balik kampung Jasin :)

Assalamualaikum semua,


Just a quick update from my inlaws' house in Jasin, Melaka. I baru lepas prepare lunch dengan mak mertua. She prepared the main course macam sambal udang dengan sup ayam kampung. I pulak bakar ikan, pastu buat sayur sawi and goreng terung sambal.


Sebab masak sambil berborak, tak sedar dalam masa tak sampai sejam semua dah siap masak. And thank god tiada sebarang kecacatan berlaku dalam my cookings. Phewww. Kalo tak, malu je tak pandai ke dapur kat  depan mak mertua. Harus bungkus muka pakai plastik hitam kalo camtu. Hikhik. :p


Pastu kebetulan pulak ada sebijik durian hijau dari kebun abah kat belakang ni gugur subuh tadi. Habis sebijik I dengan husband mengadap durian fresh dari kebun. Ada la dalam 15 ulas yang boleh tahan gemok kat dalam tu. Sedap sungguh! Tak sabaq nak rasa durian dari pokok-pokok yang lain pulak.


Baka durian hijau.
Kulit memang warna hijau and isi dia bright golden yellow.
Soo nice!



Well, I had a great time with my inlaws so far. Sekali sekala balik kampung ni best pulak rasanya. Nyaman and tenang je. Maklumla orang takde kampung. Kalau ada pun dah takde rupa kampung dah yang kat Penang tu. huhu. :(


Okay, till I see you again soon. 
Have a great weekend everyone!
Assalamualaikum!

Thursday, June 27, 2013

Behind technology

Assalamualaikum semua,


I just got back from running my monthly errands. Keluar duit situ, masuk duit sini, bayar bil tu, bayar bil ni. Time ni la I akan masuk keluar hampir semua bank yang ada kat Kepala Batas tu. hihi. Selamat sempat balik sebelum hujan lebat sebab masa dekat bank tu dah nampak awan gelap nampak sarat sangat. Elok je sampai rumah tetiba hujan pun turun. Alhamdulillah, selamat. :)


Speaking of bill settlements, walaupun sekarang teknologi dah maju where you can pay your loans, bills or anything just within a few clicks, but being me yang agak traditional ni (sambil duduk bersimpuh ayu gelak tutup mulut ihiks ihiks), I tetapppp akan melawat bank pi bagi duit kat depa tiap-tiap bulan. huhu. 


Bukan apa, I jenis yang suka kumpul resit bayaran and simpan as a record. Esok-esok kalau jadi apa-apa senang nak refer balik and track my payment history. Bukan tak boleh bayaq online, tapi resit tu nanti kita print atas A4 biasa black and white tu tak feel la. Rasa macam kertas esaimen jek.


Bayar dekat cash deposit machine tu pun I tak berkenan gak. Bukan apa, resit yang keluar ikut machine tu alahaiii kecik yang amat, pastu lama-lama simpan nanti dia fade. Dah jenuh nak kena pakai kanta pulak nak tengok payment record yang berbulan-bulan lepas punya.


Bila bayar dekat kaunter, nanti kan depa bagi carbon copy yang warna kuning or merah or biru (ikut jenis salinan la) yang depa dah print atas tu semua details kan? Haa, yang tu la yang I akan simpan. Lepas balik tu simpan baik-baik dalam folder masing-masing, pastu bulan depan simpan lagi dan lagi dan lagi sampai tebal seinci. hehe.


Haa, resit camni la yang I suka simpan. Nampak best je ada warna. hihi. :p


Mungkin ada yang anggap semua ni buang masa since dah ada technology yang memudahkan, but I do feel that record yang clearly visible depan mata tu lagi senang untuk buat filing. That's my personal opinion la. Tapi kot nanti emergency kalau ada apa-apa tu of course I can still pay online. Idok le sampai tak reti langsung. hihi. :p


Okay then, take care everybody!
See you again next time.
Tata. :)

Monday, June 24, 2013

Ice cream hunting

Assalamualaikum,


Hai everyone! I've been telling my husband that I want to eat "ice cream sedap" since like a few weeks ago, but I still haven't found anything similar or at least close to what I really wanted until now. Pity me.


Everytime he asked me, "Aiskrim sedap tu maksudnya cemana?", umm, I said "I have no idea, probably chocolate ice cream (read: verryyyy thick and rich chocolatey ice cream) with chocolate sauce on top". I don't want anything fancy with nuts or raisins or whatever mak nenek hiasan semua tu, I just want simple and plain chocolate ice cream. Yang sedap. 


I could define this as sedap I suppose. Chocolate syrup leleh-leleh.
Makan satu mangkuk. Tambah lemak dekat pipi.
T___T


Huwaaaaa. Bila tambah yang sedap kat belakang tu yang payah. Bukan ke definition sedap tu sangat lah subjective Amirah oiiii. Punya la melambak ice cream yang kat kedai tu takkan takdak satu pun yang sedap according to your own definition???? Haihhh.


Hmm, now I dok teringat satu stall ice cream dekat Sydney Opera House, nama dia Gelatissimo. Ice cream kat situ serioussssss sedap gila I tak pernah missed beli kalo jumpa stall Gelatissimo tu dekat mana-mana. Omaigod, Sydney? For a cup of ice cream? Seriously? That's freaking far if I need to remind you, Puan Amirah. 
T___T


They have this brand in almost all big cities all around Australia.


Super sedap. Ayaq lioq meleleh. huwaaaaa.
T___T


So last night, I kept bugging my husband about this whole ice cream sedap thingy, and you know, where on earth could I find that type of ice cream (yang I define sedap sangat tu) malam-malam, dekat Kepala Batas ni kan? hahaha. Crazy. So, I told him, kalau tak dapat ice cream sedap macam I nak tu, yang biasa-biasa pun okay lah. hahaha. So, alright, off we went to the nearest convenience store around our neighborhood and I excitedly dug the ice box just to get these. :D


Makan ni pukul 10 malam. Best! :)


The taste is not too bad. Boleh tahan. But I will keep on searching for something sedap according to my tastebud. I won't stop until I find one. hehe. Or perhaps I should by one hugeee tub of a nice chocolate ice cream with Hershey's Chocolate Syrup and make my own cup (or bowl) of ice cream sedap. 
Hmm, that probably sounds like a genius! *ting!!*


Sunday, June 23, 2013

Humble family dinner at my place

Assalamualaikum,


Hai! Happy smoky Sunday everyone! Hmm, sana sini ada update pasal jerebu dekat Semenanjung Malaysia ni kan? Sekarang ni negeri-negeri di kawasan utara pun dah mula dapat tempias jerebu dah. Yang di sebelah Selatan pulak berada dalam tahap semakin berbahaya. Harap semua orang dapat reduce outdoor activity and please please please consume more water in your daily intake okay?


Apa korang buat cuti-cuti ni eh? Ada pegi jalan mana-mana? Kalau bacaan Indeks Pencemaran Udara kat your place tu tinggi jangan lupa pakai mask tau! Alah, bukan mahal mana pun mask tu kan? Tak payah nak tunjuk terer sangat malas nak pakai mask sebab at least udara yang disedut tu bertapis lah sikit. Tak jejas punya lah ke-handsome-an and ke-cun-an korang tu, cuma ada sikit-sikit rupa macam Gaban je. hikhik. :p


I pulak duduk rumah je hari ni. My family baru je balik tengahari tadi lepas datang dinner and terus tido dekat sini malam tadi. My husband pulak baru balik dari tournament badminton that he won the first place. Weehoo! Boleh tahan terer rupanya suami saya tu ye. hihi. Lepas dah penat menang banyak games, sekarang ni dia tengah tido keletihan sebagai seorang juara. hehehe. :)


Malam tadi I saja jemput my parents dengan adik-adik datang makan kat sini. Padahal takde la masak apa yang special pun. Saja je nak ajak diorang datang lepak-lepak dekat rumah. So benda yang paling senang nak prepare mestilah Bihun Sup! hehe. Masak sup satu periuk pastu sediakan rencah-rencah tabur dia yang segala mak nenek tu. huhu. Walaupun senang, tapi renyah gila!! huwaaaa. T___T


Simple dinner menu.  Mee & Bihun with soup.


Rencah: Tauhu goreng, ayam carik, daging cincang.
Bawang goreng, sambal merah (utara style), daun bawang daun sup, sambal kicap (selatan style), lobak masin.


My humble dining area.
Dining table ni wedding present from my uncles and aunties. :)


Mula-mula diorang datang untuk dinner je, tapi lepas makan tu semua orang dok syok layan telemovie Indon, Kakek Cangkul sampai pukul 12.30 malam, pastu semua dah malas nak drive balik. Jadinya, semua pun tidoq kat sini. Movie tu ala-ala cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) la, tapi lagi banyak part lawak sengal yang boleh tahan jugak bangang dia. hahahaha. Aduiiii sakit perut kitorang gelak. 


Atok yang asyik dok usung cangkul dia. ke sana ke sini
Kakek = Atok dalam bahasa Indonesia


Sebenarnya I memang tak layan scary movie, tapi bila tengok cite ni, time lawak I join gelak, time seram-seram pulak I pejam mata. kehkeh. :p Seumur hidup I yang nak masuk 28 tahun ni, rasanya baru 2nd time kot I tengok cite antu. Tu pun semua stok cite komedi seram je la. First dulu HKLBR, pastu Kakek Cangkul ni la. Tu pun ngelat sebab tengok part lawak je. hahaha. Well, what to do? Horror movie is so not my forte. :)


Mamat specky baju biru kat kiri sekali yang paling sengal dalam cerita ni.
Sumpah kalau depan mata memang haku luku kepala dia. Sakit perott la wehh. hahaha. 


So, kalau korang bosan gila taktau nak tengok cite apa bole la layan cite ni. Setakat nak gelak-gelak hilangkan bosan boleh tahan gak la. hahahaha. Tapi part seram memang seram gak la. huhu.
Wekkk, tak sukaaa!! :(


Okay, that's all for today.
May your weekend ends beautifully with your beloved ones around you. 
Till I see you again in the next post. 
Tata! :)


Monday, June 17, 2013

Butter Cake and Happy Father's Day 2013

Assalamualaikum,


Hello everyone! You guys are still busy at work? Ke ada yang dah tengah bersiap sedia nak balik ni? hehe. I tetiba ja teringat nak makan butter cake hari ni. Ala, jenis traditional yang simple takde perisa apa-apa pun tu. Makan pulak dengan teh o panas petang-petang yang mendung macam ni mesti layan gila kan? huhu. Kecoq ayaq lioq aihhh. Haipp, tak sedar diri tengah puasa lettew. T___T


I want something simple like this.
Moist, rich and buttery cake. Nyummss!!


Hari ni suami kata takyah masak sebab nak beli je makanan kat pasar minggu Bertam Putra untuk berbuka nanti. Sampai sana nanti confirm rambang mata taktau nak makan apa. Sudahnya I beli cucoq peneram (kuih benderam) 3 ringgit dengan tau fu fah semangkuk. hahaha. Penat ja pusing-pusing tapi benda yang sama jugak beli tiap-tiap minggu. :p


Ohh, I belom update lagi pasal Father's Day celebration with my family last weekend. Kali ni my sister, Fatin Anisah yang open table belanja semua orang sempena Hari Bapa untuk tahun ni. Ya Allah, tak sedar adik-adik I dah besar rupanya. Dulu asyik dok pow kakak sekarang dah kerja dah dia. Dah siap jadi tunangan orang pun at her young age. huhu. Time flies very quickly now and everybody is growing up (older to be more exact) too fast I don't even seem to realize..


Happy Father's Day, Bapak!
We love you soo much!


Mula-mula kitorang nak makan dekat Mee Udang Pak Ngah yang dekat Sungai Dua tu. Tapi bila dah sampai depan kedai, tengok-tengok tutup pulak. Pak Ngah ni saja tau orang pi berapa kali asyik tak bukak je. Selamat la kitorang dekat je, kalau yang mai dari jauh-jauh tu confirm kecewa je tengok kedai tutup. huhu.


Sudahnya, we opted for the nearest restaurant within our sight, L.A Tea Garden. It is situated right in front of a petrol station (Petron), and there is another petrol station (also Petron) beside the cafe. Sekali imbas, tengok cafe ni macam satu rumah kampung lama yang di ubah suai jadi restaurant makanan barat. Kira macam feeling makan bawah beranda gitu. Siap ada ruang makan yang sebijik macam dalam rumah lagi.


Suasana dalam restaurant. Makan bawah beranda rumah. hehe.
Huda in her Apple scarf. She was only a baby 10 years ago and now she looks like a grown up already.
Sedaq-sedaq nanti dia dah nak kawen pulak. Omg, don't grow up too fast, sister!


Konsep restaurant yang boleh tahan menarik, dan hidangan yang agak menyelerakan. Eceh, dah bunyi macam Chef Joe dalam Masterchef Celebrity 2 pulak. hikhik. :p In overall, the ambiance is very welcoming, the service is extremely fast, and the foods are so nice with reasonable portion and the pricing is very friendly to our pocket. Walaupun hampir 90% menu adalah western, however, they also add a slight hint of Malay touch in every meal they serve. That makes them a little bit different as compared to other western restaurants that I have been to. 

Some of the foods we ordered.
Mine is the Oglio Seafood at the top. Recommended!


To make it short, I personally want to come again to this restaurant to try the other foods they have in the menu list. I susah sikit nak bagi good rate dekat western restaurants as I have tasted something soo good while I was abroad, but here, I can say that they have their own signature that makes me want to visit them again. 


My mom and my sisters. All with happy faces.


Thursday, June 13, 2013

I am one happy customer today! :)

Assalamualaikum semua,


Hari ni pagi-pagi I ikut husband pegi buat proses tukar hak milik motor dekat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya. Pukul 7.30am dah keluar rumah, and around 7.50am macam tu dah sampai dekat Bahagian Perlesenan Kenderaan untuk proses Pertukaran Hak Milik. And to my surprise, that's when I found out that their counter has opened as early as 7.45am and the process at every counter takes only a couple of minutes to complete. Saya sungguh kagum! *Clap clap*


Suami saya dan owner lama.
Sapa yang tinggi sangat atau sapa yang cumel sangat ni? :O


Ye la, selama ni kita dok insert dalam kepala, asal jabatan kerajaan je mesti buat kerja lembab, but mannn, I should take back my words this time around. Masa sampai tadi, rasa tenang je hati bila dengar selawat berkumandang through pembesar suara kat seluruh jabatan. Lepas tu sambung pulak dengan bacaan Al-Fatihah dan diakhiri dengan doa. Masa tu semua orang yang berurusan dengan counter pun hormat tak kira bangsa Melayu ke Cina ke India.


Aunty and uncle tu relax je tunggu masa staff dok baca doa.
Harmony kan macam ni?


Lepas siap tukar nama tu kitorang siap keluar buat insurans apa semua and masuk balik renew road tax dalam tempoh tak sampai pun sejam. Maybe siap cepat sebab tak ramai orang lagi pagi-pagi ni, tapi apa-apa pun I tetap kagum jugak. hehe. Kalau lah semua jabatan kerajaan cekap macam ni kan best. Ini tidakk, ada sesetengah tu yang siap kena tunggu seharian just for the matter of a piece of letter. Pfttt!!


Dari segi customer service JPJ Seberang Jaya ni pun I salute jugak. Beberapa hari lepas I ada call untuk tanya pasal proses tukar nama. Dalam dua kali ringing je diorang dah angkat, and bila I tanya pasal proses apa semua terus dia explain baik-baik tak payah nak pass dekat sapa-sapa pun. It is obvious that the lady really understand about the whole process as every information is clearly delivered to me


Sebenarnya kan, minggu lepas pun I dah call tanya pasal proses nak tukar nama tu, then minggu ni tanya lagi sekali untuk re-confirm. Maklum la tepon landline guna TM ni kan free tu yang sesuka hati je bole call tu.  hikhik. Dalam dua kali call tu cara dia jawab tetap sama. Sungguh mesra pelanggan and sabar je explain satu-satu kat orang yang taktau apa-apa macam I ni. Senang cerita kalau dia cerita macam tu dekat adik I yang darjah 4 tu pun kompen dia boleh pi buat sendiri punya. :)


Tu antara pengalaman I berurusan dengan staf jabatan kerajaan yang positif la. Jangan ingat asal keja gomen je diorang ni suma lembab. Tak, tak, memang tak. Dalam ramai-ramai tu mesti ada yang okay, and Alhamdulillah I was given the chance to experience this myself. Lepas ni takdela memanjang dok kutuk staf gomen ye dak? hihihi. :p


So, to all government staffs, (yang private pun boleh jugak), if you constantly keep your customer happy like   I was today, I think semua orang pun akan doa yang baik-baik untuk you all. Takde la asyik kena makan sumpah seranah je hari-hari kan? Hidup pun tak tenang kalau gitu. And to JPJ Pulau Pinang staffs, you guys are awesome, so keep it up! :)


Semua pengguna jalan raya mesti ada pengalaman berurusan dengan diorang kan?
Kecuali kalau lesen haram atau road tax haram la. :p


Tuesday, June 11, 2013

When I Was Your Man

Hai everyone!


Today I just want to share a song that I have been loving for quite some time.
Rasanya kalau korang selalu dengar radio memang familiar dengan lagu ni
"When I Was Your Man" by Bruno Mars


Mula-mula dengar I rasa macam biasa je
Tapi lepas I dengar live masa dekat Hard Rock Cafe Malacca
I think I started to fall in love with this song since then


The melody, the lyrics and the instruments used to play this song
Hmm, they made such a harmony combination
And it touches deeply into my heart
Sejak dari hari tu, I tak pernah jemu-jemu dengar lagu ni


And now bila Boyce Avenue buat cover untuk lagu ni
And they also featured the group Fifth Harmony to sing along
I think I fall for this song all over again for like the millionth time


So, take some time to listen to this interesting piece (at least to my ears)
And kalau ada masa tengok jugak lirik dia..
I think this will make you appreciate your partner more.




Okay, I hope you enjoy listening to this song
And kalau ada yang terkena dekat diri sendiri tu
Why not if we look back and think.
And do the the things that we should do, before its too late okay?


So, till I see you again next time.
Tata. :)


Monday, June 10, 2013

Weekend getaway as a refreshing break

Assalamualaikum,


Happy Monday everyone! Haaa, I know ramai yang tak berapa semangat bila masuk hari Isnin ni lepas bercuti dua hari kan? But, whether we like it or not, we still need to go through it till the end. So, put aside all the blues and let's start this week with a positive and more inspirational spirits, shall we?


Anyway, here is something I did over the weekend. Me and husband went for a quick getaway in our own city, Penang Island! :) Walaupun duduk di negeri Pulau Pinang, tapi jarang sangat kitorang ke pulau kalau takde apa-apa hal. Dekat seberang ni pun dah cukup semua benda. Tapi, memandangkan my uncle ada bagi complimentary voucher for an overnight stay at Hydro Hotel, Batu Feringghi as a wedding present, so we think this might be a good chance for us to do something interesting without having to go too far.


So, Sabtu lepas, kitorang keluar rumah dalam pukul 11am macam tu and we went straight to the island. Traffic didn't flow very well though that day sebab kitorang kena tunggu lama jugak masa nak naik ferry tu. But we still could bare with that since we didn't have anything to rush for. Dalam pukul 12 lebih tu kitorang dah sampai Georgetown, but we still have almost 3 hours to kill before check-in time. 


Inside Penang Ferry. Transport yang boleh tahan legend.
Tudung penyek, rambut pun penyek akibat angin yang kuat. :)


The first Penang Bridge and Pulau Jerejak can be viewed from the ferry.


Penang Island metropolitan city.


So we decided to go to Gurney Plaza for a movie tapi takde timing yang sesuai untuk cerita yang kitorang nak tengok. Then we went around looking for Baskin n Robin for a cup of nice ice-cream, rupa-rupanya takde BnR lah pulak kat situ. What a bummer. T__T Bila dah takde idea apa nak makan, we ended up eating an Oldtimer Burger Set from Chilis.


Husband, burger and chips.


From there, we straight away went to the hotel to check in. Hydro Hotel ni betol-betol dekat depan Miami Beach, Batu Feringghi. The location is very strategically placed, and the hotel itself is not too bad. Spacious room, nice balcony view, huge swimming pool, and a big variety of breakfast. Cuma perabot dalam bilik je yang old school sikit, the rest are awesome.


Not bad right? :)


I bumped into my uncle (who gave me this voucher) and he happened to check into the hotel too.
And these girls are my cousin. :)


Lepas asar kitorang jalan-jalan sekitar hotel and then terus lintas jalan pergi Miami Beach. Am beli cendol dengan kopok lekor, pastu lepak atas batu tengok orang mandi manda. haha. I have always love beaches, (Australian beaches to be exact), tapi kali ni lagi bermakna sebab boleh menikmati keindahan laut yang luas tu dengan suami sendiri.


Me and him. Admiring the ocean right in front of us.


We waited until sunset, and that was when I found out that no matter which part of the world we are at, watching the sun going down below the horizon, will automatically connect us to the Almighty, and we know exactly who to thank to. All praises go to Allah SWT for another wonderful day we were given chance to breath with our beloved ones on our side. That's the ultimate feeling, Alhamdulillah.


When the sun is setting down. Beautiful. Very very beautiful.


Goodbye dear Sun. I will see you again tomorrow.


SUBHANALLAH
MAHA SUCI MU YA ALLAH.

Tuesday, June 4, 2013

Orked balik kampung Penang

Assalamualaikum semua,


How is everyone doing? Another lovely day of the week yea? Ohh well, while I was flipping through all the pictures in my mobile phone just now, tetiba rindu pulak dekat anak buah I, si Orked Basyeerah tu. Haihh. Baby ni memang ada aura sendiri yang bole buat orang angau kat diorang la kan? kan?


Buat masa ni Orked masih dalam pantang lagi as she is only about 1-month ++ old by now I guess. Maleh pulok nak kira berapa hari. haha. Tapi abang still bawak balik Penang sempena majlis pertunangan my sister, Fatin Anisah on Sunday. And to tell you about her, Orked ni kuat tido yang amat-amat. When I say kuat tidoq, I really-really mean it. Pestime oo jumpa baby yang ratu beradu sampai macam gini sekali. huhu. Sah mewarisi perangai ayah dia ni. >_<


Tidoq macam orang tua siap peluk bolster lagi.
She doesn't care about the noise, all she cares about is her sweet la la land.


See, she outshines her Makteh even in her sleep.
Ni majlis tunang sapa sebenaqnya ni?


Dia punya tidoq tu, sampai tahap kalau orang uli-uli, penyek-penyek pipi hidung, tarik-tarik kaki tangan semua pun dia buat dekkkkk je. Dia gerak sikit-sikit ejas kaki tangan bagi selesa, lepas tu dia sambung tidoq balik like nobody's business. Hoiiihh, payah bukan main nak tengok mata sepet awak tu ye Orked?


Puas kami passing-passing dia ke sana sini.
Dia buat bodo je. Sikit pun tak heran.


Dia hanya akan bangun kalau lapaq, lepas dah isi tangki dia sambung tidoq balik walaupun rumah tengah bising gila semua orang dok bercakap kat kiri kanan telinga dia. I've never seen a baby like this before. Paling tidak pun mesti bangun bising-bising nangis-nangis jap kan?


But I was told that she will only create a scene in the middle of the night when everybody else needs to sleep. Time tu baru dia nak bangun kacau ibu dengan ayah dia mintak nak main sembang-sembang. hahaha. Yes Orked, I know pillow talk is really fun. But pity your ibu and ayah if you keep making them awake for your pillow talk session every single night baby.


Bonding time with maktok.
She responds to her maktok very easily. Macam ada chemistry gitu.
No doubt, they share the same birthday right? :)