Thursday, May 30, 2013

Late dinner at Kiosk Bertam

Assalamualaikum,


Hello everybody! Hari ni tiba-tiba rasa nak sembang-sembang pulak. I was doing my work and suddenly the sleepiness hits in, tapi tak terasa nak tido la pulok, hence the reason why this entry is up! So, layankan aje la eh. hehe :)


I told you that my husband went to KL yesterday for his company meeting right? It was only a one day trip so malam tu jugak balik Penang. So far tak pernah lagi duduk berjauhan sejak lepas kahwin, Alhamdulillah. We keep on praying that we don't have to live far apart from each other because we have had enough long distance love before our marriage. Tapi kalau terpaksa jugak lah satu hari nanti, we better cherish every second we have at the moment. :)


Ehh, let's cut the touchiness and insert more calmness in our hearts okayy? Ha, malam tadi lepas ambik Am dekat tol Sungai Dua, kitorang singgah makan dekat stall CiliBilis di Kiosk Bertam, Kepala Batas. Mula-mula tak terasa lapaq sangat sebab petang tu dah makan nasik kat rumah mak, tapi bila dah sampai kedai tetiba boleh makan pulak. hahaha. And it was over 9.30pm already. You know that's bad Amirah, that's really really bad. T___T


My husband's nasik daging. RM5.00.
I always have some good feelings towards kedai yang berusaha serve kan cantik-cantik untuk pelanggan.
Kalau rasa ada kurang kat mana-mana pun, effort dalam presentation tu boleh mengaburi mata orang macam I. :)


Why so serious husband? :)
Actually, he didn't realize that I was taking his picture as well.
Yes dear, I know you are my Amsterdam ;)


Anddddd this is mineeeee!! RM5.00.
Bihun sup sedappp tapi banyak taugeh lah pulok. Kitorang tengah berpantang makan sayur-sayur sejuk ni.
Taugeh, kobis, kacang panjang and semua yang seangkatan dengannya. 


So far, kedai-kedai yang ada dekat Kiosk Bertam ni not bad lah jugak. I have tried D'Ann Noodle Hut, CiliBilis and Anjung Satay where the foods are quite acceptable to my liking. Kata tekak yang boleh terima apa saja, so takde masalah la kan. haha. Tapi ada satu kedai nama Aida Cafe je yang tak berapa nak sesuai dengan tekak I. Maybe orang lain okay je, I je yang tak berapa sesuai. So, I don't feel like getting there again next time. 


Well people, it's your choice anyway kan? So, kalau agak-agak tersesat sampai ke Bertam, Kepala Batas ni boleh la singgah dekat Kiosk ni okay. Senang ja nak mai sini, kalau dari PLUS highway tu ambik exit Bertam, lepas tol tu, turn left at the traffic light. Then turn right when you come to the second traffic light. Pusing-pusing la kat dalam tu, confirm jumpa punya. They open everyday except Sunday from 12pm until 11pm if I am not mistaken. :)


Wednesday, May 29, 2013

Char Koay Teow Lover

Assalamualaikum,


Hai! Harap semua sihat walafiat hendaknya. I just got back from sending my husband to the bus station, Penang Sentral. He took the earliest bus to KL this morning for his company meeting so pagi-pagi lepas solat Subuh kitorang terus keluar rumah. And surprisingly, we made it there quite early. Thanks to the Butterworth Outer Ring Road (BORR) yang banyak menjimatkan masa walaupun tol boleh tahan cekik darah. huhu.


Hmm, hari ni jom cerita pasai Char Kuey Teow (CKT) nak tak?? Maklumla baru lepas pekena CKT malam tadi. Tu yang ada mood nak bercerita pasai makanan Penang yang sedap slurpp slurpp tu hari ni. hehe. Kalau ikutkan, CKT ni ada banyak versions, tapi out of all the notable versions, the Penang style of CKT has become very famous throughout Malaysia.


And you know what, dekat Penang sendiri pun ada banyak tempat yang serve CKT yang best-best, tapi memandangkan I duduk dekat area mainland (Seberang Perai), jadinya I tau tempat yang sedap kat sebelah sini saja la. Kalau yang dekat pulau tu, mintak mahap la, memang tak tau sangat. hehe.


Kalau tanya orang belah sini, dua tempat yang paling famous tu dekat Sungai Dua dengan Permatang Pauh. Dua-dua tempat ni best and ada rasa unik yang tersendiri. Kalau tanya I suka yang mana, I personally can't tell which one that I prefer more. Senang cerita, I love both! Cuma Permatang Pauh tu is a little bit too far from my house in Kepala Batas, so I usually opt for the nearest one, CKT Sungai Dua it is! :)


CKT Sungai Dua ni famous dengan tagline Telur Ayam Di Basuh. What a very unique and confident tagline it is kan? hehe. Tempat ni sentiasa ramai orang tak kira masa. Kedai ni bukak setiap hari dari pukul 5.00 petang - 3.00 pagi dan hanya tutup pada hari Rabu. Kalau teringin nak rasa antara CKT yang best dekat area Seberang Perai ni jemput la mai sini, dekat je dengan exit Tol Sungai Dua. Antara menu yang disediakan dekat sini:


CHAR KOAY TEOW 
Kecil - RM 3.50
Besar - RM 4.50
Special - RM 5.00

NASI GORENG UDANG
RM 5.00

UDANG GORENG (1 PINGGAN)
RM 6.00


Suasana kat dalam kedai sentiasa crowded tapi jarak antara meja agak luas.
Alah, standard la tu makan kat gerai kan? :)

More crowds. Pengunjung terdiri daripada semua bangsa.
Kebersihan pun not too bad di mata I. :)


My Char Koay Teow Special. Nampak tak udang berenang-renang siap ada telur mata lagi.
Lazatttttt!! Jemput makan semua. :p


Friday, May 17, 2013

A touch of green to my house

Assalamualaikum semua,


Salam hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ni I tengok banyak update pasal hujan lebat pagi-pagi Jumaat ni. Alhamdulillah, lepas solat subuh pagi tadi terus hujan turun lebat bukan main dekat area Kepala Batas. Dekat sini jarang sangat hujan lebat pagi-pagi, harapnya sejuk la sikit muka bumi ni berkat air hujan pagi Jumaat ni kan? :)


Hari ni I keluar pegi submit surat permohonan untuk sewa Dewan Besar ILP Kepala Batas sempena majlis perkahwinan adik I, Fatin Anisah bulan 9 nanti. I have checked on the hall yesterday, and it seems like a nice  venue for a wedding. Quite spacious though not as big as Kompleks Sukan Kepala Batas where I had mine, but big enough for not so many invitation. It is fully air-conditioned, hugeeeee parking space and the rent is not too costly either.


So, harapnya boleh dapat kelulusan daripada pihak Pengarah ILP secepat mungkin, sebab selagi tak dapat tetapkan dewan, banyak benda lagi yang tak boleh nak proceed. Bila ingat balik proses nak uruskan kerja kahwin ni naik seram balik pun ada. It is not as easy as it seems to be. Makin dekat dengan majlis, makin banyak benda yang nak kena buat. Tapi tu semua kenangan yang indah la orang kata. Sekali seumur hidup, insyaAllah. :)


Lepas tu I pusing-pusing cari farmasi kat are Kepala Batas ni tapi seketol pun tarak. Hampeh betoi. Time kita nak cari selalunya memang takdak. Kalau time tak cari, asal lalu ja nampak farmasi sana sini. Geram sangat I balik rumah terus cari dalam Google, ooo ada sebijik dekat Bertam Indah rupanya. Tadi tak lalu ikot situ padan la tak jumpa. huwaaa.


Sudahnya I singgah satu nursery pegi beli tanah untuk pokok kaktus yang I bawak balik dari Cameron Highlands. Wahhhh Amirah nak bercucuk tanam??? Keajaiban dunia apakah ini??? kehkehkeh. Hei, jangan pandang sebelah mata hokey. Tengok la nanti pokok kaktus I kembang elok, I tayang dalam ni. Kalau sampai taun depan diam seribu bahasa tu paham-paham la ye. :p


PROJEK KAKTUS SAYA


6 jenis kaktus. Kita tengok siapa yang survive sampai ke hujung. hihi. :p


Tanah untuk kaktus. Sepeket RM2.
Tapi tokey tu baik, dia bagi 3 peket RM5. :)


Bekas baru untuk letak kaktus-kaktus ku.
Putih sangat ni. haha. Tapi nak kena tebuk bontot dulu untuk pengaliran air.


Haaa, tu je untuk tanam kaktus. Senang kan???
Harapnya kaktus-kaktus ni boleh bagi a touch of green hues dekat rumah I.
Takde la nampak kosong sangat ye dak?
So, wish me luck okay???
Bye-bye! :)

Monday, May 13, 2013

My two amazing mothers

Assalamualaikum semua,


Are you guys still in the Mother's Day mood? 
Well for me, every day is mother's day though.
But this year is a little more meaningful as I have two amazing mothers for me to lean on.
My own biological mother who gave birth to me.
&
My mother in law who delivered my husband to this world.
Without both of these incredible women I know, there is no such thing like Amri & Amirah in the history.


To my mom:
Thank you for everything.
You're always there for me in my hi and low situation.
Telling me something insightful whenever I'm confused about making decision.
Well, words can never describe how I'm glad to have a mother like you.
If I have chance to be a mother one day, I really want my children to look at me the way I look at you.


To my mother-in-law:
Thank you for giving me the chance to marry your son.
You raised him so well that he turns into somebody that I could rely on for all my life.
I'm blessed to have your son, I'm doubly blessed to have you at the same time.


Out of all, I just want to thank Allah SWT for these two extraordinary women that exist in my life.
I couldn't ask for anything better, as they are already the best.


My mothers


Saturday, May 11, 2013

The life that I am loving so much

Assalamualaikum semua,


How is your weekend doing everyone? Well, I am enjoying my own thus far sebab rasa macam berkualiti je hidup hari ni. Bangun subuh pagi tadi I kept on bugging my husband untuk teman I pegi jogging pagi-pagi ni. hahaha.  Dulu adik teman, sekarang dah kawen husband la kena teman ye dak? :p After almost half hour mumbling about how important for me to be healthy, then he finally said yes! So off we went to Vision Park to get some sweat ohh yeahh!!


Lepas jogging 3 round and lepak borak-borak sambil sejukkan badan, we came back home when the time has nearly turned 9am. Sebelum tu singgah beli nasik lemak singgit yang sedap buat alas perut. Lepas siap makan semua, he helped me to hang all the clothes while I started preparing our lunch. Aboihh siap nak kena prepare padahal masak mee goreng je ponn. Bunyi prepare lunch tu macam masak gulai ikan sebelanga je. hikhik. :p


Lepas dah siap masak, kitorang still rasa tak berapa lapar lagi, so he decided to send his car for a wash. Wahh, suamiku ini boleh tahan cerewet orangnya kalau bab-bab kereta ni. Kedai mana yang dia pegi banyak kali tu tandanya dia puas hati la dengan servis and percaya diorang untuk handle kereta. So, good job Red Car Wash Kepala Batas. We will keep coming back to you next time! :)


Lepas tu baru kitorang balik makan and rehat-rehat sambil tengok TV. Walaupun buat aktiviti yang ringkas je, I rasa hidup jadi sangat berkualiti sebab dapat spend time sama-sama doing things that we enjoy doing it. Ohh man, how I wish we will continue to have this kind of life until we grow old together. InsyaAllah.


And now my husband is sleeping soundly beside me while I am writing this, I want to thank Allah SWT for granting me with this life that I am loving so much.


Admiring the man of my life.


Thursday, May 9, 2013

A true biscuit lover

Assalamualaikum,


Selamat tengahari semua! Lunch makan apa hari ni? I wonder apa la yang suami saya makan kat ofis hari ni agaknye eh. Biasanya tiap-tiap pagi I masak and bekalkan dia tapi pagi ni tak sempat nak masak la pulok. huhu. Walaupun hari-hari masakan simple je, tapi tiap-tiap kali balik pun mesti habis licin. Samada sedap sangat I masak atau suami I kelaparan gila. I presume the latter sounds more reasonable. kehkeh. Maklumla saya budak baru belajar. >_<


I pulak makan biskut je tengahari ni. hahaha sedih gila bunyi. Tapi biskut ni bukan sebarang biskut okay. Ni biskut Jacobs Weetameal yang super sedap tu. Kira macam biskut ni stok wajib yang kena ada kat rumah. Kalau kebuluran tahap gaban, bancuh air satu mug, pastu cicah dengan biskut. Perghh feeling dia memang heaven!


My lunch. Kantoi makan biskut semangkuk. kehkehkeh. :p
Eh timun separuh apesal ko sebok nak enterprem jugak. T__T


Teringat lagi dulu masa Form 2 kot, I sekolah sesi petang kat SMK Dato' Onn Butterworth. So, pagi-pagi takde orang kat rumah sebab mak bapak dah pi keja. Jadi, bila kebuluran budak Tingkatan 2 ni mana la tau nak masak nasik lauk apa semua tu kan. Ha, biskut Jacob's Weetameal ni la yang jadi penyelamat. Almost hari-hari okay I mengadap sebelum pegi sekolah. Pastu sekarang bila pipi berkembang bulat dengan pesat tak surut-surut macam biskut ni kembang bila cicah teh o dah tak payah la nak tanya kenapa kan? T___T


All time favourite.
Kalau murah sikit lagi mesti lagi membahagiakan. huahua.


Bila dah kat MRSM Beseri pun macam tu jugak. Stok biskut sampai tahap boleh bukak kedai runcit. Cantik je susun atas locker kat bilik tu. haha. Masa tu I suka gila makan Chipsmore berpaket-paket stok ada. Agak-agak makanan kat dewan selera tak begitu menyelerakan, ha apa lagi balik bilik bancuh Milo 3-in-1 pastu duduk tengah-tengah bilik makan biskut dengan roomate secara berjemaah. Tu standard la kalau duduk asrama kan? Memori memori. Rindu la pulok roomates ku Emy, Kema and Yani. huhu.


Chipsmore yang tak pernah tak sedap.
Sekarang dah kurang makan sebab bajet dah dewasa. :p


Then bila dah masuk UTM Skudai, perangai suka makan biskut ni makin menjadi-jadi. Ingat lagi Dayah (jiran depan bilik) selalu cakap, "Hang ni, asal aku masuk bilik hang ja mesti tengah peluk tin biskut. Apa ke sedap sangat ka biskut hang tu?". hahaha. Siot je sound orang. Tapi bila ingat balik memang pun. Dah jadi habit, asal tengah study je mesti sebelah tangan menulis, sebelah tangan lagi peluk tin biskut sambil kunyah. Adoiii buruk gila perangai. Time tu I suka gila gila gila makan biskut Hup Seng


Biskut paling legend dalam dunia.
Lemak masin perghhh sedappp.


Lepas tu bila dah duduk dekat Australia pulak, ada satu masa yang I sukaaaa gila makan biskut Arnott's Scotch Finger. Biskut tu lemak-lemak manis bila cicah milo ke teh memang sedap tahap mak mentua lalu pun tak sedaq punya. haha. Tapi after a few weeks makan biskut tu dengan berleluasa, berat badan naik mendadak pastu rasa gemokkk gila pipi rasa macam nak meletupp. Terus stop sampai sekarang nampak biskut tu pun naik loya tekak. hahaha.


Biskut kejam yang buat I merasa jadi obese sekejap.
Serious oo time tu muka memang kembang bermangkuk-mangkuk.


Tu la antara habit makan biskut I yang berubah ikut keadaan dari dulu sampai sekarang. Kiranya kalau takde makanan berat, bagi je I makan apa-apa jenis biskut, mesti dah rasa sedap gila dah. haha. Syaratnya kena cicah dengan air la baru feel dia macam di awang-awangan. hehehe. Okay lah, biskut I yang semangkuk tu pun dah habis, petang ni nak fikir masak apa untuk suami malam ni. Wahhh, mithali sangat bunyinya tu. hihihi. :p


Till then, take care you people.
Bye bye!
:)

Tuesday, May 7, 2013

Dating naik motor tu seronok rupanya :)

Assalamualaikum,


Eh, datang lagi hari ni? haha. Ni namanya mood membebel melanda. I baru je siap lipat baju yang berlonggok-longgok akibat baru balik bercuti. Nak membasuh satu hal, nak melipat pun satu hal jugak. Dah jadi twin tower dah baju yang dah siap lipat tu. Sebelah I punya, sebelah lagi suami punya. Kalau dah beranak pinak nanti taktau la macam mana. T___T


Sambil tu I tengok drama baru kat TV3 yang Fazura berlakon tu. I always love Fazura since she first got into  our entertainment industry. Taktau kenapa, but I think she has that exquisite character yang tak sama dengan pelakon-pelakon lain. Guess what, I have a feeling yang satu hari nanti dia akan jadi ikon Muslimah yang kita boleh contohi. Amin amin amin. :)


Lovely, isn't she?


Ha, petang tadi I pegi dating dengan Am naik moto. Pegi mana? Pegi kedai moto teman Am tukaq tayar. Nampak sangat baru kawen, suami pi tukar tayar moto pun nak ikot. hahaha. Tapi apa salahnya kan? Sometimes it is fun to do something beyond our normal routine.


Kedai moto kat pekan Kepala Batas.
Benda alah hitam yang kat belakang tu jadi tempat I sandar. haha. :p


Anyway, that is my second time riding a motorcycle with my husband. First time tu hari Jumaat lepas, kitorang pegi tengok tournament badminton kat Bukit Kiara. Kalau nak pegi sana dari Bangsar naik kereta mau berejam-rejam sangkut dalam traffic jem. So, when he asked me to ride on his bike, I was like soo excited!! haha. Maklumla tak pernah pun naik moto dengan dia sepanjang bercinta, sekarang ni kalau naik boleh peluk-peluk. kihkihkih. :p


Kitorang bajet nak pi dating buat pertama kalinya naik moto la tu. Malangnya, baru ja keluaq simpang, hujan lebat mencurah bumi. Dah la I tak pakai rain coat. Sejuk oooo!! Pastu bila lalu dekat lopak jenuh nak angkat kaki sebab takut terpercik. Sampai separuh jalan Am tanya nak terus ke nak patah balik. I cakap terus je la dah alang-alang nak dekat sampai dah.


Sampai je kat parking Stadium Juara Bukit Kiara, hambek kau kuyup satu badan sampai ke kaki. Kepala je tak basah sebab pakai helmet. Sejuk jangan cakap la menggigil jugak hokey. Am terselamat sebab pakai baju ujan, so baju dia kering kontang macam tak hujan langsung. hihi. Being a super cool husband, he gave me his dry t-shirt and he got into my wet t-shirt. huhu. I dah macam pakai baju pinjam sebab baju besar, Am pulak terpaksa pakai baju size S. hihi. I love you husband! :)


Tell you what, pengalaman pertama naik moto dengan suami dalam hujan is very very precious. I tak rasa serik langsung, in fact I had so much fun. Cuma macam geram sikit la sebab suami ku itu boleh tahan mat rempit jugak. Taktau ke yang isterimu ini sangat lah penakotttt orangnya. huahuahua. T___T. But I know he knows what he is doing. I have all my confidence in him. :)


Tuang minyak moto 2 hengget. hahaha.
Kalau minyak kereta 20 hengget pun tak jadi apa sangat. T__T


So, kepada yang tak pernah naik moto dengan suami tu, cuba lah!! It is fun!! Tapi yang baru dok bercinta tu kalau boleh tak payah la ye. Bukan apa, tak berapa manis dipandang orang. Tapi kalau dah kawen takpe. Sila la pi dating naik moto best ooo boleh peluk-peluk. hihi. :p


Honeymooners back to their normal routine

Assalamualaikum semua,


Hellooo readers! Semua orang still demam PRU13 lagi kah? Umm well, kali ni I miss untuk turut serta mengundi sebab tak daftar sebagai voters. Bad bad citizen I was kan? :( Takpe InsyaAllah 5 tahun lagi kalau dipanjangkan umur I akan daftar sebagai pengundi di DUN Telok Ayer Tawar, PARLIMEN Tasek Gelugor. Let's see what will happen in 5 years time, kalau yang sedia ada ni semakin positif, kita boleh pertahankan, if they are the other way around, kita sebagai pengundi ada hak untuk ubah okay? :)


Enough with that, hari ni I nak rekod sikit memori percutian I dengan husband ke Cameron Highlands last week. Mana tau esok dah tua-tua boleh bagi anak cucu baca zaman atok and nenek muda remaja pegi hanimun lovey dovey kat sana. Amboih, kemain lagi baru kawen sebulan lebih dah siap berangan sampai ke cucu dah??? Muahahaha. Whatever it is, harapnya all these loving memories akan bertambah seiring dengan usia kami. :)


We stayed in Equatorial Cameron Highlands as mentioned in HERE. As a review, it is just another 4-star hotel with nothing very extraordinary or unique quality. What I love the most is the location though. Pagi-pagi bukak tingkap tengok pemandangan dari puncak memang terbaik! However, the room is a little bit old but well maintained. I don't really mind about the fanciness because as long as the room and the toilet is perfectly cleaned, then I am okay with anything. See, it is not that hard to please me. A clean toilet will definitely make me a happy traveler. :D


Superior Room


Before checking out.  Thank you Equatorial,
We had our pleasant time here.


In front of the hotel.
Kesian suamiku sebab kena paksa pakai baju pink. kehkehkeh. :p


Bab jalan-jalan pulak, memandangkan kitorang masih dalam mood berbulan madu, tak banyak sangat tempat pon yang kitorang pegi melawat. Just yang wajib-wajib je macam Rose Garden, Cactus Valley, Strawberry Farm and Tea Plantation. There are more to explore, trust me!! Tapi I ni sungguh mengada tak larat nak jalan naik turun bukit la apa la, maka percutian ni lebih kepada berehat-rehat, makan-makan, dan sambung berehat-rehat lagi. hihihi. :p


Am muka pasrah kena layan front camera.
Tak jadi kena ulang banyak kali. hahaha. Sorry husband! :p


Haa, ada pun orang tolong amik gambaq.
Another couple on honeymoon I guess. :)


Saya


Dia


Kami



Untuk makan pulak, selain breakfast dekat hotel, lunch and dinner semua tu kitorang makan dekat kedai-kedai sekitar Brinchang dengan Tanah Rata je. But I would recommend you to go to these two eateries. Big Red Strawberry Cafeteria and a tea house under Bharat Plantations. They are like must go places in Cameron Highlands.


Dekat Big red Strawberry Cafeteria tu, you all boleh tengok senarai menu yang sangat banyak, kedai yang bersih dan selesa, serving yang besar, presentation yang menarik, and paling best sekali, murah!! Seriously, I expected to pay more, tapi bila dapat harga yang murah I rasa happy gila! Kalau ada kedai yang macam tu kat bawah ni mesti I akan jadi regular customer. huhu. Tapi of course la tak bole, mana nak dapat fresh strawberries macam kat situ kan?? Sigh.


We had strawberries and cream, strawberry smoothies and fries,
kena bayar RM12 je. Murah kan!!!


The other one pulak, tea house dekat Bharat Plantation. I fell in love with the Masala Tea. Omg sedap gila!! Kat mana boleh dapat Masala Tea yang sedap cam gitu dekat Penang ni ek? huhu. My husband punya Honey Ginger Tea pun sedap jugak. Pastu kitorang makan the famous scones. Scrumptious. Delicious. I want more pleaseee!! p/s Aimy, ingat tak scones Out for Lunch kat uni??? I miss that one too!!! T___T



Dating makan scones sambil minum tea.
What more could I ask for?


Do come here on your way up or down okay?


I guess that's all I could share about our honeymoon trip this time. Kalau tanya nak pegi lagi tak dalam masa terdekat ni, I will say I surrender!! Takmau takmau! Bukan apa, I tak tahan loya gila masa balik ikut Tapah tu. Terbaik punya bengkang bengkok ikut lori bawak 40km/j dalam hujan. Nasib baik mental kuat, kalau tidak, rasanya I will ruin my husband's leather seat with my vomit. kehkehkeh. Ei, bila ingat balik pun loya tu datang balik. huhuhu.


Okay then, till I see you again next time.
Tata!

Tuesday, April 30, 2013

Mini honeymoon in Cameron Highlands

Assalamualaikum,


Hai semua! Saje update sikit hari ni because I'm gonna be absent again for at least one week. Well, me and my husband are going for a short getaway for a couple of days. And then we will attend a wedding at Putrajaya (my husband's cousin is getting married) before going back to Melaka for General Election this coming weekend.


Without us realizing, it has been a month after our big day, and life has been very very hectic since then. Serious, rasa macam takde sehari pun lagi yang kitorang duduk rumah, do nothing but just enjoy our quality time together. Weekdays kerja, weekend pulak memanjang ada aktiviti. Routine yang sama berulang-ulang for the past few weeks.


So, we decided to take a short break from this never ending hectic life, heading to a place where we can spend our quality time together. Just us. Enjoying the scenic beauty and cooler climate. Dengan cuaca yang panas melampau sekarang ni, nampak sangat dua-dua orang dah rindu the four season countries that we have been living for quite some time. I really really miss Australian weather, no doubt, and I bet my husband misses European weather more.


In order to get something similar, so let's go to Cameron Highland!! I know the weather is not as pleasant as it used to be these days, but at least it is a lot cooler than any other states in Peninsular Malaysia right? Jadiklah tu daripada takde langsung. haha. Plus it has been sooo long since I last went to that place, so I am all excited. Ohh well, to tell you the truth, asalkan namanya holiday, walaupun tidoq satu malam dekat Seri Malaysia Kepala Batas kat depan ni pun I tetap akan excited. kahkahkah. :p


We decided to stay at the highest peak in Cameron Highland.
Dengan harapan paling sejuk dekat situ. hehehe. :p
[photo courtesy]


Ok lah, I think I better get going now. Nak pergi Sunway Carnival Mall jap to get myself  a pair of descent sandals or wedges for the wedding. Selama ni semua haku belasah pakai selipar gabak Fitflop tu. Huduh sangat rupanya bila pakai dengan baju kurung. T___T Bila Encik Suami bagi green light suruh beli satu kasut baru, daku pun senyum sampai ke telinga lah. hahaha. Dasar naluri perempuan. :p


Monday, April 29, 2013

Orked Basyeerah Binti Muhammad Hanif

Assalamualaikum semua!


I know many of you have already got the experience of being an aunt or uncle right? Me? This is my first time. hehe. Sebelum ni ada la anak cousins la apa la kan, but this time around, I've got my own anak buah yeayy!! Seronok rupanya jadi makcik ni kan? Ni baru dapat anak buah dah excited camni, kalau dapat anak sendiri nanti mesti laaaagi best kan kan? Doa-doakan la I dengan suami dimurahkan rezeki cepat-cepat ye? :)


So anyway, my brother and his wife just welcomed their first born on Friday, April 26th 2013 at around 12.20 noon. To make it more interesting, this little baby girl shares her birth date with her grandmother. So, orang yang paling happy mestilah mak sebab dapat hadiah birthday sorang cucu. Cucu sulung pulak tu. I can see how sparkling my mom's eyes every time she has Orked hugged tightly to her chest.


Orked Basyeerah Binti Muhammad Hanif


Ohh, they decided to name their daughter as Orked Basyeerah that means "Orked yang menyampaikan khabar gembira". Klasik kan nama Orked tu? Tak penah lagi dengar nama klasik macam Orked, Mawar, Anggerik or nama-nama bunga lain dah zaman sekarang ni. Budak-budak sekarang nama bukan main moden lagi. Nak pronounce pun payah bukan main, nak eja apatah lagi. hehe. 


Welcoming the new princess of the family.
Our latest addiction. The center of attention. 


Harapnya our Orked akan membesar sebagai seorang wanita yang solehah, yang sentiasa taat dengan perintah Allah, Rasul dan ibu bapa. As beautiful as her name is, we hope she grows up to bring more and more good news to her little family and her extended family at the same time. Mana tau nanti rumah abang sentiasa penuh dengan bunga orked dek kena tanam dengan Orked Basyeerah. hehe.



Orked with her Pakngah and Makngah.
Anyway, kalau sebelah husband I, we are Pak Uda and Mak Uda. ;)


Okay, I guess that's it for the latest update in my life currently. Asyik dok tengok video orked je ulang-ulang sebab I masih dalam mood Makngah lagi sekarang ni. hehe. Maklumla orag jakun pestime dapat anak buah memang camni kot. Selagi semua pakcik and makcik orang belom dapat anak sendiri nasib kamu la ye Orked asyik kena gomol je. Mohon Orked tabah. hihihi. :p




Monday, April 22, 2013

I am happily married to the man I have loved all the time

Assalamualaikum,


How are you my beloved readers? Emm.. taktau nak mula dari mana. Terasa kekok sikit nak bercerita sebab dah lama sangat tak menulis. I guess many of you have reckoned my absence in this blogging life for more than a month huh? So now I'm back to tell you updates about me and what is happening around White Admiral's world. :)


In my previous entry, I ada cakap impian I untuk jadi effortlessly beautiful bride on my wedding day kan? Well, just so you know it, Alhamdulillah, semua majlis berjalan lancar, and I feel like I have gone through a very blessed and eventful family and friends gathering during all the ceremonies.


Everything started with the Akad Nikah Ceremony on Friday, 29th March 2013, when I was officially declared as Faizal Amri's wife at 10.30am. It was short, simple but totally meaningful moment for both of us. My life has changed the instant my fiance (who is my husband now) stated a single statement 

"Aku terima nikah, Amirah binti Azmi dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan emas, tunai". 

I felt like all the tightness in my chest blown quickly in the air. I gasped, I cried, and then I felt relieved. Totally relieved. :')


He's the man. And my Jannah now lies under his feet.
[photo courtesy Ein


Sneak peak from my official photographer.
[Nurul Anwar]


Hari keesokannya, 30th March 2013, telah berlangsung majlis resepsi untuk meraikan keluarga dan kawan-kawan sebelah pengantin perempuan. It was held at Dewan Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas. It was by far the most meaningful day for me as everything that I ever dream of has taken its place like how I imagine it to be. I always wanted a simple but significant wedding ceremony in my life, and with the help from my beloved parents, siblings, families and friends, I guess I have got it all. Thank you so much everybody for making my dreams come true. Terharu. :')


Outdoor session.
[Nurul Anwar]


Current family members. I love them to the infinity.
[photo courtesy Syaza (cousin)]


After 2 weeks, kami sebagai pengantin baru meraikan family and friends di sebelah pengantin lelaki dalam majlis resepsi di Jasin, Melaka. And to tell you truth, everything about the ceremony is very very beautiful. From the choice of bridal outfits, bridal room, pelamin, meja pengantin, to the little gifts for the guests, everything there is pleasant to my eyes. I have no idea how to express my feelings, but I think I'm the luckiest girl in the world for the chance to marry my husband and to welcome his family into my life. They are not only my family in laws, they will always be my family di dunia dan akhirat. That's for sure. :')

Pengantin with parents from both sides.
[photo courtesy Matki]


My in laws. My new extended family.
[photo courtesy Matki]


So I think these are basically all the important details I could tell about my current life. I'm now happily and blissfully married to the man who is so much more to my dream guy. I can't deny that the new relationship has flaws here and there, but when we make up after every fight (little fight of course :)), that's the sweetest thing ever happen and you can never express how wonderful the feeling is. Get married fast if you want to experience it. :p


Dear husband, I will stand beside you and be your strength through eternity and beyond.
[photo courtesy Matki


You can visit the official photographers' Facebook accounts for more updates about the photos. Will share it here when everything is ready. Till then, tata. :)


Saturday, March 16, 2013

Effortlessly beautiful bride

Assalamualaikum,


Hai semua! I tengah tunggu Huda balik sekolah ni. Jap lagi nak pegi rumah Bertam nak cat grill rumah yang ada karat-karat sikit tu. Dinding dalam rumah semua okay lagi, alhamdulillah tak payah repaint, cuma grill je kena touch up sikit-sikit. Memandangkan my younger brother balik cuti, meh sini tolong kakak mengecat. hehe.


I baru je sampai dari KL tengah malam tadi. Rabu lepas I dengan my sister Hamizah teman Am balik sebab takut dia ngantuk drive sorang-sorang.  Memandangkan I takde pape nak buat kat sana, so Jumaat petang tu balik naik bas sorang je sebab Hamizah nak stay umah abang.


Well, last Thursday would be the last time I saw my fiance before we both change our status. InsyaAllah the next time when I see him is the day when we will officially become husband and wife. Doakan kami panjang umur sampai tiba hari tu ye? Tak lama lagi pun, tak sampai dua minggu lagi. :)


Semalam sampai dari KL, I terus singgah tailor tengok perkembangan baju akad nikah dengan baju untuk reception. Dua-dua dah nearly completed, tinggal nak buat finishing touch up je. I love both of my wedding outfits. They turn out simple yet elegant as what I expect them to be. Fuhh legaaa. I hope I can become a simple but nice bride without trying so hard. :)


For me, a woman will look beautiful if she is comfortable with what she is wearing. Tak payah la nak transform jadi orang lain semata-mata nak nampak cantik kan? Of course I want to look pleasantly beautiful to husband's eyes on the wedding day, but I don't want to look like I put too much effort on that. 


My dream is to become effortlessly beautiful bride. Tapi memandangkan I manusia biasa yang sememangnya banyak cela sini sana, mesti la kena touch up jugak sikit-sikit kan? Takkan la sampai tak bersiap langsung pulok, tetamu tengok pun takot. haha. Ohh well, kita tengok la nanti cemana. Sekarang cakap je pandai, dah sampai masa nanti lain pulak jadinya mana nak tau kan? :)


Have confidence! That's the key to look effortlessly beautiful.
Walk, talk, smile and communicate with confidence. :)


Okay lah, dah habis membebel pun Huda tak sampai-sampai balik lagi. Perut dah lapaq I nak turun pi cari makan jap. Have a wonderful weekend everyone! 

Monday, March 11, 2013

Welcome back dear fiancé

Assalamualaikum,


How's everything going for you guys? Me? My schedule was kinda tight in the past few days. Did I mentioned that my fiance has finally came back to Malaysia last week? No huh? Well, yes, he has safely arrived from Austria and to add into the excitement, he's not only in Malaysia, but in Penang as well. Yeayy!! 


Lama gila tak jumpa tunang sendiri sebab masing-masing pun duduk dekat negara orang. Bagus jugak bila duduk jauh lama-lama ni sebab rindu tu bertambah-tambah buat lagi excited nak jumpa especially when the wedding is realllyyyyy near. 


But as we expected, jumpa kali ni bukan untuk dating lovey dovey macam dunia ni kami yang punya. haha. Tak, tak, tak langsung! 3 hari yang sangat la full, macam-macam nak kena settle kan pasal preparation untuk wedding and nak masuk rumah. Alhamdulillah setakat ni semua benda yang besar-besar dah selesai. :)


He has started working (in Gurun this week), and I keep praying it continues until he gets better job offer somewhere around Penang. Kalau ada sesapa yang nak pakai engineer with working experience kat Penang habaq la naaa. I have my husband to offer. He's really good you won't regret. Amboih kemain lagi promote husband sendiri nanti eh. hehe. :p


Anyway, it was my babysister's birthday last Friday. Ainul Huda turned 10 years old already. Nama ja umur 10 tahun tapi perangai macam 5 tahun. Depan orang gengster bukan main, tapi balik rumah dok usung Moo dengan bantal peluk sebijik, tidoq dengan bapak. hahaha. She's no longer a baby in size but she's always a baby to our hearts. Kakak loves you Huda! :)


Birthday treat from Abang Am.
Top left: Birthday girl with mom and sister
Top right: The most important men in my life, bapak and future husband.
Bottom: Beloved


Eh, baru perasan yang I dengan tunang takde ambik gambar sama-sama pun lagi lepas jumpa hari tu. Kalau tak, bole jugak share kat sini. Takpe la, let's keep the heat until our wedding day okay? Tak syok pulak kalau sebelum majlis dah letak gambar sesame, nanti dah hilang seri tu. hahaha. :p


Okay, nak sambung buat kerja sikit. 
I'll get back to you soon.
Tata! 

Wednesday, March 6, 2013

Girlfriend di zaman hingusan

Assalamualaikum!


Good morning!! Amboi pagi-pagi kamu dah muncul ye. Selalunya batang hidung pun tak pernah nampak time-time macam ni. huhu. I tengah tunggu tukang urut sebenarnya. Kalau buat kerja lain nanti terbantut pulak time tukang urut sampai. Memandangkan ada masa pendek ni, update blog pun syok jugak. :)


I dah lepas sesi urut yang tiga kali berturut-turut tu. Amazingly, my body feels lighter and I dah tak sakit kepala macam selalu especially time cuaca yang terlampau panas tu. Agaknya darah dah mengalir lancar dalam badan kot. Happy! :)


Sekarang ni I akan berurut dan lulur seminggu sekali sampai dekat-dekat dengan majlis. Lepas tu kalau nak maintain badan sihat, boleh urut sebulan atau dua bulan sekali. Sambil tu if you eat helthily with a good exercise routine, insyaAllah boleh maintain figure macam mana pun yang diidam-idamkan. Wah kemain Amirah bagi nasihat kat orang. Kita tengok sikit setahun dua lepas kahwin nanti macam mana la rupa kamu ye. hahaha. :p


Tengahari sikit I nak pi jumpa my old time best buddy masa dekat UTM, Siti Ramizah. Alhamudlillah walaupun masing-masing dah ada life sendiri, hubungan kitorang masih maintain rapat macam dulu. Kiranya walaupun lama tak jumpa, sekali lepak pun boleh borak macam hari-hari jumpa. No doubt, I miss all my best friends masa zaman UTM dulu


When we were sooo young. Tahun 2008 punya gambar.
Aduii rantai mutiara tak boleh nak panjang lagi. kehkehkeh. :p 


She was there on my Master's graduation ceremony.


She was there too a day before I got engaged.
She's always there no matter rain or shine.
See! How not to love this girl eh?


Okay lah, nak pi turun bawah la takut nanti tukang urut sampai tekan bell tak dengar pulak. Have a good day everyone! Tata! :)

Monday, March 4, 2013

Healthy lifestyle at Bertam Perdana

Assalamualaikum,


Amacam rajin tak hari ni jenguk sini sampai dua kali? hehe. Saje je sementara nak tunggu solat isyak dapat la jugak curi masa update serba sikit. Bukan selalu ada masa macam ni sejak kebelakangan ni. Tu yang bila ada masa baik update laju-laju. :)


Hari ni I cuma pi rumah I yang dekat Bertam Perdana tu je. Dua hari lepas masa hujan lebat, I tengok ada dripping sikit dekat ceiling master bedroom. Tu yang terus panggil tukang tolong tengokkan apa yang patut. Dia cakap bumbung renggang sikit so dia terus betolkan. Tengok la sehari dua lagi kalau ada lagi baru dia check nak kene tukar ke apa.


Pastu I sambung pasang curtain kat bilik belakang and dapur. Bercinta jugak nak sumbat besi empat jari tu satu-satu kat dalam slot curtain tape tu. Sampai nak terlelap dibuatnya. Huwarghhh! Kan senang kalau cucuk dawai je from end to end, pastu tarik regag-regang sangkut kat paku. hahaha. Dasar pemalas yang amat tu. :p


Lepas dah settle rumah, I dengan my sister, Hamizah merayau cari kedai yang buat frame kayu untuk cermin. Habis satu Kepala Batas kami pusing tapi satu pun tarakkk. Tengok jam dah dekat pukul 6 petang, Plannya nak pegi jogging tapi matahari terik bukan main. Sudahnya parked kereta kat Kiosk Bertam, kami pekena tempek nyiok cicah gulai dengan buboq pulut hitam dulu. kehkehkeh. :p


Dalam pukul 6 suku macam tu terus pegi Vision Park yang dekat dengan Masjid Abdullah Fahim yang dekat dengan rumah I tu. Sempat la jugak jogging 2 round kat situ, bila orang dah start ramai kitorang pun cabut. I don't fancy crowded place. I'd rather stop and leave daripada kena bersesak-sesak dengan orang. huhu.


Taman rekreasi sebelah Masjid Abdullah Fahim.
A very good place to encourage healthy lifestyle.



Okay lah, dah nak masuk waktu Isyak ni. I better stop now. 
Till we meet again. 
Bubbye semua!


p/s: To my non-Penangite readers: Tempek nyiok = Lempeng kelapa. Kalau mai Penang cari lempeng memang tak jumpa. Kena sebut tempek baru depa paham. hehe. Happy learning Penang language you people! :)